17 October 2017

Sakit Gigi - Petua Kurangkan Rasa Sakit

Assalamualaikum.

Halaman 288 dari halaman 365.

Hi readers. Alhamdulillah dah middle of October dah sekarang. Huisshhh, cepat sungguh la masa berjalan now kan.. Hurm, I don't know la why lately sakit banyak datang menjengah. Maybe dah tua.. Hahaaa.. Sedar diri :(

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Seriusly tengah sakit gigi sekarang ni. Tapi entah mengapa takut sangat nak jumpa dentist. hahahaa, Weh, maybe bila umur dah nak masuk 3 series ni semangat nak jumpa doctor tu memang merudum woih. Bukan la takut mana, cuma entahlah.. 

Dulu masa early 20s happy je jumpa dentist cepat if sakit. Maybe in my mind masa tu I'm healthy, I'm still young. So memang takde la nak takut-takut jumpa dentist/ doktor. Kahkah. Kelakar pulak bila di ingatkan balik semula.. hehee.. Anyway, doakan takde apa2 la gigi ni. Maybe kene tampal la kot. 

Petua yang aku guna sementara nak jumpa dentist. Yang aku rasa agak mujarab la jgk untuk kawal rasa sakit gigi ni.

1. Cengkih

  • Okay serius ni aku try buat after dengar suggestion. Memang dia tak akan stop kan sakit gigi berlubang tu on the spot, tapi lama selepas tu sakit gigi aku surut.. Alhamdulillah.. Haha, so far berkesan dengan aku. Cara dia tumbuk lumat cengkih tu, pastu serbuk tu letak kan kat tempat yang sakit.. Tahan jela rasa dia yang pepayau pedas tu.. Hehee
Cengkih

2. Kumur Air Garam
  • First apa yang aku buat, aku berus gigi and letak garam sikit kat colgate tu. Lepas tu kumur dengan air garam suam.. Cara dia letak dalam sesudu kecik garam dalam air suam, lepas tu kumur dengan air tu. So far lps tu akan rasa macam tak denyut sangat la.

3. Ubat sakit gigi cap kaki 3
  • Okay, bila tak tertanggung sakit gigi, kepala semua berdenyut jugak woih. So makan la ubat. Memang dia mcm painkiller. Tapi tak di galakkan sangat la nak makan banyak2. Lagi satu ada ubat cap kaki 3 ni yang serbuk, tu aku letak kat tempat yang sakit. In shaa Allah kebah la sikit.
ubat sakit gigi tablet - paracetamol
Ni yang serbuk panya
                                 
4.  Ubat gigi sensodyne kaler purple
  • Okay so far aku ni memang ada probs gigi sensitif, sebab aku susah sikit nak makan makanan yang sejuk, lagi lagi ais. So aku try guna sensodyne yang kaler purple ni. So far okay la untuk gigi yang sensitif macam aku ni.
Selain dari ni pun boleh jugak
5. Jumpa Dentist
  • Last sekali sila la jumpa dengan dentist anda. Takut macam mana pun kita wajib jumpa dentist at least 2x setahun. If kita jaga gigi kita elok-elok, In shaa Allah kita boleh pakai lama - sampai hayat dikandung badan. Hopefully dapat jumpa dentist yang handsome! hahaha, kurang debau mak!
Hi hopefully jumpa dentist yang cute.. Hilang sakit mak!



So itu jelah aku nak taip arini. hahaa.. till we meet again. Didoakan sesiapa yang baca entry ni, semoga sihat-sihat sentiasa, dipermudahkan segala urusan dan murah rezeki masing-masing ye. Chioooooouuuu :)

sincerely,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

06 October 2017

My Small Career Achievement

Assalamualaikum.

Page 277 from 365.

Hi readers, how are you?

Alhamdulillah, September is already gone. Now we are in the month of October. Of course I rasa the time is running too fast. Because throughout this year I've been busy chasing my dream and in a blink of an eyes is already near to the end of the year..

But anyways, I feel glad and bless for the progress and achievement yang I dah lalui sepanjang tahun 2017 ni. Hopefully Allah mempersempatkan I untuk capai impian I - bahagiakan mak dan ayah. To make them proud of me!

For my career development, Alhamdulillah - Great!!

In the month of September, the CEO of AIA Berhad - Madam Anusha throw a challenge to our agency - Stable Vision Corporation Bhd to achieve RM2.5 million ANP in a month of Sept. We take that challenge and just do it without hesitation! hahahaa. Padahal goyang woo.. But Mdm Anusha actually one of the booster for us to keep focus and keep going! Thank You Boss!!


And......................

Sorry boss, we did more than you want!
WOWWWWWW.. Congrats SV members.!!

We all ni semua budak nakal, tak dengar cakap. Boss suruh buat 2.5 million je.. Sebab warga Stable Vision nakal, we did more... Sorry bosss!! hehehe..

Alhamdulillah, all praises to Allah, I achieve an anugerah on that night.. Hehe, Its a small achievement for me and also a booster for me to aim higher for this month on-words. I am a 7th Runner Up for this challenge in a category Top 10 Producers (New Life Planner).

I love that tumbler - Thanks Ceo & SV.. Smart!

By the way, with this booster I am blessed that I am in the right industry for me. I am in the right company and in the right agency. Alhamdulillah, Thank you Allah for your blessing. I also want to  say my gratitude to my business partner ABDUL HAKIM - for always helping me throughout this journey.. And my leaders, my seniors and also for my beloved clients for trusting me and supporting me! Thank you so much. I love you!!

Pose cun sikit, smileeeeee :) 

Free-styler - Yes we are Havoc team!

If you are looking for great business, having a career development, better income and helping others - come and join me as a life planner. Together we make our dreams come true!!

Contact me at
011-3970 9391
Cik Aieen.

sincerely,
sitinurulaieen
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

30 September 2017

Wake Me Up When September End

Assalamualaikum..

Halaman 271 dari halamaan 365.

