05 February 2017

Kata dari Jiwa..Ilham dari Pencipta.

Assalamualaikum...

Page 36 from 365days.

Bismillahirahmanirahim.

Kau kena tahu,
Hidup ni bila tidak ada ujian. Bosan.
Bila dapat ujian. Berat.
Sebab tu kau kena ada TUHAN.
Kau kena lurus jalan.
Tuhan dah lantik manusia agung tunjuk jalan.
Tuhan dah hantar buku rujukan.
Tapi kau sibuk dengan makhluk dan segala macam mainan setan.


Dugaan tu bukan sebab nak buat kau lemah,
Tapi untuk pastikan kau sentiasa tabah.
Ujian tu bukan untuk yang kalah.
Sebab disebalik ujian pasti ada hikmah.
Maka, cari gali belajar hayati dan hadamkan.
Kerana bagi yang sabar pasti ada ganjaran.


Tak payah kau canangkan kepada dunia sejuta masalah.
Sebab semua akhirnya hanya dengar dan buat tak endah.
Hanya kau seorang yang harus tempuh terus redah.


Keji hina-dina fitnah dan sumpah seranah,
Segalanya kau mampu tadah.
Balas dendam itu tak usahlah,
Allah kan ada tempat berserah.


Perancangan kau tu cantik,
Tapi perancangan Allah tu lagi terbaik.
Bila tiba masa kau rasa pelik,
Kenapa semua kau buat terbalik,
Ingat balik baik-baik,
Allah cuma nak kau jadi yang terbaik.
Dan angkat darjat kau setakuk naik.


Bersyukur lah,
Dalam apa perkara, terimalah.
Bangun semula, tadah tangan berdoa.
Berusaha selagi terdaya.
In Shaa Allah kau akan matang dalam usia,
Kau akan matang dalam setiap perkara.


Tak ada manusia yang sempurna,
Tak semua hati kau mampu jaga,
Apa yang kau perlu - buat apa yang kau terdaya,
Terus berada dalam Ad-Deen yang nyata.


Kenal diri, kenal Pencipta.
Tak tau? Berguru.
Tak jumpa? Cari.
Tak cari? Sesat yang nyata.
Bila tersesat, kembali taubat.
Bila parah, lebihkan munajat.
Zikir setiap saat, sepanjang hayat,
Hati yang mengenal penciptanya,
In shaa Allah pasti tak akan disesat.


Semoga semua dapat manfaat.
Hasil dari nukilan ayat.
Untuk diri sendiri dan juga renungan sahabat.
Harap mampu diberi ingat.
Mengharapkan semuanya SELAMAT

Nukilan rasa hati,

sitinurulaieen
05/02/2017
16:33
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...