21 September 2016

Krabi Trip 2016 - Part 1

Assalamualaikum...


Hi readers.


End of July aritu sempat jugak curi masa untuk travel. Dalam kepala memang fikir nak berehat and kebetulan masa tengah cek ticket kat air asia.. tambang ke Krabi agak murah.. So off we go!



Flight Return - RM246.08/person

Hotel 4d3n - RM99.30/person

First Day - 30th July 2016 (Saturday)

Masa tu aku book hotel Pranang Flora House Hotel. Honest review, this hotel is recommended. Bilik bersih, boleh tahan besar, ada bathtub and harga yang sangat affordable, agak dekat dengan pantai aonang. Dekat dengan masjid besar and senang nak dapat makanan halal dekat sini.. 4star!

Bilik kami masa masuk-masuk terus wahhhhhhhhh !

This trip memang unplanned. So memang takde buat research sangat. Just research sikit-sikit and after that kita just go with the flow je..(konon) - Turn up the plan bit mess, but give me a lifetime experience yang tak boleh dapat kat mana-mana! Alhamdulillah. :) 

With my Travel Buddy! kau nampak tak muka heksaited tu?


Round round Krabi Town


Our mistake masa kat krabi on the first day, kami tak mintak map town krabi kat hotel. So kami tak tahu mana arah tuju.. End up, jalan kaki 2jam non-stop! Confident konon jalan tu boleh tembus pergi hotel, lepas pusing balik, mintak map.. ha hambek kau.. jalan tu tembus tapi Masha Allah jauh gila kot!!


Aku buat point jelah malas nak tulis panjang-panjang sangat. Engkau orang bukan baca sangat pon kan. Wink-wink (>.<)

  • The food - Makanan kat Krabi Masha Allah mahal.. haha, kita punya currency a bit  down kan, so nak tak nak makan jelah. Aku memang tekak siam, tomyam seafood lover. so belasah!
Kerabu Mangga memang faveret hakak! 
  • Krabi Night Market - Hanya ada on weekend jer. Crowded with people. Tips, bawak lah mask. Sebab apa aku dan Ina keep bersin kat sana. Last-last demam dak Ina.. kesian..
  • Kalau nak beli apa-apa souvenir, nak murah kat Krabi Night Market lah daripada kat Aonang. Cuma maybe terlalu padat dangan manusia, aku tak beli apa pon (tak cukup duit pon ye) Hahaa. 
  • Tour - Kalau nak ambil mana-mana tour, make sure la korang rancang awal. Jangan jadi macam kami, nak pikir dulu la kononnya, balik dari night market kedai semua tutup dah.. And nak book kat hotel sendiri tak boleh sebab kene inform at least satu hari.. harey betul!

Nothing much on first day. Kira hari untuk berkenal-kenal dengan Krabi Town. Seronok berjalan, looking around lepas tu balik hotel terus melepek.. Kata nak berehat sangat kan..hahaha...

To be continued.....................


Sincerely
sitinurulaienn


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...