Apa khabar my readers, harap kalian okay-okay jela ye.

Its already the end of September month.. Alhamdulillah for the past month, a lot of bittersweet things and memories happened to me. Syukur aku masih bernafas dan masih bergerak dalam dunia nie... Lama sudah tak menulis kat blog.. Kesian blog (even takda siapa baca hahaha)..

Actually I tried to write more here, that is my 2017 resolution but end again I'm still neglect this blog.. sigh** Dah berhabuk sampai ada benda yang aku outdated kat blog ni, tapi aku tak tau macam mana nk edit. Hampeh!

Angan-angan nak make over blog sampai sekarang tak  kesampaian.. Kekangan masa buat aku langsung tak boleh nk membebel kat sini apatah lagi nak godek-godek segala bagai coding-coding yang kengkadang memeningkan saraf urat kentut! Ceit!

Ada sesiapa terer and ambik upah makeover blog tak? Mai pm aku weh.. Aku memang nk makeover blog bagi nampak professional sikit.. If ada anyone drop comment kat bawah ye?.. Dalam masa yang sama, aku rindu zaman membebel kat blog.. Sebab aku rasa blog ada satu sentimental feeling yang buatkan aku rajin nk mencurahkan isi hati.. Entah tak tau kenapa facebook/instagram bukan tempat untuk aku bercerita...

Dengan kuasa viral yang melampau-lame pau sekarang ni, benda tak betul pun jadi betul... Fitnah berleluasa.. so aku prefer jadi scrolldown reader sahaja and like a few of my friends activities only.. Hahaa.. Im still obsessed with blog.. Dulu kini selamanya.. Hahaha..

Ah sudah lah, penat pulak nak menaip..Dah lah pinjam wifi Mcd je ha.. Almaklumlah zaman pak jib ni, memamg semua benda kalau ada yang free grab aje.. melampau nau dia punya komitmen zaman akak ros ni.. Sabau jelaaa ye dak..

Till then, till we meet again.. Hope whatever things that you are working at, success be upon you! In Shaa Allah 😘

p/s; sometimes it takes an overwhelming breakdown to have an undeniable breakthrough.. May Allah Ease..😎😊


Sincerely,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

04 September 2017

Quick Update for Quarter 4.

Assalamualaikum...

Page 245 from 365.

Apa khabar guys. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan september. Time is running out really fast! Alhamdulillah, Thank to ALLAH sebab bagi aku peluang untuk merasa nikmat yang terhingga banyaknya sehingga hari ini. 

Just a quick update about me. Just in case I'm forgetting who I am one day, Ahaks! 

1. Career 
In my career, a lot of thing need to catch up! Plus for this Quarter 4 (Q4) a lot of money and contest that company throw yang tak seharusnya aku biarkan terlepas ke tangan orang lain. Kena kerja sungguh-sungguh Cik Aieen. An apple product tu. Iphone 8 weh! Senang cerita semua product dari apple!. Oh ya, for those yang tanya Cik Aieen kerja apa - I am a Fulltime AIA Takaful Life Planner. Yesssss!! I am an Insurans Agent!.. Do contact me :) 011-3970 9391

Looking for better career. Pm me!

2. Love Life
Perlu ke nak update about this? Kahkah. Just getting ready je now.. Ready for what, nanti ler aku update bila aku tak lupa.. Persediaan nak kene ambik this month. Maybe kursus kawen. Even aku dah lama attend kursus kawen, just for the sake of teman encik H.. Kena la attend sekali this time. Bila nak langsung.. Ontahlahhhhhh, tunggu masa jer. Ahahaaiii... 

Some Inspiration :)

3. Financial 
Macam biasa la, tight! Ramai yang beranggapan kerja sebagai agent insurans ni kaya-raya. Yes memang aku tak nafikan. Itu apa yang kawan-kawan aku fikir apa yang aku earn la.. Padahal kawan-kawan tak support pon.. Kahkah.. Memang sekarang tak nampak lah kaya nye.. But slowly bro, Im catching up! Alhamdulillah for all the rezeki from The Almighty.. Syukur.
He knows best!
4.Health
Hurm, quite challenging for the past few month! At the age of 29years old, I've got a chicken pox.. Hahaha, sedih pulak aku bila orang tanya kenapa? Selamba jawab chicken pox, orang gelakkan pulak.. Huhu. On and off. Tapi nak merungut apa, 28 tahun hidup ALLAH bagi nikmat sihat, baru demam sikit dah nak mengeluh?? Wake up Cik Aieen.. 

Sakit-sakit dah ada medical card lom? PM me.
5.Mental & Fizikal
Mental sekarang tengah bersemangat. After facing a down moment, so time to boost up balik momentum. Sekarang kurus melidi. So ada persiapan nak gemukan badan.. 



6. Cuti-cuti.
Tahun ni tak berkesempatan nak becuti jejauh. Sibuk memanjang. Hanya mampu throwback je memory berjalan last year. But next year will go someplace that I've been dreaming off. Can't wait for January 2018!


Bila nak jalan-jalan lagi woih!! 
Overall itu ajelah update about me for this year.. May Allah ease everything. Hopefully what I plan and dream this year will be granted. In shaa Allah. Amin. Thanks guys for reading :)
Hope I can write more. Krik2. Bye.

sincerely,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

28 July 2017

Chicken Pox is not COOL at ALL!!

Assalamualaikum..

Halaman 209 dari 365.

Hi semua. Apa Khabar? Hope sihat la engkau orang ye. Harini cik aieen tak berapa sihat. Cik aieen terkena chicken pox. Serius tak cool langsung kena chicken pox bila dah besar macam ni. Umur nak masuk 3 series pulak tu baru nak kena chicken pox! Huaaarghhhh..

Bukan nak merungut atau apa. Islam kata sakit itu kifarah dosa, Alhamdulillah. Yang buat tak cool adalah kerana chicken pox tu naik kat muka.. Bila effect muka, korang tau jela kan, macam aku ni ha - kerja kena jumpa dengan orang ramai - sekaligus rasa tak confident kalau muka macam hapa.. Adui!

