09 November 2016

Siem Reap Trip 2016 - Day 3 (Tonle Sap Lake) Part 1

Assalamualaikum..


Hello my fellow readers..How are you? Sorry for the long hiatus.....


15 October 2016
Kita continue hari ketiga kita di bumi Kemboja. Okay, to be honest, aku memang nak pergi Tonle Sap Lake ni sebab pernah belajar dulu masa sejarah tingkatan 3 kot. Dah memang subjek kegemaran aku sejarah. So aku memang ingat dan nak sangat pergi tasik ni.


Kalau korang tinjau dari atas flight masa sampai ke Siem Reap,dan korang nampak macam laut kat bawah tu, sedarilah itu bukan laut! Itu adalah Tasik Tonle Sap okayy.. bayangkan laaaaa besar dah macam laut dah. The biggest lake in the Southeast Asia kot!. (sorry gambar tak sempat snap, sbb baru bangun tidoq masa tu..hehe)


Okay untuk hari ketiga itinerary;


  • Kami deal dengan tuk-tuk driver muslim masa pergi makan dekat restoran Muslim Family Restaurant (landmark sebelah masjid), Nama tuk-tuk driver Azim & Nasir (+855 0963656939) (boleh whatsapp kalau nak pergi Siem Reap - highly recommended)
  • Actually yang bawa kami Azim, Nasir abang dia, dah ada orang booking. So si Azim ni pon bagus juga - boleh cakap melayu, muslim so senang nak deal!
  • Tuk-tuk Driver Malay speaker one day - 15USD. 



  • First sekali dia berhenti dekat Lotus Valley. Tempat semai bunga teratai. Cantik tempatnya, tapi masa tu bunga semua belum kembang lagi, so dalam gambar tak berapa nak menarik. Azim kata, masa air tasik tonle sap naik mereka akan semai lotus, masa air tasik surut dalam bulan march/april meraka akan tanam padi. 


Not So Blooming Lotus.

Semai teratai untuk makan, buddha punya sembahyang dll.

  • Straight again jalan tu, Azim ajak singgah di floating village. Serius masa sampai situ, Azim tanya, nak singgah ke? Kami okay je, dia bawak jalan tengok-tengok rumah kat atas tasik tu. Ya Allah, sedih sangat tengok - rasa macam daif jugak keadaan orang kat sana. Insaf and rasa bersyukur sangat kita dilahirkan di Malaysia.


One of the house at floating village


  • Dekat sini Azim kata ada Muslim juga yang tinggal disini. At the end of the road, ada satu rumah besar warna kuning.. Rumah orang Arab yang Islamkan penduduk di Cambodia. Dekat Siem Reap ni ada dua buah masjid sahaja. Satu di Siem Reap town, satu lagi di Tonle Sap. Imam besar dia sama je dengan Imam kat Siem Reap tu. (owner Muslim family Restaurant)


At the entrance of the village

Cool eh? I'm just so blessed live in Malaysia.
 
  • And then sampai la ke entrance Tonle Sap. Tak sabar sebenarnya nak naik bot! Hehe. Alhamdulillah, Si Azim pon follow sekali, and dia pon tolong belikan tiket. Katanya kalau dia beli kan boleh dapat lagi murah sebab local. Ada betulnye jugak. Murah tak murah la, tiket sahaja 15USD! huish! Bila kenang balik, sedih dengan taraf kemiskinan dorang, so kami redha! hahahaa...



This is Vietnamese Village


  • Azim terangkan kat kami, di Tonle Sap ni penenpatan orang Vietnam. Azim kata Vietnamese people ni tak campur dengan Khmer People. The reason why tak nak campur pun tak sure. Tak ingat apa azim cakap masa tu. Lengkap la juga kampung ni, siap ada sekolah, mini market, ada rumah tu aku nampak siap ada flat-screen tv lagi.. 


Vietnamese Floating village's School

Cute little childrens doing their chores! 
  • Dekat Vietnamese Floating Village ni dorang ada pit-stop jugak. Boleh naik canoe menelusuri kayu bakau. Tapi ada fees - 25USD kot tak silap. Mahal so kami skip! hehee.. Kalau ampa ada budget lebih boleh la cuba.. Second pit-stop ni free je. Tempat makan-makan and ada souvenir juga. Ada buaya kat sini. Difahamkan buaya ni dibela sebab nak ambil kulit dia untuk buat bag, kasut dll.  

So sad when thinking they will be slaughtered afterwards!

Guess how much is the price?? Can cost up to USD2500! 

  • We go until the middle of the lake, taking some panoramic view, and we go back to the beginning. Like I said before, I'm not to fancy sitting on the boat to long, because we don't know what things below us! Inside the lake, maybe crocodile! Oh my god! 


  • Fun fact, aku nampak ada benda terapung jauh sikit dari floating village ni. So aku tanya Azim apakah? Dia kata itu kubur orang kat sini. Terapung juga kubur nya.. Haha.. bila air pasang, kubur tu pun akan tenggelam. 


  • So far that is my best experience in Tonle Sap. I just can't imagine myself living a life like that. Alhamdulillah, I am blessed to be born in Malaysia. Tu lah orang kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri! 


Till then..to be continue......


p/s: aku sambung hari ketiga ni dekat lain entry okay. Sbb dah panjang sangat! Hehe


sincerely,
sitinurulaieen


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

28 October 2016

Siem Reap Trip 2016 - Day 2 (Angkor Wat)

Assalamualaikum,


Hi readers..how ya doing?


Sorry for the long hiatus...

14 October 2016
Second day at Siem Reap, Cambodia. Tempat yang menjadi tarikan utama di bumi kemboja - Angkor Wat. Kalau pergi Siem Reap, tak pergi Angkor Wat - baik tak payah datang Siem Reap. Ha gitu. Kalau korang perhati atas bendera Kemboja pon ada Angkor Wat. So, it is a must place visit for everyone who want to visit Cambodia -Siem Reap especially.


