28 October 2016

Siem Reap Trip 2016 - Day 2 (Angkor Wat)

Assalamualaikum,


Hi readers..how ya doing?


Sorry for the long hiatus...

14 October 2016
Second day at Siem Reap, Cambodia. Tempat yang menjadi tarikan utama di bumi kemboja - Angkor Wat. Kalau pergi Siem Reap, tak pergi Angkor Wat - baik tak payah datang Siem Reap. Ha gitu. Kalau korang perhati atas bendera Kemboja pon ada Angkor Wat. So, it is a must place visit for everyone who want to visit Cambodia -Siem Reap especially.


Trip ke Kemboja ni tak ada preparation sangat (mula-mula nak cancel pergi, last minit ON plak). So disebabkan Mr Ponlock (tuk-tuk driver) offer service dia masa hari first. Kami pon setuju jelah. Aku dengan Ina memang decide nak tengok sunrise kat Angkor Wat. So kene bangun seawal jam 4pagi. Nak bertolak tengok sunrise jam 5pagi.


Alhamdulillah, Mr Ponlock datang tepat pagi tu, so off we go to Angkor Wat. Kene pergi beli entrance ticket dulu. Kenmain bapak mahal dia punya fees. Adoi pengsan mak nok!

Entrance fees per day : 20USD/pax

Here comes the sun dududududu~
Subhanallah.. Excited sungguh masa dapat tengok sunrise tu. Berbaloi bangun awal pagi sebab nak tengok sunrise di Angkor Wat. Sebab dia ada moat sekeliling Angkor Wat buatkan reflection dalam gambar alive sangat! Must go there kalau ada kesempatan tengoklah sunrise.. Aku suggest bukan apa, pagi-pagi rasa fresh sangat nak jalan.. Sebab tengahari panas yang amat. 


Just another tips,

  • For temple visit, aku suggest pergi short tour je. Yakni cover 3 tempat dah memadai. Sebab temple ni besar gila okay. And the most annoyingly banyak sangat tangga. Kepenatan sebab kene naik turun tangga je.. huihh
  • Angkor Wat, Bayon and Ta Phrom is enough.
  • Better bring water with you and some foods. 
  • Wear something comfy and loose. Sebab cuaca dia panas dan kering. Lupakan hajat nak pakai high heel ye adik-adik.. Sneakers or comfy shoes is a MUST!
  • Sunblock is a must. Panas berdenting woi bila dah tengah hari.
  • Kalau rasa nak tau lebih lanjut history behind the Angkor Wat and all the temples - boleh hire tour guide. Berapa cost aku tak tanya pulak. Tapi semua bahasa ada. Nak jimat buat macam kami, buat-buat tengok scene, tapi menempel kat tour guide orang, curi-curi dengar! HAHA
  • Better have maps with you, so you won't feel lost. Tapi jangan risau segenap penjuru ada spot cantik nak tangkap gambar. So tangkap gambar puas-puas okay.

At the legendary Angkor Wat. this one before naik their top Level. Gayat!

Kalau ada nak tau lebih lanjut, korang google lah sejarah Angkor Wat ni yer. Mr Ponlock pon buat history lesson jugak after each visit. So tau la jugak sikit-sikit! Cuma malas nak ambil port sangat, sebab history banyak nama pelik-pelik keluar. Angguk je! hehee... (mahal jugak dia charge kami, tapi sebab dia pandai beli jiwa,kami bayau jelah)


Balik tu aku sempat grab buku about Cambodia and Angkor. Masa kat Ta Phrom kot. It's cost 6USD. Okay lah kan.. And balik tu kami makan di Muslim Family restaurant. Err nanti aku review okay! 

So total second day cost:
Entrance fees : 20USD
Tuk-tuk driver : 25USD (divide 2)
Buku : 6USD
Makan : 9.50USD (divide 2)
Total per pax : 43.25USD (RM179.48)

End of second day.. to be continued...


sincerely by,
sitinurulaieen.
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

26 October 2016

KENAPA PERLU PILIH AIA MEDICAL CARD??

Assalamualaikum,


Hi readers.


Ramai antara kita terutamanya Melayu belum ada perlindungan takaful untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga. Kalau kau betul-betul sayangkan diri sendiri dan keluarga kau pasti akan berusaha untuk mencari pelan perlindungan takaful yang terbaik!