Simptom dia boleh refer gambar di bawah.


Alhamdulillah, walaupun kena chicken pox, tapi tak demam or sakit kepala. Sempat settlekan semua kerja and taip entry ni. Nak jalan pun dah tumbuh satu kat tapak kaki. Memang nak suruh aku rilek kat rumah la katanya kan..

Anyways orang kata nak cepat elok kena minum air kelapa muda banyak2. Sekarang dah kebah sikit, tapi gatal-gatal tu tak payah cerita la kan. Rasa nak garu tapi tahan je. Rusak sudah kejelitaan aku.. hahahaa..



Apa-apa pun kau orang doakan la ye supaya cik aieen cepat sembuh dan boleh kerja macam biasa. Siapa tau lepas ni bertambah gojes dan sukses pulak kan. Amin. In shaa Allah.

Ok chow dulu la ye.. mau beradu.

Till then.

sincerely,
sitinurulaieen
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

12 July 2017

Salam Syawal 2017

Assalamualaikum.

Page 193 from 365.

Di kesempatan ini, aku hanya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 2017 kepada semua yang membaca blog picisan aku ni. Mintak maaf sekiranya ada di dalam tulisan aku yang menyinggung hati pada sesiapa yang membaca.


Yelah, aku pun manusia biasa. Tak lari dari buat silap. Salam kosong-kosong buat semua yang mengenali. 

Alhamdulillah raya aidifitri 2017 bagi aku sangat meriah. Tahun ni alhamdulillah dapat beraya bersama keluarga tersayang, anak buah pun dah betambah dan riuh rendah suasana tu tak payah cerita la kan. Seronok dan meriah. Alhamdulillah thanks ALLAH. 

Tahun ni aku still beraya sebagai orang bujang.. Haha, okaylah bujang boleh serve kat mak dan ayah lama sikit  ye dak? In shaa Allah doakan tahun ni jelah aku sambut raya bujang. Tahun depan moga bersama dengan suami la pulak ye dak??


Okay la guys, aku rasa sampai sini je aku larat nak menaip.. menguap besar gila dah mulut macam badak air.. sangap sungguh pulak rasa.. Hahaa. 

See you in the next entry.

Sincerely,
sitinurulaieen



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

22 May 2017

Seberapa Pantas?

Assalamualaikum.
Page 142 from 365.

Seberapa pantaskah kau untuk ku tungguCukup indahkah dirimu untuk s'lalu kunantikanMampukah kau hadir dalam setiap mimpi burukkuMampukah kita bertahan disaat kita jauh
Seberapa hebatkah kau untuk kubanggakanCukup tangguhkah dirimu untuk s'lalu kuandalkanMampukah kau bertahan dengan hidupku yang malangSangguplah kau meyakinkan disaat aku bimbang
Celakanya hanya kaulah yang benar benar aku tungguHanya kaulah yang benar benar memahamikuKau pergi dan hilang ke mana pun kau suka
Celakanya hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakanHanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkanDiantara peri aku s'lalu menantimu
Mungkin kini kau t'lah menghilang tanpa jejakMengubur semua indah kenanganTapi aku s'lalu menunggumu disiniBila saja kau berubah pikiran


Perasaan hati bila mendengar bait lagu.. lebih terarah kepada somebody. Pergi dan hilang kemana pun dia suka... Ah celaka.. Kerana rasa sayang tetap setia. Begitu aku banggakan, begitu aku gagahkan. Mohon dipanjangkan. persoalannya adakah pantas dia bagi aku? 

Tetap setia kerana ada sesuatu yang pasti, yakni rasa sayang dan rindu yang di anugerah ilahi. Bila saja kau berubah fikiran, aku tetap di sini.. Menanti... 

Sincerely,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

21 May 2017

Selamat Pengantin Baru Brother!

Assalamualaikum...

Page 141 from 365.

Apo koba waghih? Sihat tak?

Hari niaa den nak cakap nogori yo sini. Maleh den nak cakap KL. Sobab eh den nak cubo. Rupo eh payah menaip bahaso nogori dan becakap nogori secaro lisan ni..Bilo bercakap lanca yo poie eh, bilo menulih gagap den nak mengejo satu-satu!

So balik kito pado tajuk asal.

Alhamdulillah, pado duo puloh duo haghi bulan  April , topat jam sepuloh setongah pagi abang den yang sulong tu ha dah solamat dah jadi suami oghang! Syukur Alhadulillah. Dah nak masuk bulan onam dah jam niaa baru la raso nak update pasal kawen abang esey tu. Tahniah la big brothaaa!!


Gamba pun curi dari facebook abang..adoi.. hahaa
Adoi, lambek boto nak wish majlis kawen abang sendighi. Ontahlah, ponek tau tak buek kojo kawen ni. Ontah time den sok camno la agak eh ponek eh.. Alhamdulillah semuo jalan dengan lancaa. Selamat dah.. Syukur.. Bilo dah lopeh settle semuo bondo baru raso ngam nak share siniaaa..

Apo-apo pon selamat menjalani alam rumah tanggo la hondak eh..Den tak tau sobab bolum kawen laie, tapi den doa yang baik-baik yolaaa.. Copek sikit dapek pejal junior.. so boleh la berlari berkejarannn eden dongan anak-anak buah... hahaa

Selamat pengantin baru Bang jai & kak Ila...

sincerely,
sitinurulaieen.
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

20 May 2017

My Someone Special

Assalamualaikum..

Page 140 from 365. 

Hi readers.

Sebenarnya aku dah lama dah nak up entry ni..tapi tak tau kenapa entry ni tak terpost. So aku cuba sekali lagi gagahkan diri untuk post this entry. Sejujurnya, aku sendiri tak tahu macam mana and bagaimana nak terangkan tentang seseorang ni. Agak terhad bagi aku untuk menulis secara freely berkenaan dengan this special man of mine. 