Trip ke Kemboja ni tak ada preparation sangat (mula-mula nak cancel pergi, last minit ON plak). So disebabkan Mr Ponlock (tuk-tuk driver) offer service dia masa hari first. Kami pon setuju jelah. Aku dengan Ina memang decide nak tengok sunrise kat Angkor Wat. So kene bangun seawal jam 4pagi. Nak bertolak tengok sunrise jam 5pagi.


Alhamdulillah, Mr Ponlock datang tepat pagi tu, so off we go to Angkor Wat. Kene pergi beli entrance ticket dulu. Kenmain bapak mahal dia punya fees. Adoi pengsan mak nok!

Entrance fees per day : 20USD/pax

Here comes the sun dududududu~
Subhanallah.. Excited sungguh masa dapat tengok sunrise tu. Berbaloi bangun awal pagi sebab nak tengok sunrise di Angkor Wat. Sebab dia ada moat sekeliling Angkor Wat buatkan reflection dalam gambar alive sangat! Must go there kalau ada kesempatan tengoklah sunrise.. Aku suggest bukan apa, pagi-pagi rasa fresh sangat nak jalan.. Sebab tengahari panas yang amat. 


Just another tips,

  • For temple visit, aku suggest pergi short tour je. Yakni cover 3 tempat dah memadai. Sebab temple ni besar gila okay. And the most annoyingly banyak sangat tangga. Kepenatan sebab kene naik turun tangga je.. huihh
  • Angkor Wat, Bayon and Ta Phrom is enough.
  • Better bring water with you and some foods. 
  • Wear something comfy and loose. Sebab cuaca dia panas dan kering. Lupakan hajat nak pakai high heel ye adik-adik.. Sneakers or comfy shoes is a MUST!
  • Sunblock is a must. Panas berdenting woi bila dah tengah hari.
  • Kalau rasa nak tau lebih lanjut history behind the Angkor Wat and all the temples - boleh hire tour guide. Berapa cost aku tak tanya pulak. Tapi semua bahasa ada. Nak jimat buat macam kami, buat-buat tengok scene, tapi menempel kat tour guide orang, curi-curi dengar! HAHA
  • Better have maps with you, so you won't feel lost. Tapi jangan risau segenap penjuru ada spot cantik nak tangkap gambar. So tangkap gambar puas-puas okay.

At the legendary Angkor Wat. this one before naik their top Level. Gayat!

Kalau ada nak tau lebih lanjut, korang google lah sejarah Angkor Wat ni yer. Mr Ponlock pon buat history lesson jugak after each visit. So tau la jugak sikit-sikit! Cuma malas nak ambil port sangat, sebab history banyak nama pelik-pelik keluar. Angguk je! hehee... (mahal jugak dia charge kami, tapi sebab dia pandai beli jiwa,kami bayau jelah)


Balik tu aku sempat grab buku about Cambodia and Angkor. Masa kat Ta Phrom kot. It's cost 6USD. Okay lah kan.. And balik tu kami makan di Muslim Family restaurant. Err nanti aku review okay! 

So total second day cost:
Entrance fees : 20USD
Tuk-tuk driver : 25USD (divide 2)
Buku : 6USD
Makan : 9.50USD (divide 2)
Total per pax : 43.25USD (RM179.48)

End of second day.. to be continued...


sincerely by,
sitinurulaieen.
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

26 October 2016

KENAPA PERLU PILIH AIA MEDICAL CARD??

Assalamualaikum,


Hi readers.


Ramai antara kita terutamanya Melayu belum ada perlindungan takaful untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga. Kalau kau betul-betul sayangkan diri sendiri dan keluarga kau pasti akan berusaha untuk mencari pelan perlindungan takaful yang terbaik!


Ramai yang Cik Ain jumpa sebelum ni kata tak mampu la, komitmen tinggi la. To be honest, kalau iphone kau mampu pakai, insurans untuk nyawa sendiri kau buat apik tak apik jer. Kau kena faham, agent takaful ni sharing bukan nak paksa atau nak kaut keuntungan. Cik Ain share sebab Cik Ain sayang! Cik Ain risau kalau terjadi apa-apa kepada korang, sekurang-kurangnya ada something yang kau boleh rely on!


Sekiranya sekarang kau rasa komitmen kau tinggi, cuba kau bayang sesuatu terjadi pada diri kau, dan kau dah tak mampu nak bekerja dan mendapat income sendiri.......... Adakah kau nak jadi beban pada family kau? menjadi komitmen kepada keluarga kau untuk tanggung hidup kau? Do something sementara kau masih mampu dan masih sihat.. Bila dah sakit, I CAN'T DO ANYTHING for you.


Berbalik kepada tajuk...

***********************************************************
KENAPA PERLU PILIH AIA  MEDICAL CARD?
***********************************************************

Meh Cik Ain bagi point-point dia ye?


  • Nilai coverage medical card dari minimum RM100k up to RM1.5juta setahun. Setahun okay? Bukan selama hayat dikandung badan.. huhu. Paling best UNLIMITED seumur hidup. Tak payah risau kos medical yang meningkat setiap tahun tu.
  • Caruman Murah - Coverage Tinggi
  • Tiad pembayaran Co-Takaful 10% seperti company lain
  • Kemudahan SWIPE facility - kau swipe je medical card kau tu. SETTLE!
  • Customer Service & Guaranteed Letter 24hour. Kalau kau tak caya, kau telifon je mana-mana hospital swasta cth KPJ, Columbia, Prince Court ke, kau tanya kat nurse/doctor yang ada kat situ - takaful mana yang easy untuk GL approve cepat? Cer try cer try..
  • Tiada deposit kemasukan Hospital
  • Kemudahan Priority Lane di beberapa Hospital Swasta
  • 86 Panel Hospital Swasta di Seluruh Malaysia
  • PENGECUALIAN cukai pendapatan sehingga RM6000.00

*********************************************************************************
PAKEJ-PAKEJ MEDICAL CARD
*********************************************************************************

  1. INDIVIDU - Bulanan serendah RM65/sebulan
  2. SUAMI+ISTERI - Bulanan serendah RM130/sebulan
  3. Pakej KHAS Bapa & Anak-Anak - Bulanan serendah RM250/sebulan
  4. Pakje KHAS Ibu & Anak-Anak - Bulanan serendah RM256/sebulan
  5. Pakej KHAS SATU FAMILY - Bulanan serendah RM320/sebulan



Set your appointment with me NOW! Temujanji dan konsultasi PERCUMA!

