21 September 2016

Yogyakarta Trip 2016 - Day 3 Borobudur & Prambanan

Assalamualaikum, hi readers..

Punya la lama nak update hari ketiga.. Masha Allah.. Nevermind straight to the point jer..


So hari ketiga, aku decide untuk visit temples yang ada kat sini.. Kalau pergi jogja, tak pergi dua tempat ni kira tak lengkap la aktiviti korang kat jogja.. For first timer, Wajib datang sini! Sebab malas nak pening kepala nak cari supir or whataver, aku decide ambil package dari hotel jer. So ditanggung beres..

12jam - Borobudur & Prambanan - IDR 500000 (RM150).. 

Start dengan borobudur dulu, so pak supir pon bawak la kami, awal-awal pagi dah tunggu depan hotel. First memang dia singgah mana ntah masa tu.. sebab nak beli ticket entrance masuk borobudur.. Masa tu kenapa dia suggest kat situ bukan kat borobudur itself sebab ada discount katanya.. Ikutkan jela *padahal ntah berapa percent la dia dapat* hahahaa.. 


Entrance fee Borobudur - IDR 250000.. (RM78) So dapat discount 10% kot tak silap... 

At the top of Borobudur

Tips kat borobudur:

1. Kalau sampai sini tengahari panas yang amat.. digalakkan bawak topi or payung

2. Pintu masuk untuk foreigner dengan local people lain2, sebab tu harga beza.. siap suruh buat air teh/kopi before nak masuk sana. 

3. Akan ada tour guide yang akan promote service mereka kat situ. To be honest, better jalan sendiri jer.. Tapi kalau nak tau kisah disebalik tempat tu, nasihat aku better cari tour guide yang boleh cakap English.. Bukan apa, aku pakai juga tour guide, dia cakap bahasa Indonesia-Jawa. Serius aku tak paham.. Last2 dia buat lawak or cerita aku mampu geleng and angguk ja.. Dia buat lawak, dia gelak sorang.. hurm.. kesian kat dia and kesian kat kami!

4. Tempat ni besar, crowded with pelancong.. so kalau nak dapat gopd spot nak tangkap gambar tu agak susah..so kene banyak sabar and tahan panas.. Matahari atas kepala masa aku smpai tu. 

5. Jalan nak keluar, ada ada ramai orang jual keychain and fridge magnet.. Cara diorang tu kejar kau, memang rare gila.. Aku nak makan, dorang kacau sampai terpaksa beli! Termasuk la  buskers - dia nyanyi masa kau makan, lepas tu tengok kau makan smpai kau bg duit kat depa.. Streess sikit kat situ..

Overall, good experience kat Borobudur...

Moving forward to Prambanan.. Jauh jugak perjalan..kira Prambanan ni belah selatan.. almost 1 hour journey jugak la.. Kalau kt Borobudur, Buddha temple.. Prambanan ni Hindu temple.. Honestly, aku lebih prefer kat Prambanan sebab tak rasa macam crowded, and the atmosphere kat situ more welcoming daripada kat Borobudur *pendapat aku la*

Yeay, can reach the top of Prambanan


Entrance fees Prambanan - IDR 234000 (RM73)

Tips kat Prambanan

1. Enjoy the view and scenery.

2. Ada perkhidmatan basikal/sepeda.. Naik jer.. sebab seronok gila round tempat ni dengan basikal..sebab kawasan dia besar jugak. Sepeda - IDR 20000 (RM6).. 

3. Takyah amek tour guide pon takpe.. Sebab apa yg aku buat, menempel kat group tour curi curi dengar explaination. hehehe.. Plus tourist guide kat sini pon fasih bahasa Belanda, Spain France dll..


Overall best jugak journey ke dua tempat ni..

Total damage : IDR 1,216,000 (RM380) 

Supir : IDR 500,000
Borobudur : IDR 225,000
Tour Guide : IDR 150,000
Prambanan : IDR 234,000
Sepeda : IDR 20,000
Silver Bookmark : IDR 57,000
Mkn2 : IDR 50,000

Supir, tour guide,sepeda and makan kongsi dengan Ina... so kalau jalan ramai korang bajet la sendiri.. lagi murah.. Hope it help and Enjoy your trip!


Okay,, See you next entry! 

Sincerely,
sitinurulaieen


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...