Okay let me introduce you. His name is Mr H. I know him for almost 3 years now. First kenal masa aku dan dia sama-sama bekerja di satu company sales di Melaka. Mula sebagai leader dan downline. Camtulah.. 



How is he?
He is kind to me. Always make me laugh and take care of me. He manage to handle me when I buat perangai. Kira tahap boleh tahan la dengan aku punya gila. Sebab bila aku buat gila, aku main tinggal je dia. Bila aku kata pergi kau mampus, maknanya pergi mampus. Yes, that me! 


Is he a romantic person?? 
Yes and No. He is so unpredictable. Sometime he can be very thoughtful, sometime he don't care at all. When he in a good mood he will always make sure that I am happy. The best things is dia akan make sure aku makan and kenyang setiap hari. So boleh diterima la kan?? hahaa 

Menepati ciri-ciri idaman ke?
Tidak. hahaha, semua ciri-ciri yang aku nak tak ada kat dia.. hahaha, tapi semua yang aku perlu ada kat dia.. Hee. Yang penting dia terima aku seadanya. Baik buruknya perangai aku. Aku tak suka lelaki panas baran, so aku dapat lelaki yang always keep me calm. Yang boleh layan perangai cepat bengis aku ni. Boleh tadah telinga bila aku membebel.. Paling best diam je bila aku buat perangai.. 



Boleh bertahan ke??
Actually aku tak tahu nak kata apa. Hubungan masih baru, walaupun dah nak masuk 3 tahun. Banyak lagi yang kami perlu belajar. I am just pray and wait for something special to happen. In shaa Allah. See, I actually got many things to write about this relationship, but at the end I don't have anything to say. Biasa la dalam relationship always got up and down. Always quarrel everyday. Sometimes I hate him the most. Sometimes I miss him the most. I don't know. 

Bila nak kawin?
Siapa yang tak nak kawen kan? Most of my batch semua dah bekeluarga. Dah ada baby berderet dah. Tapi jangan tanya aku bila. Just doakan sahaja semua berjalan dengan lancar. Both of us baru start over new career. Business baru nak up, so focus memang pada career growth. Untuk masa depan jugak. Hopefully semua berjalan according to plan. Please pray for us.



Harapan dalam hubungan..
I just harap boleh jadi yang terbaik untuk this relationship. To always learn about each other and communicate better. I do really wants honestly and trust. That whats make the relationship strong and tough! 


So, here that is the story about my someone special. Tak ada romantic, over the top macam dalam drama ke apa. Sebab reality dia hanya aku dan dia je tau. So thank you Mr H for being here with me. Even everyday always get angry with you, but still i love you. 

Thank you. :) 

With love,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Pengaruh Lazada...

Assalamualaikum..

Masih lagi di halaman 140 dari 365.

Yezza, gigih menaip banyak entry dalam satu hari.. Kekeke..

Harini berlambak dah business online tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tak dinafikan, teknologi masa ni memang banyak memudahkan. Lagi-lagi buat orang yang malas keluar macam aku ni ha... Semua nak online. Memang ada kesan buruk dan baik dia.. Cuma kita kena pandai-pandai kawal la ye tak??

Sebelum ni aku rajin gila browsing instagram. Sebab aku rasa instagram satu medium baru untuk bisness. Disebabkan itu aku banyak follow IG shop. End up aku rasa semua benda aku nak beli. Kadang benda tu bukan diperlukan pun, and kalau aku keluar pergi mydin ke aku boleh dapat barang yang sama dengan harga yang jauh lebih murah..(contoh: tudung dan baju)

 Adoii. Power tak power IG sekarang??




So aku decide untuk unfollow IG yang aku rasa tak perlu pun. Sebab aku malas nak menaikkan nafsu shopping aku ni. Aku hanya akan tengok IG yang aku bekenan tu bila masa aku rasa nak je..hehee.. So aman sikit bila browse IG sekarang..hehee.. Cuma just now terpengaruh dengan lazada la plak.. Hahadoi..  (biasalah perempuan)


For me lazada is a very good tool for online shopping. Sebab aku selalu beli banyak benda dekat lazada, and the things yang aku beli tu sampai pada waktu yang ditetapkan. Barang semua in good condition. So aku yakin la kat sini. Cuma kita sendiri kena la pandai pilih seller. Lepas tu kene rajin research and baca review.

Bukan tengok harga murah terus beli. Kene survey juga, sebab ada juga seller yang jual barang fake. So hati-hati. So far aku dah banyak kali dah shopping through lazada ni. Alhamdulillah semua good experience, blom pernah la ada yang teruk-teruk ke.

Lagipun aku beli barang kecik-kecik je. Bukan beli peti ais or TV. So barang yang besar and heavy ni aku belum ada experience. So no comment. Hahaa.. So macam mana dengan pengalaman and di lazada?? Kehkeh..


p/s : boleh sakit hati browsing website lazada sebab ada yang murah tapi dalam bank xde duit..kihkih
p/ss : harap tak terpengaruh teruk sangat.
p/sss : tak pernah beli barang kat lazada lebih dari rm100.. :)


Kalau ada benda nak cakap please la komen :)

Till then.

sincerely,
sitinurulaieen.
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Planning for next ??

Assalamualaikum..

Masih di halaman 140 dari 365.

Hi readers.

Satu hari dua entry adalah pencapaian yang awesome bagi aku sebagai blogger pada tahun 2017. hahaa. Kau bayangkan aku jadi active blogger masa tahun 2011 (dengan 141entry/year).. Lepas tu harammmm.. hahaa. Paling sikit tahun 2016 (16 entry per year).. kahkah..