I will give you the best and comprehensive solution, bersesuaian dengan bajet dan keperluan kalian. IN SHAA ALLAH.

**Harga caruman berdasarkan umur, jantina, pekerjaan & status merokok.

Ingin maklumat lanjut??


WhatsApp/Call/Message

Cik Nurul Ain
AIA Public Takaful Bhd

011- 3979 9391
011- 3979 9391
011- 3979 9391
011- 3979 9391



p/s : Ramai yang tanya, Cik Ain jual apa? Cik Ain jual LOVE. Sebab if you LOVE yourself you will take care of yourself. If you LOVE your FAMILY, you will PROTECT them. DO YOU LOVE SOMEBODY???

p/s : Call me ya. Cik Ain tunggu!
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

19 October 2016

Siem Reap Trip 2016 - Day 1 (Night and Old Market)

Assalamualaikum.

Hi readers,

How your days?

13 October 2016
Sambung entry untuk hari pertama di bumi Kemboja. Macam biasa, hari pertama adalah hari explore dan hari sesat. Hahaaa.. Sebelum keluar, singgah reception hotel, mintak maps. Saja la tanya ada basikal untuk disewa, hotel kata ada. Harga 3USD. Eh mahal nau-nau, so kami decide jalan kaki ja.. Hahaha


Agak jauh juga hotel kami dengan bandar. Gigih jalan kaki sebab bajet aku sikit. To be honest aku just bawak 100USD je masa pergi sana. So boleh ke jalan-jalan Siem Reap dengan bajet 100USD je?? Jawapan dia, BOLEH je, cuma banyak yang kene cut la. Aku lepas je. Alhamdulillah :)


Orait masa jalan tu ramai tuk-tuk driver akan tegur offer nak bawak korang jalan-jalan. Tak payah layan, kene tahan nafsu, kene pikir bajet kau sikit. Jalan kaki badan pun sihat. Ha kau, macam tu sekali tahap berfikir. Disebabkan lapar, kami decide makan KFC je. Sebab KFC dekat Siem Reap ni HALAL. So tanpa ragu-ragu just order nasi plus ayam seketul dengan pickles. Cost $2.80 (yang paling murah)


Menarik, tapi kene beringat belanjawan aku sempit..Haha
Jalan-jalan area night market and Pub Street. Pub Street ni memang penuh dengan Mat-Mat Salleh je. Biasa la kan, bila petang nampak macam biasa je, tapi bila malam, memang happening la. Cuma aku tak suka sangat berjalan kat Pub Street tu. Biasa la kan, orang pandang pelik, muslimah bertudung lepak pub street. Kahkah. So pergi old market la. Kat sana sempoi sikit. Yang penting kena pandai bargain la ye.

Sempat la capai fridge magnet total $4. Dapat 5keping. Haa, cukup la buat kenangan. Plus aku terliur tengok fruitt shake dia. Murah je $1. Tak Ingat perisa apa masa tu, tapi memang fresh la kan rasa dia. Banyak je dekat tepi-tepi jalan sana.

Merata boleh dapat fruit shake ni. Semua harga sama $1. 

Lepas tu jalan cari masjid, untuk solat dan rehat sekejap. Jauh kot jalan kaki, siap sesat berkilo kilo meter..Hahaha.. Sebab bila dapat cari masjid maknanya dapatlah cari kampung muslim dan makanan Halal. Kat Siem Reap ni makanan halal agak terhad dekat area Night Market and Pub Street tu.. So nak easy, cari masjid and dekat sebelah masjid tu ada kedai makanan Halal (milik Imam masjid Siem Reap).


Disebabkan dah makan KFC tadi, takda la aku pergi makan kat sana (almaklum bajet ciput). And aku and Ina memang dah bawak siap2 roti, meggi, instant soup dgn granola bar. So tak kesah sangat hari pertama. Just singgah beli tuna and gula2 and air-air kot masa tu.


Balik bilik jalan kaki. Ada la dalam 2kilometer jarak dari hotel ke town. Plus sesat2 bagai tu, sakit kaki la jugak. But as a traveler, apa ada hal kan? Cehcehceh...


So total spend masa first day sahaja.

  • Fridge magnet : 3USD (RM12.45)
  • KFC : 2.80USD (RM11.62)
  • Fruit Shake : 1USD (RM4.15)
  • Makanan Ringan : 3USD (RM12.45)
  • Total = 10USD (RM41.50)

Till then.. to be continued....


Best Regards,
sitinurulaieen.  
Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

18 October 2016

First glimpse of Siem Reap, Cambodia..

Assalamualaikum....


Hi readers, how are you?


Alhamdulillah for the beautiful life that be given to me by The Almighty. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. I am so blessed!


13 October 2016 - Aku diberi rezeki dan kesempatan oleh Allah melawat Siem Reap, Cambodia. It was an amazing experience. Still rasa macam tak percaya pon ada bila dapat jugak pergi Cambodia in the middle of hectic life. Syukur sangat pada Allah. To be honest, I almost cancel this trip at the last minutes. Tapi kalau Allah kata KUN FAYAKUN, Jadi, maka jadilah dia. :)


Naik flight paling awal, jam 650am. Gigih bertolak dari rumah jam 3pagi. Sampai KLIA2, breakfast and lepak surau sambung tido, lepas subuh baru check-in and flight delay pulak. Dalam flight apa lagi membuta la, tau-tau dah sampai. Hahahaa... 


