19 October 2016

Siem Reap Trip 2016 - Day 1 (Night and Old Market)

Assalamualaikum.

Hi readers,

How your days?

13 October 2016
Sambung entry untuk hari pertama di bumi Kemboja. Macam biasa, hari pertama adalah hari explore dan hari sesat. Hahaaa.. Sebelum keluar, singgah reception hotel, mintak maps. Saja la tanya ada basikal untuk disewa, hotel kata ada. Harga 3USD. Eh mahal nau-nau, so kami decide jalan kaki ja.. Hahaha


Agak jauh juga hotel kami dengan bandar. Gigih jalan kaki sebab bajet aku sikit. To be honest aku just bawak 100USD je masa pergi sana. So boleh ke jalan-jalan Siem Reap dengan bajet 100USD je?? Jawapan dia, BOLEH je, cuma banyak yang kene cut la. Aku lepas je. Alhamdulillah :)


Orait masa jalan tu ramai tuk-tuk driver akan tegur offer nak bawak korang jalan-jalan. Tak payah layan, kene tahan nafsu, kene pikir bajet kau sikit. Jalan kaki badan pun sihat. Ha kau, macam tu sekali tahap berfikir. Disebabkan lapar, kami decide makan KFC je. Sebab KFC dekat Siem Reap ni HALAL. So tanpa ragu-ragu just order nasi plus ayam seketul dengan pickles. Cost $2.80 (yang paling murah)


Menarik, tapi kene beringat belanjawan aku sempit..Haha
Jalan-jalan area night market and Pub Street. Pub Street ni memang penuh dengan Mat-Mat Salleh je. Biasa la kan, bila petang nampak macam biasa je, tapi bila malam, memang happening la. Cuma aku tak suka sangat berjalan kat Pub Street tu. Biasa la kan, orang pandang pelik, muslimah bertudung lepak pub street. Kahkah. So pergi old market la. Kat sana sempoi sikit. Yang penting kena pandai bargain la ye.

Sempat la capai fridge magnet total $4. Dapat 5keping. Haa, cukup la buat kenangan. Plus aku terliur tengok fruitt shake dia. Murah je $1. Tak Ingat perisa apa masa tu, tapi memang fresh la kan rasa dia. Banyak je dekat tepi-tepi jalan sana.

Merata boleh dapat fruit shake ni. Semua harga sama $1. 

Lepas tu jalan cari masjid, untuk solat dan rehat sekejap. Jauh kot jalan kaki, siap sesat berkilo kilo meter..Hahaha.. Sebab bila dapat cari masjid maknanya dapatlah cari kampung muslim dan makanan Halal. Kat Siem Reap ni makanan halal agak terhad dekat area Night Market and Pub Street tu.. So nak easy, cari masjid and dekat sebelah masjid tu ada kedai makanan Halal (milik Imam masjid Siem Reap).


Disebabkan dah makan KFC tadi, takda la aku pergi makan kat sana (almaklum bajet ciput). And aku and Ina memang dah bawak siap2 roti, meggi, instant soup dgn granola bar. So tak kesah sangat hari pertama. Just singgah beli tuna and gula2 and air-air kot masa tu.


Balik bilik jalan kaki. Ada la dalam 2kilometer jarak dari hotel ke town. Plus sesat2 bagai tu, sakit kaki la jugak. But as a traveler, apa ada hal kan? Cehcehceh...


So total spend masa first day sahaja.

  • Fridge magnet : 3USD (RM12.45)
  • KFC : 2.80USD (RM11.62)
  • Fruit Shake : 1USD (RM4.15)
  • Makanan Ringan : 3USD (RM12.45)
  • Total = 10USD (RM41.50)

Till then.. to be continued....


Best Regards,
sitinurulaieen.  
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...