To be honest sekarang ni aku tulis blog bukan sebab nak ada orang baca, nak glamer atau pun nak berniaga. Aku tulis blog sebab aku suka menulis, pastu aku nak ada satu place yang aku boleh trace back pengalaman and sejarah hidup aku. Ha kau.. besar harapan! (kalau ada yang baca, Alhamdulillah, terima kasih =))

Harini sabtu, so cuti and ada masa terluang, so up la entry banyak-banyak sikit kan?? Jangan marah kalau arini ada belas-belas entry plak.. Idea banyak..kihkih..

So planning for next? Next apa??

Disebabkan baru balik dari vacation, of course la kau akan rasa nak plan for the next vacation right? Ke aku sorang je macam ni?? Haha, lantak la.. Tapi memang sekarang aku kena planning for the next vacation pun, sebab next vacation ni bukan nya aku pergi sorang macam biasa..

This is family vacation. Kena bawak mak ayah plus sedara-mara yang nak ikut. Ayah aku la cadangkan kat aku nak pergi bercuti ramai-ramai. Masa aku dengar tu aku senyum je, buat dek je.. Last-last ayah aku kata, " Kau kena plan semua, kau kena ikut sebab ayah tak tau apa2.. kau kan selalu berjalan, kau plan!"..

Perghhhh.....

Honestly, aku pun blur-blur... tapi ada masa lagi nak buat plan.. Nak pergi mana pun tak sure lagi, tapi ayah aku nak sangat pergi langkawi ramai-ramai katanya.. Sekarang pun langkawi banyak tempat and aktiviti yang best.. So, In shaa Allah, harapan besar ni akan aku cuba untuk tunaikan sebaik mungkin.

Kenangan mak ayah masa pergi langkawi dulu.. 
 Wish me luck okay..

Hopefully berjaya la hendaknya plan ni.. Mohon dipersempat. In shaa Allah..:)
Till then...


sincerely,
sitinurulaieen
20/05/2017
16:33pm


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Pulau Pangkor, terbaik untuk cuti hujung minggu...

Assalamualaikum,

Page 140 from 365...

Apo koba waghih?? Sihat walafiat la hondak eh yo??

Alhamdulillah last entry aku kata nak pergi bercuti sekejap. Lagipun short weekend sahaja, so aku decide untuk pergi pulau. Alhamdulillah destinasi pilihan adalah Pulau Pangkor. Jujurnya memang ini pertama kali aku pergi pulau pangkor. Okay ke tak??

Okay sangat!!

Untuk first timer, memang aku recommend pergi pulau pangkor. Nice place, beautiful sunset dan sangat sesuai untuk short weekend.. Kind of refreshing juga lepak sini. Sebab dia pulau kecik je, sehari pusing dah habes. Hahaa :)

Drive dari KL sampai Marina Island Jeti, suggest naik dekat sini sebab harga tiket sama dengan jeti lumut, (RM14/return) and duduk dalam bot dalam 10min je.. Kalau rasa feeling-felling nak duduk dalam bot lama-lama sikit, ambik angin laut boleh naik kat jeti lumut.

Bila sampai pulau pangkor, ada banyak choice. Kalau melawat untuk sehari sahaja boleh la sewa motor or kereta, atau naik teksi pon okay. Teksi dia van colour pink2 tu.. huhuhu..

Aku stay kat teluk nipah. Memang menghadap laut, so far untuk yang nak buat aktiviti snorkeling atau mandi-manda memang aku suggest lepak kat teluk nipah la.. Sebab dia memang cantik, spot untuk ambik gamba pun lawa. So pandai-pandai la kau arrange macam mana ye.


Aku paling suka perhati matahari terbenam. 

So far untuk yang ada bajet ciput tu, tapi nak rasa pergi bercuti, boleh try pergi pulau pangkor. Aku suka, maybe aku akan pergi lagi. Tapi bukan dalam masa terdekat.. Heehee.. Nak pergi island hoping and snorkeling pun best. Aku pergi aritu dapat la dalam rm20/sorang. Naik boat kecik tu, best gila! hahaa..

Banyak spot menarik kat Pangkor ni, kena rajin merayap.. Sewa motor best!!

Semoga kita berjumpa lagi Pulau Pangkor :)
Bajet pun dalam 300++ je. Pergi ramai-ramai dapat lagi murah kot. Hehe.. So you all weekend ni pergi mana?? Pergi la spend time sikit mandi laut kat pangkor tu. At least dapat release sikit.. Hee..

Hope this entry helps.. Selamat bercuti you all :)

sincerely,
sitinurulaieen
20/05/2017
14:28pm
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

11 May 2017

Sometime kena rehat juga

Assalamualaikum,

Halaman 131 dari 365.

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan lima. Allahu, cepat sangat masa berlalu sekarang ni kan?? In Shaa Allah, kalau di izin ALLAH dapat la merasa ramadhan tahun ni. Moga dapat puasa penuh la hendaknya...

Tahun ni tak berkesempatan nak berjalan. Focus memang pada 100% pada career growth. Nak jalan bukan takda masa, tapi bajet terarah ke tempat lain. As an Islamic Financial Life Planner, memang banyak sangat nak kene belajar. Sebab kerja aku kena share dengan orang ramai tentang takaful and Islamic financial planning.. kalau tak pergi kelas dan training, menyimpang pulak ajaran nanti.. ye dok??

Tapi seriusly I need some vacation.. Sebab my mind and body need some rest.. need to refresh. Nak melangok ke luar negara tu aku tak sure la tahun ni macam mana, (work hard to achieve company trips..its free i like!! sikit je lagi..chaiyok!!) tapi dalam negara In Shaa Allah...


Kemana kita?? In my mind I want to go to an island! Yeahhhh... Entah lah tiba-tiba rasa mood snorkeling tu datang. Lama gila tak snorkel.. Gian pulak weh! Bila teringat je dah syok, ini kan pulak bila dapat pergi kan?? Come on weekend, can't wait!