Disebabkan flight lambat sampai dari jadual, masa keluar dari Airport Siem Reap aku gigih la cari hotel punya driver, sebab kata ada free pickup. Dok cari nama tak jumpa.. Dua tiga kali jugak aku mencari, last2 jalan kaki pergi keluar airport ambil tuk-tuk.


Airport to hotel :5 USD


Yes, dekat Cambodia semua transaction guna USD. Mereka terima juga Cambodian Riel, tapi untuk small-small amount je. To be honest, dekat Siem Reap penuh mat-mat salleh.. hahaha. Kau bayangkan Malaysian Ringgit masa aku pergi sana RM4.15. Menangis!! 


Naik tuk-tuk, English speking driver. So okay lah. Ada cerita kelakar sebenarnya dengan driver tuk-tuk ni. Nama dia Mr Ponlock (+855 070713677). Masa mula-mula tu aku ingat dia ni sikit2 boleh la cakap English. Rupanya tak okay! His English is very good, siap ada British accent wa cakap lu! 

Mr Ponlock with his history lesson. Ngantok nak dengar. haha

Dia tanya, nak pergi hotel mana, aku bgtau la hotel Okay Guesthouse (nanti aku review hotel ni, next entry). Dia kata okay. Ingat lagi dia kata - "Welcome to Cambodia and welcome to my province Siem Reap, I am really appreciate because you choose my country to visit, so welcome and thank you very much." Lebih kurang laaa.. hahaha - Ini aku respect and salute, rasa macam welcome sangat oi. 


Tengah dok syok-syok tengok kiri kanan, Mr Ponlock ni boleh pulak stop. Ah sudah, apehal pulak berhenti tepi sawah kan.. Risau jugak masa tu, dia cakap, nak double confirm hotel kami, takut salah hantar tempat lain. Lepas confirm kan, dia suruh tunggu sekejap. Kami pon skodeng la nak tengok dia pergi mana, pusing belakang --------> terus kami pusing depan balik. (Rasa macam menyesal tengok belakang) hahahaa... -dia nak terkucil rupanya, haampaagasss!!


Jadi bahan lawak je. Adoi. At the end, sampai hotel jugak. Before pergi sana memang dah email hotel kata nak early check-in. (tapi diorang tak reply langsung) Disebabkan driver yang suppose jemput kami di airport tak jumpa kami, ada miss communication katanya. So early check in tu tak perlu caj. (kalau tak kene bayar 5 USD)... 


Sampai bilik membuta la apa lagi, sebab still awal.. And nak recharge balik tenaga, sebab sat lagi nak jalan-jalan. Hee.... Nanti aku cerita next part kami pergi mana okay guys. dah panjang sangat dah ni.. heeee...

To be continued......

Total damage: 

Tiket flight : RM 258/pax

Hotel 4D3N : RM 82/pax

Tuk-tuk to Hotel : USD 5 (RM20.75)


Till then, tunggu next entry okay... 


sincerely,
sitinurulaieen


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

11 October 2016

Hi October. Be Nice Please....

Assalamualaikum,

Hi readers,

Dah 10 haribulan, baru nak taip new enrty.. Nampak tak tahap kesibukan dia tu.. Bukan tak nak taip new entry, dok bukak je dashboard, lepas tulis salam, terus tak tau nak taip apa.,. haish! Biasalah aku sekarang dah berkarier baru sebabgai Life Planner - AIA Public Takaful. Hehe, seronok rupanya bila share pasal takaful dengan rakyat malaysia ni... macam-macam ragam kita boleh tengok..


Tapi harini aku tak nak cerita pasal takaful. Kalau ada yang nak free consultation, financial review and ada apa2 sahaja soalan berkaitan dengan AIA takaful.. boleh call/whatsapp aku 011-3970 9391 okay! Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terangkan and kongsi kan dengan engkau orang semua.


Okay, just nak bagtau, masa nak bagi surat resign kerja dekat company lama haritu perasaan tu nekad sangat-sangat! Sebab aku rasa dah tak boleh nak pergi jauh lagi dah dekat situ. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk bertahan, tapi nampaknya bukan rezeki aku kat situ. Walaupun sayang nak tinggalkan, tapi untuk masa depan aku sendiri, aku kena tinggalkan jugak.. Leave something better for something great omputih kata. hukhukhuk,..


Now I know what is my strength! Now I know which part I'm capable of! Now I know where to succeed! So aku decide untuk terus melangkah.. I want to fly high! Petua orang-orang berjaya, kongsi impian besar kita dengan orang yang kita sayang. Dengan orang yang support kita,,


My blog always be here untuk aku.. Thank you dear blog..*since 2010* So aku pon nak kongsi impian aku kat sini.. hee boleh kan? boleh la yer.. kuikui... :)


My new career (Q4 Goals)

1. Achieve convention trip for rising star - Phuket, Thailand.
2. Achieve Mdrt experience to Guangzhou, China.
3. Achieve semua reward from company - Fitbit, bonus, super recruiter, etc.
4. Stable Income per month.


So far ni la goal aku untuk quater 4.. So October, please be nice to me. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. In Shaa Allah.. Doakan sitinurulain mendapat rezeki yang melimpah ruah.  Aamin...Semoga yang mendoakan mendapat rahmat dari Allah :)


Ok guys, talk to you soon. Ada apa-apa boleh contact aku okay. Thanks.


best regards,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

30 September 2016

MEDICAL CARD VS TAKAFUL HAYAT

Assalamualaikum...