Ramai yang Cik Ain jumpa sebelum ni kata tak mampu la, komitmen tinggi la. To be honest, kalau iphone kau mampu pakai, insurans untuk nyawa sendiri kau buat apik tak apik jer. Kau kena faham, agent takaful ni sharing bukan nak paksa atau nak kaut keuntungan. Cik Ain share sebab Cik Ain sayang! Cik Ain risau kalau terjadi apa-apa kepada korang, sekurang-kurangnya ada something yang kau boleh rely on!


Sekiranya sekarang kau rasa komitmen kau tinggi, cuba kau bayang sesuatu terjadi pada diri kau, dan kau dah tak mampu nak bekerja dan mendapat income sendiri.......... Adakah kau nak jadi beban pada family kau? menjadi komitmen kepada keluarga kau untuk tanggung hidup kau? Do something sementara kau masih mampu dan masih sihat.. Bila dah sakit, I CAN'T DO ANYTHING for you.


Berbalik kepada tajuk...

***********************************************************
KENAPA PERLU PILIH AIA  MEDICAL CARD?
***********************************************************

Meh Cik Ain bagi point-point dia ye?


  • Nilai coverage medical card dari minimum RM100k up to RM1.5juta setahun. Setahun okay? Bukan selama hayat dikandung badan.. huhu. Paling best UNLIMITED seumur hidup. Tak payah risau kos medical yang meningkat setiap tahun tu.
  • Caruman Murah - Coverage Tinggi
  • Tiad pembayaran Co-Takaful 10% seperti company lain
  • Kemudahan SWIPE facility - kau swipe je medical card kau tu. SETTLE!
  • Customer Service & Guaranteed Letter 24hour. Kalau kau tak caya, kau telifon je mana-mana hospital swasta cth KPJ, Columbia, Prince Court ke, kau tanya kat nurse/doctor yang ada kat situ - takaful mana yang easy untuk GL approve cepat? Cer try cer try..
  • Tiada deposit kemasukan Hospital
  • Kemudahan Priority Lane di beberapa Hospital Swasta
  • 86 Panel Hospital Swasta di Seluruh Malaysia
  • PENGECUALIAN cukai pendapatan sehingga RM6000.00

*********************************************************************************
PAKEJ-PAKEJ MEDICAL CARD
*********************************************************************************

  1. INDIVIDU - Bulanan serendah RM65/sebulan
  2. SUAMI+ISTERI - Bulanan serendah RM130/sebulan
  3. Pakej KHAS Bapa & Anak-Anak - Bulanan serendah RM250/sebulan
  4. Pakje KHAS Ibu & Anak-Anak - Bulanan serendah RM256/sebulan
  5. Pakej KHAS SATU FAMILY - Bulanan serendah RM320/sebulan



Set your appointment with me NOW! Temujanji dan konsultasi PERCUMA!

I will give you the best and comprehensive solution, bersesuaian dengan bajet dan keperluan kalian. IN SHAA ALLAH.

**Harga caruman berdasarkan umur, jantina, pekerjaan & status merokok.

Ingin maklumat lanjut??


WhatsApp/Call/Message

Cik Nurul Ain
AIA Public Takaful Bhd

011- 3979 9391
011- 3979 9391
011- 3979 9391
011- 3979 9391



p/s : Ramai yang tanya, Cik Ain jual apa? Cik Ain jual LOVE. Sebab if you LOVE yourself you will take care of yourself. If you LOVE your FAMILY, you will PROTECT them. DO YOU LOVE SOMEBODY???

p/s : Call me ya. Cik Ain tunggu!
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

19 October 2016

Siem Reap Trip 2016 - Day 1 (Night and Old Market)

Assalamualaikum.

Hi readers,

How your days?

13 October 2016
Sambung entry untuk hari pertama di bumi Kemboja. Macam biasa, hari pertama adalah hari explore dan hari sesat. Hahaaa.. Sebelum keluar, singgah reception hotel, mintak maps. Saja la tanya ada basikal untuk disewa, hotel kata ada. Harga 3USD. Eh mahal nau-nau, so kami decide jalan kaki ja.. Hahaha


Agak jauh juga hotel kami dengan bandar. Gigih jalan kaki sebab bajet aku sikit. To be honest aku just bawak 100USD je masa pergi sana. So boleh ke jalan-jalan Siem Reap dengan bajet 100USD je?? Jawapan dia, BOLEH je, cuma banyak yang kene cut la. Aku lepas je. Alhamdulillah :)