Aku cuba tangkap gambar poskad macam ni nanti ye *berangan*

Saja jela research sikit kat google ni... Sampai terupdate blog, maknanya rajin la tu.. huhu.. Ok confirm la this weekend  I need to pack my bag, and go get some vacation.. Yang lain-lain tolak tepi dulu.. vacation mood on! hahaa.. pulau mana nak pergi nih??

Nanti lah aku update lepas balik nanti. Hopefully plan jalan lancar..even tak plan sangat pun.. Haha.. ok my dear readers. till then :)

sincerely
sitinurulaieen
11/05/2017
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

10 May 2017

Come back! Stay focus Everyone!

Assalamualaikum...

Page 130 from 365.

Hi reeaders, lama dah tak bersiaran kat sini. Apa khabar la semua? Hope okay2 aja ye. Actually nak say hai je, sebab dah lama tak update blog. Berhabuk sudah blog aku ni ha. Biasalah la kan, busy sangat tu takda lah, tapi tulah malas sebenarnya nak menaip..hahaha

Alhamdulillah, life is okay. Cool. Biasa la if ada problems here and there.. Who doesn't right? Cuma sometimes terlalu letih nak mengadap karenah manusia-manusia sekeliling nih. Lagi-lagi yang rapat dengan kita.

Aku pun tak tau macam mana nak mula. Cuma kalau kau ada kawan rapat, pasti kau nak dia berjaya, nak usaha sama-sama, berjaya sama-sama. Dan Alhamdulillah, berkat team work, we made it.!! Out of sudden, dia berubah arah, hilang fokus dan senyap sunyi.


Okaylah kepada yang berkenaan, aku mengaku lah aku ada membebel dengan kau. Niat aku tegur pun sebab nak kita sama-sama naik, sama-sama berjaya. Niat aku bukan nak bagi kau jatuh, aku kritik sebab aku sayangkan kau! Aku suka bila kita kerja sama-sama, naik sama-sama, pergi jumpa customer sama-sama... Tapi aku heran dengan inconsistency kau.

Aku suka bila kau fokus, kau akan beri 100% komitmen! Dan kau dah buktikan pada aku dan diri kau sendiri yang kau boleh buat! Tapi kenapa bila ada masalah sikit, kau menyepi diri, kau lari dari aku, tak layan aku.. Adoi.. pening aku dengan kau ni..


Sahabat, tak ada benda yang tak boleh diselesaikan dalam dunia ni. Kalau kau follow jalan yang lurus, pasti kau tahu di setiap perkara, ada jawpan dan penyelesaiannya. Jom kita sama-sama betulkan apa yang kurang, apa yang wajib kita laksanakan dengan jiwa.. Kita boleh, pasti boleh. Dengan izin ALLAH..


Come back to me. Let's go! We made it before, lets made it again. I'm sorry for all the wrongdoing that I've done to you.. Don't stop when we are tired, stop when we are done!! Chaiyok sitinurulaieen and friend! Maaflah readers, niat awal nak tulis lain, sekali keluar random thought pulak..hehee..Till then..


sincerely
sitinurulaieen
10/05/2017
2017hours
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

05 April 2017

Next Projects Awaits!

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim.

Page 95 from 365.

Hello everyone. How are you? Hope everything is super fine for you. Its been a while I'm not updating my lovely blog. I just want to do quick update about what happen to me on the previous month, and a little bit of chat. Just so that I'm not forget and reminiscence the good and the bad memories that I've went through. So just enjoy reading my blog channel! :)

hello everyone. Nice to know you. Thank You :)

Actually everything turn out to be very difficult at the beginning of the year, but eventually that struggle become more easier. I've become more stronger and wiser. As I know GOD doesn't tests you with the test you cannot bear, and I am blessed by the things that happened to me. Alhamdulillah, Alla' Kulli Hal.

And off we go!


Like the tagline in this blog, "Every difficulty is an opportunity in disguise" .. So just embrace it, because something good is gonna happen next! Just believe in that okay guys!. I've been using this tagline since my Uni year, and I still don't know why I am using it. It is just only today I'm realize that life is a beautiful struggle. Without difficulty your life will be pretty empty and bland.  Right guys??

Go go girls and guys. Go with the flow..

Alhamdulillah.. 

Let's talk about new projects. Currently I am involving myself with a lot of projects. Projects that will make me busy and release all my stress. It's kind of new hobby that I found. I love do journal book or scrapbook before, when I am in school/uni years, but as I step into career mode, I didn't have much time to do it often. Just currently I found my passion back, and wallah...... I do my journal book again! 


This is absolutely not my journal. Mine is looking similar to this. Much uglier I think. Wee :)

I wanted to show you guys my journal, but at the end I decided not to do so NOW, because it is not complete yet. Sooner or later I will post it out here how my journal look like. For the time being I just want to make sure that my journal will be freaking awesome and make me wonders every single time I read them.. hahaa , wish me luck guys... 

Next projects awaits.

I will be moving to new house soon, and I am all crazy watching DIY home decor videos on YouTube channel.! Seriously I am really excited and can't wait to start decorate my house! So many cute things and I hope I can turn my new house to wonderland. In shaa Allah. Pray for me.. hee..

Isn't it cute guys??? OMG!

I guest this is the end of my update. Hope to talk and blog soon. In case I'm not so busy. hee.. Love what you do, Do what you love..:) Till then guys.

sincerely
sitinurulaieen
05042017 (2036hours) 


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

11 February 2017

Indinas-Siraat-Al-Mustaqeem...

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim.

Page 42 from 365.

Image result for ihdinas siratal mustaqim in arabic

Bagaimana harus aku ini ya tuhan?
Kasih dan sayang sudah dicurahkan,
Namun masih juga belum diberi kesedaran.

Allah Tuhan ku yang maha kaya,
Sambutlah doaku, dengarkan lah.
Pandu pulang, sambut cintaku.
Aku redha, aku lepaskan..
Namun aku masih belum kuat ya Tuhan.
Adakah harus aku bertahan,
Atau harus aku lepaskan.