Hi readers. Okay harini kita nak kongsi pula info berkaitan takaful.. Ramai yang tak paham lagi medical card dan takaful hayat ni macam mana,.. takpa-takpa, meh Cik Ain terangkan ye..

Ramai yang Cik Ain jumpa masih lagi Confuse antara 'Medical Card' dan 'Takaful hayat'. Ok jom.. nak explain sikit pasal perkara ni.

 Medical Card V.S Takaful Hayat 
Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) - Bayar balik bil perubatan kepada hospital. Itupun banyak peraturan dan prosedurnya. 

 Takaful hayat pula bersifat pampasan (compensation) - pampasan dapat lump sum dalam nilai yang besar. Tak banyak hal sangat, kalau dah meninggal... meninggallah.

Secara umumnya: -
 Medical card bayar kepada hospital.
 TAKAFUL HAYAT bayar kepada PELANGGAN.
 Medical card tak berguna dah kalau meninggal atas sebab apa pun. Nak rawat apa lagi...kan dh meninggal
 Takaful hayat berguna - dibayar sekaligus (lumpsum) kepada keluarga/penerima FREE HIBAH.
 Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation) , tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.

 Takaful hayat boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan. · Kalau manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka Medical card tak boleh buat begitu.
 Takaful hayat boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.

 Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut.
See, banyak kan perbezaan antara medical card dengan Takaful hayat? 

Sayangkan diri Sign Up PELAN PERUBATAN.
Sayangkan Keluarga Sign Up kedua2nya (Pelan Perubatan & Pelan Hayat)  

P/S: Sign up dengan AIA PublicTakaful Bhd, ada manfaat wakil Upah Haji, Wakaf Quran dan Wakaf Qurban. Sempat lagi buat pahala selepas meninggal dunia. Menarik bukan! Apa tunggu lagi? Silalah.. Call aja, nanti Cik Ain ajak kopi-kopi ye.

Call/Whatsapps/Pm
AIA Public Takaful Bhd

011 - 3970 9391
011 - 3970 9391
011 - 3970 9391

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Rahsia Menabung Orang Cina

Assalamualaikum,

Hi readers.

Harini just nak kongsi rahsia tabiat menabung orang cina. As we all know, Chinese people pandai berniaga and pandai manage duit. So macam mana cara mereka uruskan duit especially tabung simpanan anak-anak?

RAHSIA TABIAT MENABUNG KAUM CINA *KITA WAJIB TAU!!**
Saya : Macam mana orang cina menyimpan duit untuk anak-anak?
Calvin : Kami menabung untuk anak-anak sejak kecil melalui insuran. Bila mereka sakit kami tak perlu keluarkan duit. Setiap seorang anak saya mempunyai dua insuran.
Saya : Kenapa tak simpan dalam bank? Bukan ke lagi senang kalau nak keluarkan bila nak pakai duit?
Calvin : Menabung bukan untuk keluarkan duit sesuka hati. Kami menabung untuk kegunaan anak di masa hadapan.
Bila anak belajar pandai, duit dalam insuran guna untuk sambung belajar. Kalau kurang pandai itu duit dia boleh guna untuk bukak bisness maa..

Contact me 011-3970 931 (Miss Ain)
:Ha? see? the important of insurans/takaful?? We malays should follow this advice. Sebab tu cina makin kaya..sebab tak risau and ada protection. Best ke best? 

*Free consultation jer bagi sesiapa yang berani untuk ubah cara menabung untuk masa depan. Sila lah contact saya. Im a full-time Aia Life Planner. :)

Call/whatsapp/pm
Siti Nurul Ain
AIA Public Takaful Bhd
011 - 3970 9391
011 - 3970 9391
011 - 3970 9391

Call me now. I'm waiting for you! You la.. yess you yang baca message ni!!

Sincerely,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

23 September 2016

Krabi Trip 2016 - Hong Island

Assalamualaikum..

Hi readers..

Third Day - 1st August 2016 (Monday)

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!! Seronok sangat sebab bulan August always be my favorite month! Hee. I start my fav month with the most interesting activity that I never done before in my life, SNORKELING!! hehee..


Macam sotong pon ada. Sorry ler gambar blur, xde go pro.Guna samsung hp je!
  • Excited bangun pagi sebab tak nak miss the trip. Janji jam 830am teksi sampai jemput depan hotel.. tepat 830am sampai. memang janji ditepati sungguh la. Good services. Thumb Up!
  • Decide untuk ambil trip yang tak lama sangat and more relaxing. Sebab tak tau kenapa, even though kami pergi pulau, tapi kurang minat sikit nak explore pulau-pulau.. Hahaaa...
  • We decided to go Hong Island. Hong means Room in English. Fikir punya fikir, aku rasa better g sana dengan speed boat. Sebab aku bukan suka sangat ada kat tengah laut tu. To be honest aku memang suka pantai..tepi pantai je.. Tapi kalau atas boat atas laut.. I don't think I fancy it!
  • Masa tu ambil package dari "Chok Paisan Andaman". Highly recommended! Masa tu dapat tour guide yang best. Nama dia Wawa. The best part she is very fluent in English, Thai, Malay and Chinese. Kagum pulak dengan wawa ni..dah la suara halus, lembut je *macam doraemon kata orang thai tu*..Hahaha..Package include lunch *halal*, free juice,mineral water/ fruits and snorkeling mask. 
  • Better ada action camera. Beli yicam jer bagus juga. Kalau kaya beli la go pro! Haha (Aku takda, so tak boleh posing sakan)
  • Hong Island Tour - 600 bhat/person (RM70), National Park Entrance 300 bhat/person (RM35). National park tu nanti bayar bila dah sampai kat sana. Hong Island - visit 4 tempat. 
Hong's Lagoon
Koh Lading
Pakbia Island
Hong Island

Hong's Lagoon
PakBia Island
Before Hong Island
Masa Ni Kat Koh Lading
  • Semua best senang cerita. Walaupon aku excited bukan main.. hari ni memang aku spent most of my time dalam air je.. Sebab aku tak ada camera yang boleh masuk dalam air tu..camera dan handphone semua simpan je dalam beg. So gambar pon tak banyak ambik.. Aku memang letak semua memori tu dalam kepala. Kiranya enjoy the moment masa kat sana puas-puas!
  • So ada siapa-siapa yang bercadang nak ke Krabi. Hope this entry will help you. Korang boleh je pilih nak g 4 Island ke, Hong Island ke, or PhiPhi Island.. Boleh pergi by speedboat or Longtail.. terpulang pada budget masing-masing ye. Lain package lain harga. Basically tour dari pukul 8.00am to 430pm.

