21 July 2016

Yogyakarta Trip 2016 - Day 2 (Kabupaten Gunung Kidul)


Assalamualaikum..

Hi readers.. Kita sambung lagi hari kedua kita di Jogja!

Actually ada banyak sangat tempat yang kami research untuk pergi masa second day. Cuma this place is a recommendation from Miss Dessy sendiri.. Katanya dalam banyak-banyak pantai di Jogja, pantai Ngobaran adalah her most favorite beaches. She said this beach is more clean, less crowd and had a very unique view.. So we all follow saje...


Air ombak dia bersih and ombak dia tinggi

Mula-mula aku kedepan, nak selfie.. Berlari balik sebab ombak besar..hahaha

Dessy duk setting camera.. Banyak landak laut jugak kat sini!

Kabupaten Guning kidul terletak dekat bahagian selatan dari bandar Jogja.. Pagi tu kami ada kat Merapi, means bahagian utara dari bandar Jogja.. Dari hotel nak ke merapi makan masa 2jam... Dari hotel nak ke daerah Gunung Kidul pon 2jam.. So utara selatan kami cover dalam satu hari.. Hahaha 

sumber : google

Perjalanan nak ke gunung kidul ni boleh dikatakan agak challenge jugak..sebab kami jalan melaui lereng-lereng bukit.. View sepanjang jalan menarik. Jalan nak ke pantai ngobaran ni, Masha Allah, macam bukan jalan tempat pelancongan tau.. Suggest pergi naik kereta bersama pak supir.


Kasi can laaa kann....

Jalan dia sempit, kiri kanan hutan.. ada jugak rumah-rumah all the way.. The best part nampak nenek-nenek tua jalan kaki, kuat kot angkut kayu-kayu hutan atas kepala.. Kira sepanjang jalan memang seronok menjamu mata... Cumanya masa dalam kereta tu ada jugak terfikir.. Eh dorang ni nak bawak pergi mana ha?? X macam jalan nak pergi pantai yang banyak tourist pon.


The best part kat sini makan ikan bakar.. serius dia ambil masa yang lama jugak nak siapkan ikan, sampai rasa..oi laparr gilaaa.. Then bila ikan bakar tu besar and sedap..berbaloi laa jugak tunggu... dah lapa kan..bedal je..sampai lupa nak snap gambar..


Sebelah Pantai Ngobaran ada pantai nguyahan. Kene jalan sikit jer.. Kiranya disebalik bukit batu.. Tak sure kenapa pantai sebelah-sebelah tapi nama lain-lain.. Tapi Nguyahan boleh mandi.. sebab more pasir, Ngobaran pulak banyak batu-batu..


And then ontheway back..Aku tido.. tapi jaga balik still dalam area Gunung Kidul.. kira tertido sejam.. tengok-tengok tak sampai-sampai lagi,,, Ahahaa.. Anyway, best juga our second day.. Arrive at hotel around 7pm..


The budget! 

Ke Gunung Kidul tak ada budget, like I said its been sponsor by Miss Dessy.. Even makan ikan bakar pon dia yang bayarkan termasuk supir... You are the most kind hearted host that we ever met! We owe you a lot dear.. Thank you so much bawak kami pusing satu Jogja in one day! Siap offer nak teman kami lagi esoknya...*tapi kami refuse sebab dia kerja* ...


Balik hotel mandi, keluar merayap Malioboro street.. hahaa.. menabung kat jalan ni la gamaknya, sebab duit tak luak.. kihkih.. Okay sambung nanti..

Chiou..


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Yogyakarta Trip 2016 - Day 2 (Merapi)

Assalamualaikum.. Hi readers..


Entry lepas aku ada cerita pasal first day trip ke Jogja kan? Baca disini - YOGYAKARTA TRIP - PART 1 .. On the second day pulak, disebabkan weekend kami decide untuk pergi tempat yang tak ramai orang.. Biasalah kalau hujung minggu, semua cost akan double kan?? 

So enjoy the read for part 2 ya.. wink wink :)


Day 2 - 10/04/2016 SUNDAY

Alhamdulillah, our friend kat sini Miss Dessy willing to spent time dia untuk bawa kami jalan-jalan around Jogja! Aku dengan Ina setuju je.. tapi part yang kami tak setuju dia tanggung sewa kereta satu hari plus minyak kereta dan makan kami.. Alaaaaaa.... terasa macam kenapa la our sister ni baik sangat.....??? 

