10 February 2017

Persetankan...

Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim..

Halaman 41 dari 365.

Pada saat dan ketika ini, lebih baik kau diam.
Lebihkan mendengar, Banyakkan bersabar.

Diam lagi baik dari berkata-kata.
Kerana kau harus tau,
Bila lidah mula berkata,
Beribu orang boleh terasa,
Seribu tahun pun tak hilang derita.
Segenap pelusuk fitnah berleluasa,
Kiri kanan canang berita.

Apa yang kau dapat?
Hanya dosa bertimbun tak terkira..

Persetankan saja apa orang nak kata,
Esok-esok diam la mereka,
Lama mana sahaja meraka boleh bersuara,
Dah penat nanti berhenti la depa.

Allahu Ya Sama',
Kau lagi tahu,
Kaunuhu Sami'un Ya ALLAH,
Kau tahu apa yang aku tak tahu,
Hanya kau sahaja yang maha mengethaui.

Allahu Ya Irodat,
Bila-bila kau mahu,
Bila-bila kau hendak.
Aku tak mampu,
Tak juga bisa menolak.

Kaunuhu Muridun Ya ALLAH,
Yakini aku bila mana kau kehendak,
Jadi! bagimu,
Maka terjadilah ia.....
Keyakinanku dengan kun fayakun mu.

Persetankan mulut-mulut celaka,
Bukan mata manusia yang kita damba,
Harapan di mata tuhan, kita sempurna.

Allah tolong bagi aku paham,
Tolong bagi aku ilmu,
Banyak yang aku tak tahu,
Banyak yang aku ingin tahu,
Hadirkan la guru,
Mudahkanlah perjalananku,
Dalam menuntut ilmu.
Ilmu yang pertama sekali,
Ilmu untuk MENGENALMU.

sincerely,
sitinurulaieen
0145hours
10/02/2017
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...