Harap korang enjoy your trip okay. Aku ada baca banyak sangat komen kata nak pergi Krabi better join tour or pergi sendiri? In my opinion, aku suka jalan sendiri. You got to explore new places by yourself, your way. Sebab sangat berbeza. Cuma kalau betul-betul nak relax and tak nak pening kepala. Better join tour. Then again, its all depend on what you want.. Best of luck..:)

Enjoy your trips okay guys. Explore and learn new things. Experience is the best teacher, right?! Earn it! See you soon. Adiozzaaa...


Sincerely,
sitinurulaieen

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

21 September 2016

Krabi Trip 2016 - Part 2 (Emerald Pool)

Assalamualaikum.

Hi readers.

Second day - 31st July 2016 ( Sunday)

Kita teruskan hari kedua berada kat bumi Krabi,Thailand. Disebabkan kami tak ada proper plan, we do some research before sleep and decide to go Emerald Pool by motorcycle. Bear in mind, we already know the journey will take almost an hour and half (it's almost 75km)!!!

  • Adventure trip I tell you. We lost all the way. The journey took us almost 2 and half hour!!! Sakit pungkoq weh!! kematu aku cakap kau, lenguh semua kaki tangan!! Dekat Malaysia pon aku tak pernah buat trip macam ni naik motor, dahla signboard tak paham.. Hahahaa. Akhirnya sampai juga! Alhamdulillah.
Ontheway to Emerald pool. Lotih woih!

  • Sewa Motor - 250baht (RM29) - sehari
  • Full Tank - 8baht (rm10) 
  • Emerald Pool - Parking fees - 10bhat (RM1.20)
  • Entrance Fees - 200bhat (RM23)
  • Ingat dah sampai boleh la terus pergi ke pool nye. Jangan harap hokey! Kene daki bukit lagi almost 1km, baru sampai tempat dituju. Masa sampai tu memang ramai orang, biasalah weekend kan? Tapi tempat dia Masha Allah cantik sangat. Berbaloi juga la perjalanan jauh tu..


Kene daki bukit, redah je~~

Yeay sampai jugak akhirnya 

  • Dapat jugak berendam dalam Emerald pool tu. So sad masa tu nak visit Blue Pool, tapi tutup for renovation..sodih.. So far very great experience. Cuma nak turun kene la menapak lagi 1.4km down.. Sigh~, penat lagi!


Emerald Pool

  • Turun dari Emerald Pool dah lapar balik. Haha, nampak jagung macam tempting je. Plus air kelapa sejuk.. Fuhhh.. mantop weh! Lepas ni nak menghadap jalan balik another 75km.. Alahaiiiiiii~~~~ (Redha)...
  • Nak dijadikan cerita.. jeng jeng jeng... Masa nak balik tu, tiba-tiba rasa macam tak best bawak motor. Bergegar-gegar. Dalam hati aku kata.. Ahhh sudah! Pancit ker?? Sahih pancit woih, masa tu in the middle of nowhere, dekat hutan-hutan jauh dari town! Tawakkal!
  • Nampak signboard Hotspring apa ntah.. masuk.. And then, saat aku tulis ni aku teringat, jadi kelakar la pulak. Nak sangat pergi on our own kan. Dah sampai nak balik motor pulak pancit. Aduhai.. Dah la tak reti langsung pasal motor.. Haru! Terus tanya kat orang jaga parking tu... Geleng-geleng je kepala diaa....Halahhh halahhh~~

                                                     Pakcik :"No ride.No ride. Not Good"
                                                     Aku : Ada kawan yang boleh tolong tak?? 
                                                     Pakcik : "Take taxi, 500bhat.
                                                     Aku : And then? 
                                                     Pakcik : Senyap
                                                     Aku : krik...krik....krik...
                                                     Pakcik : Take taxi Klong Thom (nearest town)
                                                     Aku : And then???Need to open the Tyre first??
                                                     Pakcik : No need! No Need!!
                                                     Aku : Then How??
                                                     Pakcik : Krik krik krik....
  • Tulah, macam ayam dengan kucing bercakap.. Lama jugak tersadai kat situ.. Last-last aku tanya, taxi tu macam mana rupanya?? Dia tunjuk ISUZU DMAX!! 4WD!! Taik Noharom! Mati-mati aku ingat taxi tu macam taxi kat Malaysia.. Hampagas..

Gini la sudahnya....Hehehee..

Dekat kedai tayar.. Nego-nego dapat murah, maklum la Ahad kan!

Thanks to this pakcik guard and pakcik taxi!! HAHAHAA


  • Cost tukar tiub - 140 baht (RM16)
  • Taxi ISUZU DMAX tu - 400 baht (RM47) *bapak mahal*
  • Ontheway balik, boleh la sesat lagi kan.. Nak buat macam mana. Konpius! Sedangkan bandar Kl tu pon sesat selalu.. Inikan pula negara orang.. Chewah!  Hahahaha .. Sesat- sesat pon dapat tengok negara orang.. Dapat singgah tempat yang cantik. Subhanallah, Alhamdulillah, thank you for this journey!!


