28 July 2017

Chicken Pox is not COOL at ALL!!

Assalamualaikum..

Halaman 209 dari 365.

Hi semua. Apa Khabar? Hope sihat la engkau orang ye. Harini cik aieen tak berapa sihat. Cik aieen terkena chicken pox. Serius tak cool langsung kena chicken pox bila dah besar macam ni. Umur nak masuk 3 series pulak tu baru nak kena chicken pox! Huaaarghhhh..

Bukan nak merungut atau apa. Islam kata sakit itu kifarah dosa, Alhamdulillah. Yang buat tak cool adalah kerana chicken pox tu naik kat muka.. Bila effect muka, korang tau jela kan, macam aku ni ha - kerja kena jumpa dengan orang ramai - sekaligus rasa tak confident kalau muka macam hapa.. Adui!

Simptom dia boleh refer gambar di bawah.


Alhamdulillah, walaupun kena chicken pox, tapi tak demam or sakit kepala. Sempat settlekan semua kerja and taip entry ni. Nak jalan pun dah tumbuh satu kat tapak kaki. Memang nak suruh aku rilek kat rumah la katanya kan..

Anyways orang kata nak cepat elok kena minum air kelapa muda banyak2. Sekarang dah kebah sikit, tapi gatal-gatal tu tak payah cerita la kan. Rasa nak garu tapi tahan je. Rusak sudah kejelitaan aku.. hahahaa..



Apa-apa pun kau orang doakan la ye supaya cik aieen cepat sembuh dan boleh kerja macam biasa. Siapa tau lepas ni bertambah gojes dan sukses pulak kan. Amin. In shaa Allah.

Ok chow dulu la ye.. mau beradu.

Till then.

sincerely,
sitinurulaieen
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

12 July 2017

Salam Syawal 2017

Assalamualaikum.

Page 193 from 365.

Di kesempatan ini, aku hanya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 2017 kepada semua yang membaca blog picisan aku ni. Mintak maaf sekiranya ada di dalam tulisan aku yang menyinggung hati pada sesiapa yang membaca.


Yelah, aku pun manusia biasa. Tak lari dari buat silap. Salam kosong-kosong buat semua yang mengenali. 

Alhamdulillah raya aidifitri 2017 bagi aku sangat meriah. Tahun ni alhamdulillah dapat beraya bersama keluarga tersayang, anak buah pun dah betambah dan riuh rendah suasana tu tak payah cerita la kan. Seronok dan meriah. Alhamdulillah thanks ALLAH. 

Tahun ni aku still beraya sebagai orang bujang.. Haha, okaylah bujang boleh serve kat mak dan ayah lama sikit  ye dak? In shaa Allah doakan tahun ni jelah aku sambut raya bujang. Tahun depan moga bersama dengan suami la pulak ye dak??


Okay la guys, aku rasa sampai sini je aku larat nak menaip.. menguap besar gila dah mulut macam badak air.. sangap sungguh pulak rasa.. Hahaa. 

See you in the next entry.

Sincerely,
sitinurulaieen



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...