Bila aku dengan Ina nak bagi duit, dia memang tak terima langsung.. "Ngak usah mbak".. "Ngak perlu"... Serius rasa macam dia bila dia datang Malaysia, memang aku akan bawak je dia nak pergi mana.. kira kena la balas semula kan?? Heeee.. Dah back to topik! 


Mount Merapi 

Aku yang request nak ke sini.. Gunung Merapi adalah the most active volcano in the world, akan meletus setiap 4tahun sekali.. last big explosion masa tahun 2010.. Aku still ingat lagi masa tu aku tengah study, and dengar cerita gunung merapi ni meletus.. Ramai sangat yang meninggal dunia masa tu.. Nak tau lebih lanjut korang google lah ye? Rajin sikit membaca, jangan malas! Hee.......


Merapi trip is the best trip ever la for me! Haha.. excited kemain, dalam masa yang sama nervous la jugak, sebab kalau gunung tu meletop time tu? Eh mohon dijauhkan..... Ada banyak cara nak naik atas, sama ada melaui motocross, jeep, basikal or jalan kaki.. Tapi paling selamat naik jela Jeep! And ada tour yang pendek, sederhana and long tour.. Bayau jela.. Lagi jauh and lama lagi mahal la cost dia,..... So bersedialaaaaaaaaaa......

Serius bila naik jeep ni, rasa nak menjerit all the time.. Jalan nak ke atas bukan highway woi!

Acah-acah model jap ye.. 
Dah masuk dalam bunker, last2 dapat tau yang ada org mati dalam ni.. Angker! 

Jeep

Bayangkan kat belakang tu la laluan lava panas masa volcano meletus..


Subhanallah.. Allahuakbar.. The View masa kat sini memang cantik, and rasa macam cantiknya bumi ciptaan Allah ni.. Too bad, we didn't see the smoking top of merapi sebab masa kami sampai cloudy day.. Tak dapat la nk snap picture macam dalam postcard tu! 


Apa-apa pun besyukur sangat one of my dream come through.. Eh, Macam dah panjang je post ni.. kita sambung second part lain entry okay.. Hari kedua belum habis lagi okay.. hehehe

So the budget!!  

Mount Merapi tour - IDR350,000 ~ RM110
Supir + Petrol - Tak tau berapa Dessy sponsor 

So far itu jela bajet ke sini..  Ok see you next chapter. 

Adios Amigos!
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

20 July 2016

Yogyakarta Trip 2016 - Day 1

Assalamualaikum..

Baru terasa nak update pasal trip ke Yogyakarta (Jogja) bulan April haritu.. Dah tiga bulan baru nak update.. Cehh... bialah dah lama sekalipun, the memories will last forever in my heart!

To be honest, this trip is the first trip aku travel naik flight.. Sebelum ni tak pernah pon jejak kaki keluar negara.. Dalam semenanjung just travel naik bas or kereta jer. So boleh dikatakan this time agak excited sikit plus nervous. Tapi bajet cool je lah.. and masa dalam flight tu tak habes-habes berdoa dalam hati supaya sampai ke destinasi..

With my travel buddy - Ina
*tak ada apa pun dalam flight, sebab aku tido most of the time..hahah*

Okay nak tido! Contact lens cantik dari ColourVue! 


Day 1 - 09/04/2016 SATURDAY


Safely landed at 1150am at Adisutjipto International Airport.. kecik je airport dia.. The best part masa trip ni, kami (aku dan ina) berkenalan dengan anak jati jogja seminggu sebelum sampai sini.. Dia actually dulu pernah study dekat Malaysia, so deal punya deal.. dia janji nak jemput kami kat airport.. 

