22 May 2017

Seberapa Pantas?

Assalamualaikum.
Page 142 from 365.

Seberapa pantaskah kau untuk ku tungguCukup indahkah dirimu untuk s'lalu kunantikanMampukah kau hadir dalam setiap mimpi burukkuMampukah kita bertahan disaat kita jauh
Seberapa hebatkah kau untuk kubanggakanCukup tangguhkah dirimu untuk s'lalu kuandalkanMampukah kau bertahan dengan hidupku yang malangSangguplah kau meyakinkan disaat aku bimbang
Celakanya hanya kaulah yang benar benar aku tungguHanya kaulah yang benar benar memahamikuKau pergi dan hilang ke mana pun kau suka
Celakanya hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakanHanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkanDiantara peri aku s'lalu menantimu
Mungkin kini kau t'lah menghilang tanpa jejakMengubur semua indah kenanganTapi aku s'lalu menunggumu disiniBila saja kau berubah pikiran


Perasaan hati bila mendengar bait lagu.. lebih terarah kepada somebody. Pergi dan hilang kemana pun dia suka... Ah celaka.. Kerana rasa sayang tetap setia. Begitu aku banggakan, begitu aku gagahkan. Mohon dipanjangkan. persoalannya adakah pantas dia bagi aku? 

Tetap setia kerana ada sesuatu yang pasti, yakni rasa sayang dan rindu yang di anugerah ilahi. Bila saja kau berubah fikiran, aku tetap di sini.. Menanti... 

Sincerely,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

21 May 2017

Selamat Pengantin Baru Brother!

Assalamualaikum...

Page 141 from 365.

Apo koba waghih? Sihat tak?

Hari niaa den nak cakap nogori yo sini. Maleh den nak cakap KL. Sobab eh den nak cubo. Rupo eh payah menaip bahaso nogori dan becakap nogori secaro lisan ni..Bilo bercakap lanca yo poie eh, bilo menulih gagap den nak mengejo satu-satu!

So balik kito pado tajuk asal.

Alhamdulillah, pado duo puloh duo haghi bulan  April , topat jam sepuloh setongah pagi abang den yang sulong tu ha dah solamat dah jadi suami oghang! Syukur Alhadulillah. Dah nak masuk bulan onam dah jam niaa baru la raso nak update pasal kawen abang esey tu. Tahniah la big brothaaa!!


Gamba pun curi dari facebook abang..adoi.. hahaa
Adoi, lambek boto nak wish majlis kawen abang sendighi. Ontahlah, ponek tau tak buek kojo kawen ni. Ontah time den sok camno la agak eh ponek eh.. Alhamdulillah semuo jalan dengan lancaa. Selamat dah.. Syukur.. Bilo dah lopeh settle semuo bondo baru raso ngam nak share siniaaa..

Apo-apo pon selamat menjalani alam rumah tanggo la hondak eh..Den tak tau sobab bolum kawen laie, tapi den doa yang baik-baik yolaaa.. Copek sikit dapek pejal junior.. so boleh la berlari berkejarannn eden dongan anak-anak buah... hahaa

Selamat pengantin baru Bang jai & kak Ila...

sincerely,
sitinurulaieen.
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

20 May 2017

My Someone Special

Assalamualaikum..

Page 140 from 365. 

Hi readers.

Sebenarnya aku dah lama dah nak up entry ni..tapi tak tau kenapa entry ni tak terpost. So aku cuba sekali lagi gagahkan diri untuk post this entry. Sejujurnya, aku sendiri tak tahu macam mana and bagaimana nak terangkan tentang seseorang ni. Agak terhad bagi aku untuk menulis secara freely berkenaan dengan this special man of mine. 

Okay let me introduce you. His name is Mr H. I know him for almost 3 years now. First kenal masa aku dan dia sama-sama bekerja di satu company sales di Melaka. Mula sebagai leader dan downline. Camtulah.. 



How is he?
He is kind to me. Always make me laugh and take care of me. He manage to handle me when I buat perangai. Kira tahap boleh tahan la dengan aku punya gila. Sebab bila aku buat gila, aku main tinggal je dia. Bila aku kata pergi kau mampus, maknanya pergi mampus. Yes, that me! 


Is he a romantic person?? 
Yes and No. He is so unpredictable. Sometime he can be very thoughtful, sometime he don't care at all. When he in a good mood he will always make sure that I am happy. The best things is dia akan make sure aku makan and kenyang setiap hari. So boleh diterima la kan?? hahaa 

Menepati ciri-ciri idaman ke?
Tidak. hahaha, semua ciri-ciri yang aku nak tak ada kat dia.. hahaha, tapi semua yang aku perlu ada kat dia.. Hee. Yang penting dia terima aku seadanya. Baik buruknya perangai aku. Aku tak suka lelaki panas baran, so aku dapat lelaki yang always keep me calm. Yang boleh layan perangai cepat bengis aku ni. Boleh tadah telinga bila aku membebel.. Paling best diam je bila aku buat perangai.. 