Dapat tengok nelayan kat Krabi
End of the day. Sampai hotel, melepek lagi.. Hadoi laaa.. terus berendam dalam bathtub air panas! Hehee, anyhow pon bersyukur sangat tak ada apa-apa yang teruk berlaku. Besyukur sangat dapat experience ni.. Bukan senang oi.. Siapa suka advanture boleh tiru kami.. Yang tak suka.. better amek tour guide je..hehee

Total damaged : 1008 baht (RM120)
  • Sewa Motor - 250baht (RM29) - sehari
  • Full Tank - 8baht (rm10) 
  • Emerald Pool - Parking fees - 10bhat (RM1.20)
  • Entrance Fees - 200bhat (RM23)
  • Cost tukar tiub - 140 baht (RM16)
  • Taxi ISUZU DMAX tu - 400 baht (RM47)
Cost bahagi dua dengan Ina, kecuali makan and entrance fee.. Kira lump sum dalam RM150 la.. Cisss, kalau motor tak pancit save bayak kat situ.. hahaha...


Till then.. talk to you soon.....To be continued....


Sincerely,
sitinurulaieen


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Krabi Trip 2016 - Part 1

Assalamualaikum...


Hi readers.


End of July aritu sempat jugak curi masa untuk travel. Dalam kepala memang fikir nak berehat and kebetulan masa tengah cek ticket kat air asia.. tambang ke Krabi agak murah.. So off we go!



Flight Return - RM246.08/person

Hotel 4d3n - RM99.30/person

First Day - 30th July 2016 (Saturday)

Masa tu aku book hotel Pranang Flora House Hotel. Honest review, this hotel is recommended. Bilik bersih, boleh tahan besar, ada bathtub and harga yang sangat affordable, agak dekat dengan pantai aonang. Dekat dengan masjid besar and senang nak dapat makanan halal dekat sini.. 4star!

Bilik kami masa masuk-masuk terus wahhhhhhhhh !

This trip memang unplanned. So memang takde buat research sangat. Just research sikit-sikit and after that kita just go with the flow je..(konon) - Turn up the plan bit mess, but give me a lifetime experience yang tak boleh dapat kat mana-mana! Alhamdulillah. :) 

With my Travel Buddy! kau nampak tak muka heksaited tu?


Round round Krabi Town


Our mistake masa kat krabi on the first day, kami tak mintak map town krabi kat hotel. So kami tak tahu mana arah tuju.. End up, jalan kaki 2jam non-stop! Confident konon jalan tu boleh tembus pergi hotel, lepas pusing balik, mintak map.. ha hambek kau.. jalan tu tembus tapi Masha Allah jauh gila kot!!


Aku buat point jelah malas nak tulis panjang-panjang sangat. Engkau orang bukan baca sangat pon kan. Wink-wink (>.<)

  • The food - Makanan kat Krabi Masha Allah mahal.. haha, kita punya currency a bit  down kan, so nak tak nak makan jelah. Aku memang tekak siam, tomyam seafood lover. so belasah!
Kerabu Mangga memang faveret hakak! 
  • Krabi Night Market - Hanya ada on weekend jer. Crowded with people. Tips, bawak lah mask. Sebab apa aku dan Ina keep bersin kat sana. Last-last demam dak Ina.. kesian..
  • Kalau nak beli apa-apa souvenir, nak murah kat Krabi Night Market lah daripada kat Aonang. Cuma maybe terlalu padat dangan manusia, aku tak beli apa pon (tak cukup duit pon ye) Hahaa. 
  • Tour - Kalau nak ambil mana-mana tour, make sure la korang rancang awal. Jangan jadi macam kami, nak pikir dulu la kononnya, balik dari night market kedai semua tutup dah.. And nak book kat hotel sendiri tak boleh sebab kene inform at least satu hari.. harey betul!

Nothing much on first day. Kira hari untuk berkenal-kenal dengan Krabi Town. Seronok berjalan, looking around lepas tu balik hotel terus melepek.. Kata nak berehat sangat kan..hahaha...

To be continued.....................


Sincerely
sitinurulaienn


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Yogyakarta Trip 2016 - Day 3 Borobudur & Prambanan

Assalamualaikum, hi readers..

Punya la lama nak update hari ketiga.. Masha Allah.. Nevermind straight to the point jer..


So hari ketiga, aku decide untuk visit temples yang ada kat sini.. Kalau pergi jogja, tak pergi dua tempat ni kira tak lengkap la aktiviti korang kat jogja.. For first timer, Wajib datang sini! Sebab malas nak pening kepala nak cari supir or whataver, aku decide ambil package dari hotel jer. So ditanggung beres..

12jam - Borobudur & Prambanan - IDR 500000 (RM150).. 

Start dengan borobudur dulu, so pak supir pon bawak la kami, awal-awal pagi dah tunggu depan hotel. First memang dia singgah mana ntah masa tu.. sebab nak beli ticket entrance masuk borobudur.. Masa tu kenapa dia suggest kat situ bukan kat borobudur itself sebab ada discount katanya.. Ikutkan jela *padahal ntah berapa percent la dia dapat* hahahaa.. 


Entrance fee Borobudur - IDR 250000.. (RM78) So dapat discount 10% kot tak silap... 

At the top of Borobudur

Tips kat borobudur:

1. Kalau sampai sini tengahari panas yang amat.. digalakkan bawak topi or payung

2. Pintu masuk untuk foreigner dengan local people lain2, sebab tu harga beza.. siap suruh buat air teh/kopi before nak masuk sana. 

3. Akan ada tour guide yang akan promote service mereka kat situ. To be honest, better jalan sendiri jer.. Tapi kalau nak tau kisah disebalik tempat tu, nasihat aku better cari tour guide yang boleh cakap English.. Bukan apa, aku pakai juga tour guide, dia cakap bahasa Indonesia-Jawa. Serius aku tak paham.. Last2 dia buat lawak or cerita aku mampu geleng and angguk ja.. Dia buat lawak, dia gelak sorang.. hurm.. kesian kat dia and kesian kat kami!

