20 May 2017

Pengaruh Lazada...

Assalamualaikum..

Masih lagi di halaman 140 dari 365.

Yezza, gigih menaip banyak entry dalam satu hari.. Kekeke..

Harini berlambak dah business online tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tak dinafikan, teknologi masa ni memang banyak memudahkan. Lagi-lagi buat orang yang malas keluar macam aku ni ha... Semua nak online. Memang ada kesan buruk dan baik dia.. Cuma kita kena pandai-pandai kawal la ye tak??

Sebelum ni aku rajin gila browsing instagram. Sebab aku rasa instagram satu medium baru untuk bisness. Disebabkan itu aku banyak follow IG shop. End up aku rasa semua benda aku nak beli. Kadang benda tu bukan diperlukan pun, and kalau aku keluar pergi mydin ke aku boleh dapat barang yang sama dengan harga yang jauh lebih murah..(contoh: tudung dan baju)

 Adoii. Power tak power IG sekarang??




So aku decide untuk unfollow IG yang aku rasa tak perlu pun. Sebab aku malas nak menaikkan nafsu shopping aku ni. Aku hanya akan tengok IG yang aku bekenan tu bila masa aku rasa nak je..hehee.. So aman sikit bila browse IG sekarang..hehee.. Cuma just now terpengaruh dengan lazada la plak.. Hahadoi..  (biasalah perempuan)


For me lazada is a very good tool for online shopping. Sebab aku selalu beli banyak benda dekat lazada, and the things yang aku beli tu sampai pada waktu yang ditetapkan. Barang semua in good condition. So aku yakin la kat sini. Cuma kita sendiri kena la pandai pilih seller. Lepas tu kene rajin research and baca review.

Bukan tengok harga murah terus beli. Kene survey juga, sebab ada juga seller yang jual barang fake. So hati-hati. So far aku dah banyak kali dah shopping through lazada ni. Alhamdulillah semua good experience, blom pernah la ada yang teruk-teruk ke.

Lagipun aku beli barang kecik-kecik je. Bukan beli peti ais or TV. So barang yang besar and heavy ni aku belum ada experience. So no comment. Hahaa.. So macam mana dengan pengalaman and di lazada?? Kehkeh..


p/s : boleh sakit hati browsing website lazada sebab ada yang murah tapi dalam bank xde duit..kihkih
p/ss : harap tak terpengaruh teruk sangat.
p/sss : tak pernah beli barang kat lazada lebih dari rm100.. :)


Kalau ada benda nak cakap please la komen :)

Till then.

sincerely,
sitinurulaieen.
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...