20 May 2017

Pulau Pangkor, terbaik untuk cuti hujung minggu...

Assalamualaikum,

Page 140 from 365...

Apo koba waghih?? Sihat walafiat la hondak eh yo??

Alhamdulillah last entry aku kata nak pergi bercuti sekejap. Lagipun short weekend sahaja, so aku decide untuk pergi pulau. Alhamdulillah destinasi pilihan adalah Pulau Pangkor. Jujurnya memang ini pertama kali aku pergi pulau pangkor. Okay ke tak??

Okay sangat!!

Untuk first timer, memang aku recommend pergi pulau pangkor. Nice place, beautiful sunset dan sangat sesuai untuk short weekend.. Kind of refreshing juga lepak sini. Sebab dia pulau kecik je, sehari pusing dah habes. Hahaa :)

Drive dari KL sampai Marina Island Jeti, suggest naik dekat sini sebab harga tiket sama dengan jeti lumut, (RM14/return) and duduk dalam bot dalam 10min je.. Kalau rasa feeling-felling nak duduk dalam bot lama-lama sikit, ambik angin laut boleh naik kat jeti lumut.

Bila sampai pulau pangkor, ada banyak choice. Kalau melawat untuk sehari sahaja boleh la sewa motor or kereta, atau naik teksi pon okay. Teksi dia van colour pink2 tu.. huhuhu..

Aku stay kat teluk nipah. Memang menghadap laut, so far untuk yang nak buat aktiviti snorkeling atau mandi-manda memang aku suggest lepak kat teluk nipah la.. Sebab dia memang cantik, spot untuk ambik gamba pun lawa. So pandai-pandai la kau arrange macam mana ye.


Aku paling suka perhati matahari terbenam. 

So far untuk yang ada bajet ciput tu, tapi nak rasa pergi bercuti, boleh try pergi pulau pangkor. Aku suka, maybe aku akan pergi lagi. Tapi bukan dalam masa terdekat.. Heehee.. Nak pergi island hoping and snorkeling pun best. Aku pergi aritu dapat la dalam rm20/sorang. Naik boat kecik tu, best gila! hahaa..

Banyak spot menarik kat Pangkor ni, kena rajin merayap.. Sewa motor best!!

Semoga kita berjumpa lagi Pulau Pangkor :)
Bajet pun dalam 300++ je. Pergi ramai-ramai dapat lagi murah kot. Hehe.. So you all weekend ni pergi mana?? Pergi la spend time sikit mandi laut kat pangkor tu. At least dapat release sikit.. Hee..

Hope this entry helps.. Selamat bercuti you all :)

sincerely,
sitinurulaieen
20/05/2017
14:28pm
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...