Orait masa jalan tu ramai tuk-tuk driver akan tegur offer nak bawak korang jalan-jalan. Tak payah layan, kene tahan nafsu, kene pikir bajet kau sikit. Jalan kaki badan pun sihat. Ha kau, macam tu sekali tahap berfikir. Disebabkan lapar, kami decide makan KFC je. Sebab KFC dekat Siem Reap ni HALAL. So tanpa ragu-ragu just order nasi plus ayam seketul dengan pickles. Cost $2.80 (yang paling murah)


Menarik, tapi kene beringat belanjawan aku sempit..Haha
Jalan-jalan area night market and Pub Street. Pub Street ni memang penuh dengan Mat-Mat Salleh je. Biasa la kan, bila petang nampak macam biasa je, tapi bila malam, memang happening la. Cuma aku tak suka sangat berjalan kat Pub Street tu. Biasa la kan, orang pandang pelik, muslimah bertudung lepak pub street. Kahkah. So pergi old market la. Kat sana sempoi sikit. Yang penting kena pandai bargain la ye.

Sempat la capai fridge magnet total $4. Dapat 5keping. Haa, cukup la buat kenangan. Plus aku terliur tengok fruitt shake dia. Murah je $1. Tak Ingat perisa apa masa tu, tapi memang fresh la kan rasa dia. Banyak je dekat tepi-tepi jalan sana.

Merata boleh dapat fruit shake ni. Semua harga sama $1. 

Lepas tu jalan cari masjid, untuk solat dan rehat sekejap. Jauh kot jalan kaki, siap sesat berkilo kilo meter..Hahaha.. Sebab bila dapat cari masjid maknanya dapatlah cari kampung muslim dan makanan Halal. Kat Siem Reap ni makanan halal agak terhad dekat area Night Market and Pub Street tu.. So nak easy, cari masjid and dekat sebelah masjid tu ada kedai makanan Halal (milik Imam masjid Siem Reap).


Disebabkan dah makan KFC tadi, takda la aku pergi makan kat sana (almaklum bajet ciput). And aku and Ina memang dah bawak siap2 roti, meggi, instant soup dgn granola bar. So tak kesah sangat hari pertama. Just singgah beli tuna and gula2 and air-air kot masa tu.


Balik bilik jalan kaki. Ada la dalam 2kilometer jarak dari hotel ke town. Plus sesat2 bagai tu, sakit kaki la jugak. But as a traveler, apa ada hal kan? Cehcehceh...


So total spend masa first day sahaja.

  • Fridge magnet : 3USD (RM12.45)
  • KFC : 2.80USD (RM11.62)
  • Fruit Shake : 1USD (RM4.15)
  • Makanan Ringan : 3USD (RM12.45)
  • Total = 10USD (RM41.50)

Till then.. to be continued....


Best Regards,
sitinurulaieen.  
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

18 October 2016

First glimpse of Siem Reap, Cambodia..

Assalamualaikum....


Hi readers, how are you?


Alhamdulillah for the beautiful life that be given to me by The Almighty. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. I am so blessed!


13 October 2016 - Aku diberi rezeki dan kesempatan oleh Allah melawat Siem Reap, Cambodia. It was an amazing experience. Still rasa macam tak percaya pon ada bila dapat jugak pergi Cambodia in the middle of hectic life. Syukur sangat pada Allah. To be honest, I almost cancel this trip at the last minutes. Tapi kalau Allah kata KUN FAYAKUN, Jadi, maka jadilah dia. :)


Naik flight paling awal, jam 650am. Gigih bertolak dari rumah jam 3pagi. Sampai KLIA2, breakfast and lepak surau sambung tido, lepas subuh baru check-in and flight delay pulak. Dalam flight apa lagi membuta la, tau-tau dah sampai. Hahahaa... 


Disebabkan flight lambat sampai dari jadual, masa keluar dari Airport Siem Reap aku gigih la cari hotel punya driver, sebab kata ada free pickup. Dok cari nama tak jumpa.. Dua tiga kali jugak aku mencari, last2 jalan kaki pergi keluar airport ambil tuk-tuk.


Airport to hotel :5 USD


Yes, dekat Cambodia semua transaction guna USD. Mereka terima juga Cambodian Riel, tapi untuk small-small amount je. To be honest, dekat Siem Reap penuh mat-mat salleh.. hahaha. Kau bayangkan Malaysian Ringgit masa aku pergi sana RM4.15. Menangis!! 


Naik tuk-tuk, English speking driver. So okay lah. Ada cerita kelakar sebenarnya dengan driver tuk-tuk ni. Nama dia Mr Ponlock (+855 070713677). Masa mula-mula tu aku ingat dia ni sikit2 boleh la cakap English. Rupanya tak okay! His English is very good, siap ada British accent wa cakap lu! 