ADISUTJIPTO INTERNATIONAL AIRPORT 

ME, INA AND DESSY 
Met miss dessy riana dekat airport Jogja.. Ya Allah, orang dia baik sungguh-sungguh.. Aku boleh kata orang-orang jogja lembut sungguh hati mereka. Dia layan tetamu macam saudara sendiri, and dia tanggung duit taxi untuk kami ke hotel..siap belanja makan.. Masa tu rasa macam Eh? tak kenal pon dia ni, baru first time jumpa, kenapa baik sangat.. bila kami bagi duit.. memang dia tak terima - katanya saya kan tuan rumah.. Alahaiiiii... 


Hotel - ISTANA BATIK RATNA, JALAN PASAR KEMBANG


Interior hotel batik ratna - banyak spot menarik nak snap gambar


Alhamdulillah sampai hotel.. Ina book hotel batik ratna ni, sebab deco dia cantik! Aku suka something yang ada historical heritage. So aku suka hotel yang bertema kan jawa ni, semua nak batik - cantik kot! Dekat sangat dengan Jalan Malioboro. Oh dekat sebelah hotel ni ada satu hotel baru siap..  Boleh tahan tinggi.. terpulang kome la ye.. Pandai-pandai la cari deal yang berpatutan kalau nak kesini. 


Malioboro Street

Lepas check in, kami explore the heart of Jogja, means kami jalan-jalan sekitar malioboro sampai ke Kraton.. Itu pon tak habes, jauh okay! Kiranya free activity, sebab nak rasa feel and life kat sini.. And ter over spent duit banyak kat malioboro! Cissssss!! kalau nak cari souvenier murah2, segala jenis kraf pelik-pelik.. boleh jalan2 kat malioboro ni.. yang penting pandai tawar menawar okay! 


Malioboro Street


Okay nak tau budget!

Flight Return - (RM255) 

Hotel - (RM150) - 3day2night

Teksi to Hotel - (IDR 70,000) ~ RM22 *Dessy belanja*

Makan - (IDR90,000) ~ RM28 (meal for 3person).. *Dessy belanja*

Souvenier - (IDR 234,500) ~ RM72 (Fridge magnet, Keychain, Box, Kain Batik) 


Total damage for first day - RM72 

FLIGHT + HOTEL - RM 405.00


Okay sambung later.. Chiou~~ 




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

19 July 2016

Bila nak kawin? Nak sentap or nak rilek?


Assalamualaikum,


Selamat hari raya my readers. Maaf zahir & batin. 


Alhamdulillah dapat jugak sambut raya tahun 2016 bersama-sama dengan orang yang tersayang. Tahun ni punya raya boleh tahan gempak juga.. Tak menang tangan nak layan tetamu lepas tu nak menziarah sedara mara pulak.. 

So bila dah reramai tu, biasalah.. Semua makcik-makcik, nenek, sedara mara semua nak tanya soalan yang sama.. "Weh kau, bila nak kawin?  Soalan typical.. tapi tak tahu kenapa ramai yang boleh sentap dengan soalan ni.. 


Pendapat peribadi aku, aku rilek je bila orang tanya aku soalan ni.. Kalau yang lebih tua tanya.. aku just senyummmmmm jer.. pastu buat2 muka lapar cari makanan...hee 

Kawan-kawan punya soalan pun tak kurang hebat..."kau bila nak kawen? .,.. Aku just kata In Shaa Allah, nanti2 lah dulu.. kalau fullstop selepas tu xper.. Siap komen lagi - Weh, biasa kalau perempuan umur dah dekat nak 30, tak kawen lagi... dah anak dara tua weh" 

Sambung lagi sorang.... "Nanti kalau lambat-lambat banyak yang dah longgar weh, anak tak ramai, lepas tu kau bersara nanti, anak kau kecik-kecik lagi"... 

*Yang tanya tu pon belum kawin lagi* 


Alasan kami lelaki takper.. Umur 35 masih laku, saham tinggi.. puiihhhh! 

Aku angguk-angguk kepala jer... 

Sebenarnya better kau diam je daripada kau bersuara dengan soalan-soalan berkaitan dengan kerja Tuhan ni.. Sebab kalau kau menjawab kau sakit hati sebab reason kau tak sama dengan pendapat kawan2 or soalan-soalan dari mereka.. Mereka ada pendapat mereka sendiri dan mahu pendapat mereka di dengar.. kau betah macam mana pon dorang still tak setuju..

So better diam, senyum dan sambung makan.........


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...