Sekiranya tertulis dia milikku.
Kau bimbing kami ke jalan syurga mu.
Sekiranya tidak tertulis jodohku,
Allah, aku mohon dia dibantu.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
-tunjukkan lah kami jalan yang lurus

Allah Allah Allah.
Kembalikan semua ke jalan lurusmu.
Kembalikan dia ke jalan menuju tuhannya.
Allah tuhan yang maha kasih lagi maha penyayang.
Kau yang datangkan rasa kasih,
Kau yang beri rasa sayang,
Mohon Allah,, tuhan yang maha tahu.
Tolong hambamu yang buntu,
Tolong hambamu yang mengharap hanya padamu.

Bagaimana harus aku ini,
Sampai bila semua ini,
Allah lagi tahu,
Allah lagi mengetahui.
Jauhkan munafik dalam diri.
Buat insan yang disayangi.


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
-tunjukkan lah kami jalan yang lurus

Allah mohonku agar segera tolong kami.

sincerely,
sitinurulaieen
11/02/1017
0000hours
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

10 February 2017

Persetankan...

Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim..

Halaman 41 dari 365.

Pada saat dan ketika ini, lebih baik kau diam.
Lebihkan mendengar, Banyakkan bersabar.

Diam lagi baik dari berkata-kata.
Kerana kau harus tau,
Bila lidah mula berkata,
Beribu orang boleh terasa,
Seribu tahun pun tak hilang derita.
Segenap pelusuk fitnah berleluasa,
Kiri kanan canang berita.

Apa yang kau dapat?
Hanya dosa bertimbun tak terkira..

Persetankan saja apa orang nak kata,
Esok-esok diam la mereka,
Lama mana sahaja meraka boleh bersuara,
Dah penat nanti berhenti la depa.

Allahu Ya Sama',
Kau lagi tahu,
Kaunuhu Sami'un Ya ALLAH,
Kau tahu apa yang aku tak tahu,
Hanya kau sahaja yang maha mengethaui.

Allahu Ya Irodat,
Bila-bila kau mahu,
Bila-bila kau hendak.
Aku tak mampu,
Tak juga bisa menolak.

Kaunuhu Muridun Ya ALLAH,
Yakini aku bila mana kau kehendak,
Jadi! bagimu,
Maka terjadilah ia.....
Keyakinanku dengan kun fayakun mu.

Persetankan mulut-mulut celaka,
Bukan mata manusia yang kita damba,
Harapan di mata tuhan, kita sempurna.

Allah tolong bagi aku paham,
Tolong bagi aku ilmu,
Banyak yang aku tak tahu,
Banyak yang aku ingin tahu,
Hadirkan la guru,
Mudahkanlah perjalananku,
Dalam menuntut ilmu.
Ilmu yang pertama sekali,
Ilmu untuk MENGENALMU.

sincerely,
sitinurulaieen
0145hours
10/02/2017
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

09 February 2017

Kembali Pulang

Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim.  

Halaman 40 dari 365.

Alhamdulillah. 
Wa syukurillah. 
Terima Kasih Allah. 

Kadang baru aku tersedar,
Kalau kita sabar,
Nikmat dia memang tak tergambar.

Allahu, tuhan yang memegang hati-hati manusia,
Ku sedar diri aku hanya si kerdil hamba,
Merindu dan menunggu bukan sesuatu yang didamba,
Namun manisnya tetap akan ada,
Dalam setiap perkara yang Allah duga.  

Sujud syukur, akhirnya dia yang ditunggu kembali pulang,
Ke dalam pangkuan keluarga tersayang,
Tak ku kisah apa yang ganggu apa yang halang,
Aku hanya mahu dia sekarang tenang,
Dan  bersedia di hari mendatang.

Allahu, tuhan yang maha kaya,
Aku tak mampu tutup mulut manusia,
Aku tak tahu apa ada dalam hati-hati manusia,
Ilmun - Kau tuhan yang lagi tahu,
Alimun - Kau tuhan yang maha mengetahui 
Atas segala apa yang berlaku di langit dan di bumi,
Bantu aku, bantu kami,
Dalam merangkak menuju Ilahi.

Alla' Kulli Hal
In every condition I thank Allah.
Dalam setiap perkara Alhamdulillah,
Segala puji bagi Allah.
Terima kasih tuhanku.
Kerana masih sayangkan aku.

Inna lillahi wa innaa ilayhi rajii'un. 

sincerely
sitinurulaieen
0850hours. 



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

05 February 2017

Kata dari Jiwa..Ilham dari Pencipta.

Assalamualaikum...

Page 36 from 365days.

Bismillahirahmanirahim.

Kau kena tahu,
Hidup ni bila tidak ada ujian. Bosan.
Bila dapat ujian. Berat.
Sebab tu kau kena ada TUHAN.
Kau kena lurus jalan.
Tuhan dah lantik manusia agung tunjuk jalan.
Tuhan dah hantar buku rujukan.
Tapi kau sibuk dengan makhluk dan segala macam mainan setan.


Dugaan tu bukan sebab nak buat kau lemah,
Tapi untuk pastikan kau sentiasa tabah.
Ujian tu bukan untuk yang kalah.
Sebab disebalik ujian pasti ada hikmah.
Maka, cari gali belajar hayati dan hadamkan.
Kerana bagi yang sabar pasti ada ganjaran.


Tak payah kau canangkan kepada dunia sejuta masalah.
Sebab semua akhirnya hanya dengar dan buat tak endah.
Hanya kau seorang yang harus tempuh terus redah.


Keji hina-dina fitnah dan sumpah seranah,
Segalanya kau mampu tadah.
Balas dendam itu tak usahlah,
Allah kan ada tempat berserah.


Perancangan kau tu cantik,
Tapi perancangan Allah tu lagi terbaik.
Bila tiba masa kau rasa pelik,
Kenapa semua kau buat terbalik,
Ingat balik baik-baik,
Allah cuma nak kau jadi yang terbaik.
Dan angkat darjat kau setakuk naik.