Mr Ponlock with his history lesson. Ngantok nak dengar. haha

Dia tanya, nak pergi hotel mana, aku bgtau la hotel Okay Guesthouse (nanti aku review hotel ni, next entry). Dia kata okay. Ingat lagi dia kata - "Welcome to Cambodia and welcome to my province Siem Reap, I am really appreciate because you choose my country to visit, so welcome and thank you very much." Lebih kurang laaa.. hahaha - Ini aku respect and salute, rasa macam welcome sangat oi. 


Tengah dok syok-syok tengok kiri kanan, Mr Ponlock ni boleh pulak stop. Ah sudah, apehal pulak berhenti tepi sawah kan.. Risau jugak masa tu, dia cakap, nak double confirm hotel kami, takut salah hantar tempat lain. Lepas confirm kan, dia suruh tunggu sekejap. Kami pon skodeng la nak tengok dia pergi mana, pusing belakang --------> terus kami pusing depan balik. (Rasa macam menyesal tengok belakang) hahahaa... -dia nak terkucil rupanya, haampaagasss!!


Jadi bahan lawak je. Adoi. At the end, sampai hotel jugak. Before pergi sana memang dah email hotel kata nak early check-in. (tapi diorang tak reply langsung) Disebabkan driver yang suppose jemput kami di airport tak jumpa kami, ada miss communication katanya. So early check in tu tak perlu caj. (kalau tak kene bayar 5 USD)... 


Sampai bilik membuta la apa lagi, sebab still awal.. And nak recharge balik tenaga, sebab sat lagi nak jalan-jalan. Hee.... Nanti aku cerita next part kami pergi mana okay guys. dah panjang sangat dah ni.. heeee...

To be continued......

Total damage: 

Tiket flight : RM 258/pax

Hotel 4D3N : RM 82/pax

Tuk-tuk to Hotel : USD 5 (RM20.75)


Till then, tunggu next entry okay... 


sincerely,
sitinurulaieen


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

11 October 2016

Hi October. Be Nice Please....

Assalamualaikum,

Hi readers,

Dah 10 haribulan, baru nak taip new enrty.. Nampak tak tahap kesibukan dia tu.. Bukan tak nak taip new entry, dok bukak je dashboard, lepas tulis salam, terus tak tau nak taip apa.,. haish! Biasalah aku sekarang dah berkarier baru sebabgai Life Planner - AIA Public Takaful. Hehe, seronok rupanya bila share pasal takaful dengan rakyat malaysia ni... macam-macam ragam kita boleh tengok..


Tapi harini aku tak nak cerita pasal takaful. Kalau ada yang nak free consultation, financial review and ada apa2 sahaja soalan berkaitan dengan AIA takaful.. boleh call/whatsapp aku 011-3970 9391 okay! Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terangkan and kongsi kan dengan engkau orang semua.


Okay, just nak bagtau, masa nak bagi surat resign kerja dekat company lama haritu perasaan tu nekad sangat-sangat! Sebab aku rasa dah tak boleh nak pergi jauh lagi dah dekat situ. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk bertahan, tapi nampaknya bukan rezeki aku kat situ. Walaupun sayang nak tinggalkan, tapi untuk masa depan aku sendiri, aku kena tinggalkan jugak.. Leave something better for something great omputih kata. hukhukhuk,..


Now I know what is my strength! Now I know which part I'm capable of! Now I know where to succeed! So aku decide untuk terus melangkah.. I want to fly high! Petua orang-orang berjaya, kongsi impian besar kita dengan orang yang kita sayang. Dengan orang yang support kita,,


My blog always be here untuk aku.. Thank you dear blog..*since 2010* So aku pon nak kongsi impian aku kat sini.. hee boleh kan? boleh la yer.. kuikui... :)


My new career (Q4 Goals)

1. Achieve convention trip for rising star - Phuket, Thailand.
2. Achieve Mdrt experience to Guangzhou, China.
3. Achieve semua reward from company - Fitbit, bonus, super recruiter, etc.
4. Stable Income per month.


So far ni la goal aku untuk quater 4.. So October, please be nice to me. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. In Shaa Allah.. Doakan sitinurulain mendapat rezeki yang melimpah ruah.  Aamin...Semoga yang mendoakan mendapat rahmat dari Allah :)


Ok guys, talk to you soon. Ada apa-apa boleh contact aku okay. Thanks.


best regards,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...