19 July 2016

Bila nak kawin? Nak sentap or nak rilek?


Assalamualaikum,


Selamat hari raya my readers. Maaf zahir & batin. 


Alhamdulillah dapat jugak sambut raya tahun 2016 bersama-sama dengan orang yang tersayang. Tahun ni punya raya boleh tahan gempak juga.. Tak menang tangan nak layan tetamu lepas tu nak menziarah sedara mara pulak.. 

So bila dah reramai tu, biasalah.. Semua makcik-makcik, nenek, sedara mara semua nak tanya soalan yang sama.. "Weh kau, bila nak kawin?  Soalan typical.. tapi tak tahu kenapa ramai yang boleh sentap dengan soalan ni.. 


Pendapat peribadi aku, aku rilek je bila orang tanya aku soalan ni.. Kalau yang lebih tua tanya.. aku just senyummmmmm jer.. pastu buat2 muka lapar cari makanan...hee 

Kawan-kawan punya soalan pun tak kurang hebat..."kau bila nak kawen? .,.. Aku just kata In Shaa Allah, nanti2 lah dulu.. kalau fullstop selepas tu xper.. Siap komen lagi - Weh, biasa kalau perempuan umur dah dekat nak 30, tak kawen lagi... dah anak dara tua weh" 

Sambung lagi sorang.... "Nanti kalau lambat-lambat banyak yang dah longgar weh, anak tak ramai, lepas tu kau bersara nanti, anak kau kecik-kecik lagi"... 

*Yang tanya tu pon belum kawin lagi* 


Alasan kami lelaki takper.. Umur 35 masih laku, saham tinggi.. puiihhhh! 

Aku angguk-angguk kepala jer... 

Sebenarnya better kau diam je daripada kau bersuara dengan soalan-soalan berkaitan dengan kerja Tuhan ni.. Sebab kalau kau menjawab kau sakit hati sebab reason kau tak sama dengan pendapat kawan2 or soalan-soalan dari mereka.. Mereka ada pendapat mereka sendiri dan mahu pendapat mereka di dengar.. kau betah macam mana pon dorang still tak setuju..

So better diam, senyum dan sambung makan.........


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...