Boleh bertahan ke??
Actually aku tak tahu nak kata apa. Hubungan masih baru, walaupun dah nak masuk 3 tahun. Banyak lagi yang kami perlu belajar. I am just pray and wait for something special to happen. In shaa Allah. See, I actually got many things to write about this relationship, but at the end I don't have anything to say. Biasa la dalam relationship always got up and down. Always quarrel everyday. Sometimes I hate him the most. Sometimes I miss him the most. I don't know. 

Bila nak kawin?
Siapa yang tak nak kawen kan? Most of my batch semua dah bekeluarga. Dah ada baby berderet dah. Tapi jangan tanya aku bila. Just doakan sahaja semua berjalan dengan lancar. Both of us baru start over new career. Business baru nak up, so focus memang pada career growth. Untuk masa depan jugak. Hopefully semua berjalan according to plan. Please pray for us.



Harapan dalam hubungan..
I just harap boleh jadi yang terbaik untuk this relationship. To always learn about each other and communicate better. I do really wants honestly and trust. That whats make the relationship strong and tough! 


So, here that is the story about my someone special. Tak ada romantic, over the top macam dalam drama ke apa. Sebab reality dia hanya aku dan dia je tau. So thank you Mr H for being here with me. Even everyday always get angry with you, but still i love you. 

Thank you. :) 

With love,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Pengaruh Lazada...

Assalamualaikum..

Masih lagi di halaman 140 dari 365.

Yezza, gigih menaip banyak entry dalam satu hari.. Kekeke..

Harini berlambak dah business online tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tak dinafikan, teknologi masa ni memang banyak memudahkan. Lagi-lagi buat orang yang malas keluar macam aku ni ha... Semua nak online. Memang ada kesan buruk dan baik dia.. Cuma kita kena pandai-pandai kawal la ye tak??

Sebelum ni aku rajin gila browsing instagram. Sebab aku rasa instagram satu medium baru untuk bisness. Disebabkan itu aku banyak follow IG shop. End up aku rasa semua benda aku nak beli. Kadang benda tu bukan diperlukan pun, and kalau aku keluar pergi mydin ke aku boleh dapat barang yang sama dengan harga yang jauh lebih murah..(contoh: tudung dan baju)

 Adoii. Power tak power IG sekarang??




So aku decide untuk unfollow IG yang aku rasa tak perlu pun. Sebab aku malas nak menaikkan nafsu shopping aku ni. Aku hanya akan tengok IG yang aku bekenan tu bila masa aku rasa nak je..hehee.. So aman sikit bila browse IG sekarang..hehee.. Cuma just now terpengaruh dengan lazada la plak.. Hahadoi..  (biasalah perempuan)


For me lazada is a very good tool for online shopping. Sebab aku selalu beli banyak benda dekat lazada, and the things yang aku beli tu sampai pada waktu yang ditetapkan. Barang semua in good condition. So aku yakin la kat sini. Cuma kita sendiri kena la pandai pilih seller. Lepas tu kene rajin research and baca review.

Bukan tengok harga murah terus beli. Kene survey juga, sebab ada juga seller yang jual barang fake. So hati-hati. So far aku dah banyak kali dah shopping through lazada ni. Alhamdulillah semua good experience, blom pernah la ada yang teruk-teruk ke.

Lagipun aku beli barang kecik-kecik je. Bukan beli peti ais or TV. So barang yang besar and heavy ni aku belum ada experience. So no comment. Hahaa.. So macam mana dengan pengalaman and di lazada?? Kehkeh..


p/s : boleh sakit hati browsing website lazada sebab ada yang murah tapi dalam bank xde duit..kihkih
p/ss : harap tak terpengaruh teruk sangat.
p/sss : tak pernah beli barang kat lazada lebih dari rm100.. :)


Kalau ada benda nak cakap please la komen :)

Till then.

sincerely,
sitinurulaieen.
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Planning for next ??

Assalamualaikum..

Masih di halaman 140 dari 365.

Hi readers.

Satu hari dua entry adalah pencapaian yang awesome bagi aku sebagai blogger pada tahun 2017. hahaa. Kau bayangkan aku jadi active blogger masa tahun 2011 (dengan 141entry/year).. Lepas tu harammmm.. hahaa. Paling sikit tahun 2016 (16 entry per year).. kahkah..