Bersyukur lah,
Dalam apa perkara, terimalah.
Bangun semula, tadah tangan berdoa.
Berusaha selagi terdaya.
In Shaa Allah kau akan matang dalam usia,
Kau akan matang dalam setiap perkara.


Tak ada manusia yang sempurna,
Tak semua hati kau mampu jaga,
Apa yang kau perlu - buat apa yang kau terdaya,
Terus berada dalam Ad-Deen yang nyata.


Kenal diri, kenal Pencipta.
Tak tau? Berguru.
Tak jumpa? Cari.
Tak cari? Sesat yang nyata.
Bila tersesat, kembali taubat.
Bila parah, lebihkan munajat.
Zikir setiap saat, sepanjang hayat,
Hati yang mengenal penciptanya,
In shaa Allah pasti tak akan disesat.


Semoga semua dapat manfaat.
Hasil dari nukilan ayat.
Untuk diri sendiri dan juga renungan sahabat.
Harap mampu diberi ingat.
Mengharapkan semuanya SELAMAT

Nukilan rasa hati,

sitinurulaieen
05/02/2017
16:33
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

27 January 2017

Big Test - Big Reward! Simple jer..


Assalamualaikum,

Page 27 from 365.

Dear blog,

To be honest, aku ada banyak perkara yang nak diluahkan di sini. Tapi sebaiknya aku tidak menaip tentang hal-hal peribadi kerana aku tahu, yang menanggungnya aku.. Hahaa.. So better mengadu pada tuhan. Betul ke idok??


Alhamdulillah, life must go on. Teruskan perjuangan dan kene sentiasa INGAT tujuan kita dilahirkan atas dunia ni. Tak ada satu benda pun yang ALLAH jadikan sia-sia. Cari hikmah disebalik sesuatu, belajar bersyukur dan berubah - turn to ALLAH immediately! Itu sahaja... Tak lecey pon...


January 2017, banyak kejadian yang tak di sangka-sangka berlaku. Uncertainty make me worried about my future.. Tapi ALLAH knows best. Jalan terus... Yakin sajer. Biasa kalau awal-awal tahun dah banyak benda jadi, means rezeki besar tengah or hujung tahun.. The bigger the test, the bigger the reward! Alhamdulillah, 'Alla Kulli Hal! All praises due to ALLAH - In all condition I thank Allah!.


Instead of being depressed, I choose to be happy :) wink wink.. Because I got a very good lesson, if you are becoming depressed with all the problems you face - that is mostly the sign of weakness of faith in ALLAH swt.. ya Allah jauhkan lah..


back to basic, back to normal. Redha.. In Shaa Allah..


till then,
sitinurulaieen
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

14 January 2017

DIA saja yang tahu. Jia You!

Assalamualikum,

Hi readers, how are you.?

Page 14 from 365.

Harini aku rasa sangat terbeban. Bebanan di otak bukan di badan. Level of stress tu dah tahap mega dewata dah rasa.. ALLAH!. Macam biasa la, aku tak tau mana hendak diluah rasa dalam hati ni, so kau lah jadi mangsanya my dear blog. Sigh! 


Dear blog, syukur Alhamdulillah, aku masih boleh kawal lagi rasa ini, masih boleh lagi bersabar, masih boleh lagi bertahan. Kerana aku tahu, aku ada tuhan, aku ada keluarga di belakang aku, aku ada kawan yang memahami dan aku ada kau my dear blog sebagai medium untuk aku setiap kali aku kehilangan arah. 


Terlalu banyak dugaan yang aku sedang hadapi sekarang. Macam dah jatuh, di timpa tangga pula. ALLAH. Aku rasa sangat tak mampu, tapi ALLAH kata dia tak akan uji hambanya lebih dari kemampuan hambanya. Ya, ALLAH knows best! Trust on ALLAH plans. Segala pertolongan dan kebergantungan hanya pada DIA sahaja. 


Perancangan aku selalunya tak sama dengan perancangan tuhan. Apalah agaknya reward yang ALLAH nak bagi pada aku lepas ni. Dua kali ALLAH ulang dalam Al-Quran. "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (Q:S 94:5-6)


Takda satu perkara pun yang ALLAH jadikan di dalam dunia ni sia-sia. Aku hanya boleh bermohon supaya semuanya dipermudahkan. Semoga ALLAH bantu aku dalam setiap perkara yang aku lakukan. Amin. Ya Rabb.


My financial - really tight. My career - still struggling (so-so la), my car right now tengah rosak tersangkut tepi jalan, (overheat). My love life - very tough and challenging. ALLAH tolong bantu aku dalam merawat hati ini. Mungkin aku terlalu banyak fikir - mungkinlah... Doakan yang baik-baik. 


Cerita pasal love-life ni, haih, terlalu banyak yang aku nak ceritakan. Cuma aku tak tahu macam mana nak luah kat sini. Alhamdulillah for the past 2 years - everything went smooth, easy, just go with the flow between us. And I am happy. 


This year, both of us quarrel a lot. At the same time we laugh a lot too. Cuma, dia seorang yang unpredictable. Ada ketika perangai unpredictable dia ni sangat bagus dan reasonable. Ada ketika sangat annoying and buat aku selalu naik angin. 


Right now, I lost contact with him. Sekarang aku tak tahu kemana dia menghilang. Last aku jumpa dia masa tu kami bertekak sikit. Aku memang biasala perangai yang kuat merajuk (perempuan kan). Sekarang aku dah gelabah dan serba salah, sebab dah berapa hari aku tak dapat contact dia, dan last sekali jumpa, masa tu aku main blah dalam keadaan marah..


Aku cuma berharap dia baik-baik aja. Aku berdoa semoga dia sentiasa dalam jagaan ALLAH. Dear you, tak kisah la awak berada kat mana sekarang, I hope that you are safe. And please do contact me..  I am waiting.


Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.


sincerely,
sitinurulaieen.


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...