To be honest sekarang ni aku tulis blog bukan sebab nak ada orang baca, nak glamer atau pun nak berniaga. Aku tulis blog sebab aku suka menulis, pastu aku nak ada satu place yang aku boleh trace back pengalaman and sejarah hidup aku. Ha kau.. besar harapan! (kalau ada yang baca, Alhamdulillah, terima kasih =))

Harini sabtu, so cuti and ada masa terluang, so up la entry banyak-banyak sikit kan?? Jangan marah kalau arini ada belas-belas entry plak.. Idea banyak..kihkih..

So planning for next? Next apa??

Disebabkan baru balik dari vacation, of course la kau akan rasa nak plan for the next vacation right? Ke aku sorang je macam ni?? Haha, lantak la.. Tapi memang sekarang aku kena planning for the next vacation pun, sebab next vacation ni bukan nya aku pergi sorang macam biasa..

This is family vacation. Kena bawak mak ayah plus sedara-mara yang nak ikut. Ayah aku la cadangkan kat aku nak pergi bercuti ramai-ramai. Masa aku dengar tu aku senyum je, buat dek je.. Last-last ayah aku kata, " Kau kena plan semua, kau kena ikut sebab ayah tak tau apa2.. kau kan selalu berjalan, kau plan!"..

Perghhhh.....

Honestly, aku pun blur-blur... tapi ada masa lagi nak buat plan.. Nak pergi mana pun tak sure lagi, tapi ayah aku nak sangat pergi langkawi ramai-ramai katanya.. Sekarang pun langkawi banyak tempat and aktiviti yang best.. So, In shaa Allah, harapan besar ni akan aku cuba untuk tunaikan sebaik mungkin.

Kenangan mak ayah masa pergi langkawi dulu.. 
 Wish me luck okay..

Hopefully berjaya la hendaknya plan ni.. Mohon dipersempat. In shaa Allah..:)
Till then...


sincerely,
sitinurulaieen
20/05/2017
16:33pm


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Pulau Pangkor, terbaik untuk cuti hujung minggu...

Assalamualaikum,

Page 140 from 365...

Apo koba waghih?? Sihat walafiat la hondak eh yo??

Alhamdulillah last entry aku kata nak pergi bercuti sekejap. Lagipun short weekend sahaja, so aku decide untuk pergi pulau. Alhamdulillah destinasi pilihan adalah Pulau Pangkor. Jujurnya memang ini pertama kali aku pergi pulau pangkor. Okay ke tak??

Okay sangat!!

Untuk first timer, memang aku recommend pergi pulau pangkor. Nice place, beautiful sunset dan sangat sesuai untuk short weekend.. Kind of refreshing juga lepak sini. Sebab dia pulau kecik je, sehari pusing dah habes. Hahaa :)

Drive dari KL sampai Marina Island Jeti, suggest naik dekat sini sebab harga tiket sama dengan jeti lumut, (RM14/return) and duduk dalam bot dalam 10min je.. Kalau rasa feeling-felling nak duduk dalam bot lama-lama sikit, ambik angin laut boleh naik kat jeti lumut.

Bila sampai pulau pangkor, ada banyak choice. Kalau melawat untuk sehari sahaja boleh la sewa motor or kereta, atau naik teksi pon okay. Teksi dia van colour pink2 tu.. huhuhu..

Aku stay kat teluk nipah. Memang menghadap laut, so far untuk yang nak buat aktiviti snorkeling atau mandi-manda memang aku suggest lepak kat teluk nipah la.. Sebab dia memang cantik, spot untuk ambik gamba pun lawa. So pandai-pandai la kau arrange macam mana ye.


Aku paling suka perhati matahari terbenam. 

So far untuk yang ada bajet ciput tu, tapi nak rasa pergi bercuti, boleh try pergi pulau pangkor. Aku suka, maybe aku akan pergi lagi. Tapi bukan dalam masa terdekat.. Heehee.. Nak pergi island hoping and snorkeling pun best. Aku pergi aritu dapat la dalam rm20/sorang. Naik boat kecik tu, best gila! hahaa..

Banyak spot menarik kat Pangkor ni, kena rajin merayap.. Sewa motor best!!

Semoga kita berjumpa lagi Pulau Pangkor :)
Bajet pun dalam 300++ je. Pergi ramai-ramai dapat lagi murah kot. Hehe.. So you all weekend ni pergi mana?? Pergi la spend time sikit mandi laut kat pangkor tu. At least dapat release sikit.. Hee..

Hope this entry helps.. Selamat bercuti you all :)

sincerely,
sitinurulaieen
20/05/2017
14:28pm
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

11 May 2017

Sometime kena rehat juga

Assalamualaikum,

Halaman 131 dari 365.

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan lima. Allahu, cepat sangat masa berlalu sekarang ni kan?? In Shaa Allah, kalau di izin ALLAH dapat la merasa ramadhan tahun ni. Moga dapat puasa penuh la hendaknya...

Tahun ni tak berkesempatan nak berjalan. Focus memang pada 100% pada career growth. Nak jalan bukan takda masa, tapi bajet terarah ke tempat lain. As an Islamic Financial Life Planner, memang banyak sangat nak kene belajar. Sebab kerja aku kena share dengan orang ramai tentang takaful and Islamic financial planning.. kalau tak pergi kelas dan training, menyimpang pulak ajaran nanti.. ye dok??

Tapi seriusly I need some vacation.. Sebab my mind and body need some rest.. need to refresh. Nak melangok ke luar negara tu aku tak sure la tahun ni macam mana, (work hard to achieve company trips..its free i like!! sikit je lagi..chaiyok!!) tapi dalam negara In Shaa Allah...


Kemana kita?? In my mind I want to go to an island! Yeahhhh... Entah lah tiba-tiba rasa mood snorkeling tu datang. Lama gila tak snorkel.. Gian pulak weh! Bila teringat je dah syok, ini kan pulak bila dapat pergi kan?? Come on weekend, can't wait!

Aku cuba tangkap gambar poskad macam ni nanti ye *berangan*

Saja jela research sikit kat google ni... Sampai terupdate blog, maknanya rajin la tu.. huhu.. Ok confirm la this weekend  I need to pack my bag, and go get some vacation.. Yang lain-lain tolak tepi dulu.. vacation mood on! hahaa.. pulau mana nak pergi nih??

Nanti lah aku update lepas balik nanti. Hopefully plan jalan lancar..even tak plan sangat pun.. Haha.. ok my dear readers. till then :)

sincerely
sitinurulaieen
11/05/2017
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

10 May 2017

Come back! Stay focus Everyone!

Assalamualaikum...

Page 130 from 365.

Hi reeaders, lama dah tak bersiaran kat sini. Apa khabar la semua? Hope okay2 aja ye. Actually nak say hai je, sebab dah lama tak update blog. Berhabuk sudah blog aku ni ha. Biasalah la kan, busy sangat tu takda lah, tapi tulah malas sebenarnya nak menaip..hahaha

Alhamdulillah, life is okay. Cool. Biasa la if ada problems here and there.. Who doesn't right? Cuma sometimes terlalu letih nak mengadap karenah manusia-manusia sekeliling nih. Lagi-lagi yang rapat dengan kita.

Aku pun tak tau macam mana nak mula. Cuma kalau kau ada kawan rapat, pasti kau nak dia berjaya, nak usaha sama-sama, berjaya sama-sama. Dan Alhamdulillah, berkat team work, we made it.!! Out of sudden, dia berubah arah, hilang fokus dan senyap sunyi.


Okaylah kepada yang berkenaan, aku mengaku lah aku ada membebel dengan kau. Niat aku tegur pun sebab nak kita sama-sama naik, sama-sama berjaya. Niat aku bukan nak bagi kau jatuh, aku kritik sebab aku sayangkan kau! Aku suka bila kita kerja sama-sama, naik sama-sama, pergi jumpa customer sama-sama... Tapi aku heran dengan inconsistency kau.

Aku suka bila kau fokus, kau akan beri 100% komitmen! Dan kau dah buktikan pada aku dan diri kau sendiri yang kau boleh buat! Tapi kenapa bila ada masalah sikit, kau menyepi diri, kau lari dari aku, tak layan aku.. Adoi.. pening aku dengan kau ni..


Sahabat, tak ada benda yang tak boleh diselesaikan dalam dunia ni. Kalau kau follow jalan yang lurus, pasti kau tahu di setiap perkara, ada jawpan dan penyelesaiannya. Jom kita sama-sama betulkan apa yang kurang, apa yang wajib kita laksanakan dengan jiwa.. Kita boleh, pasti boleh. Dengan izin ALLAH..


Come back to me. Let's go! We made it before, lets made it again. I'm sorry for all the wrongdoing that I've done to you.. Don't stop when we are tired, stop when we are done!! Chaiyok sitinurulaieen and friend! Maaflah readers, niat awal nak tulis lain, sekali keluar random thought pulak..hehee..Till then..


sincerely
sitinurulaieen
10/05/2017
2017hours
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...