4. Tempat ni besar, crowded with pelancong.. so kalau nak dapat gopd spot nak tangkap gambar tu agak susah..so kene banyak sabar and tahan panas.. Matahari atas kepala masa aku smpai tu. 

5. Jalan nak keluar, ada ada ramai orang jual keychain and fridge magnet.. Cara diorang tu kejar kau, memang rare gila.. Aku nak makan, dorang kacau sampai terpaksa beli! Termasuk la  buskers - dia nyanyi masa kau makan, lepas tu tengok kau makan smpai kau bg duit kat depa.. Streess sikit kat situ..

Overall, good experience kat Borobudur...

Moving forward to Prambanan.. Jauh jugak perjalan..kira Prambanan ni belah selatan.. almost 1 hour journey jugak la.. Kalau kt Borobudur, Buddha temple.. Prambanan ni Hindu temple.. Honestly, aku lebih prefer kat Prambanan sebab tak rasa macam crowded, and the atmosphere kat situ more welcoming daripada kat Borobudur *pendapat aku la*

Yeay, can reach the top of Prambanan


Entrance fees Prambanan - IDR 234000 (RM73)

Tips kat Prambanan

1. Enjoy the view and scenery.

2. Ada perkhidmatan basikal/sepeda.. Naik jer.. sebab seronok gila round tempat ni dengan basikal..sebab kawasan dia besar jugak. Sepeda - IDR 20000 (RM6).. 

3. Takyah amek tour guide pon takpe.. Sebab apa yg aku buat, menempel kat group tour curi curi dengar explaination. hehehe.. Plus tourist guide kat sini pon fasih bahasa Belanda, Spain France dll..


Overall best jugak journey ke dua tempat ni..

Total damage : IDR 1,216,000 (RM380) 

Supir : IDR 500,000
Borobudur : IDR 225,000
Tour Guide : IDR 150,000
Prambanan : IDR 234,000
Sepeda : IDR 20,000
Silver Bookmark : IDR 57,000
Mkn2 : IDR 50,000

Supir, tour guide,sepeda and makan kongsi dengan Ina... so kalau jalan ramai korang bajet la sendiri.. lagi murah.. Hope it help and Enjoy your trip!


Okay,, See you next entry! 

Sincerely,
sitinurulaieen


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

21 July 2016

Yogyakarta Trip 2016 - Day 2 (Kabupaten Gunung Kidul)


Assalamualaikum..

Hi readers.. Kita sambung lagi hari kedua kita di Jogja!

Actually ada banyak sangat tempat yang kami research untuk pergi masa second day. Cuma this place is a recommendation from Miss Dessy sendiri.. Katanya dalam banyak-banyak pantai di Jogja, pantai Ngobaran adalah her most favorite beaches. She said this beach is more clean, less crowd and had a very unique view.. So we all follow saje...


Air ombak dia bersih and ombak dia tinggi

Mula-mula aku kedepan, nak selfie.. Berlari balik sebab ombak besar..hahaha

Dessy duk setting camera.. Banyak landak laut jugak kat sini!

Kabupaten Guning kidul terletak dekat bahagian selatan dari bandar Jogja.. Pagi tu kami ada kat Merapi, means bahagian utara dari bandar Jogja.. Dari hotel nak ke merapi makan masa 2jam... Dari hotel nak ke daerah Gunung Kidul pon 2jam.. So utara selatan kami cover dalam satu hari.. Hahaha 

sumber : google

Perjalanan nak ke gunung kidul ni boleh dikatakan agak challenge jugak..sebab kami jalan melaui lereng-lereng bukit.. View sepanjang jalan menarik. Jalan nak ke pantai ngobaran ni, Masha Allah, macam bukan jalan tempat pelancongan tau.. Suggest pergi naik kereta bersama pak supir.


Kasi can laaa kann....

Jalan dia sempit, kiri kanan hutan.. ada jugak rumah-rumah all the way.. The best part nampak nenek-nenek tua jalan kaki, kuat kot angkut kayu-kayu hutan atas kepala.. Kira sepanjang jalan memang seronok menjamu mata... Cumanya masa dalam kereta tu ada jugak terfikir.. Eh dorang ni nak bawak pergi mana ha?? X macam jalan nak pergi pantai yang banyak tourist pon.


The best part kat sini makan ikan bakar.. serius dia ambil masa yang lama jugak nak siapkan ikan, sampai rasa..oi laparr gilaaa.. Then bila ikan bakar tu besar and sedap..berbaloi laa jugak tunggu... dah lapa kan..bedal je..sampai lupa nak snap gambar..


Sebelah Pantai Ngobaran ada pantai nguyahan. Kene jalan sikit jer.. Kiranya disebalik bukit batu.. Tak sure kenapa pantai sebelah-sebelah tapi nama lain-lain.. Tapi Nguyahan boleh mandi.. sebab more pasir, Ngobaran pulak banyak batu-batu..


And then ontheway back..Aku tido.. tapi jaga balik still dalam area Gunung Kidul.. kira tertido sejam.. tengok-tengok tak sampai-sampai lagi,,, Ahahaa.. Anyway, best juga our second day.. Arrive at hotel around 7pm..


The budget! 

Ke Gunung Kidul tak ada budget, like I said its been sponsor by Miss Dessy.. Even makan ikan bakar pon dia yang bayarkan termasuk supir... You are the most kind hearted host that we ever met! We owe you a lot dear.. Thank you so much bawak kami pusing satu Jogja in one day! Siap offer nak teman kami lagi esoknya...*tapi kami refuse sebab dia kerja* ...


Balik hotel mandi, keluar merayap Malioboro street.. hahaa.. menabung kat jalan ni la gamaknya, sebab duit tak luak.. kihkih.. Okay sambung nanti..

Chiou..


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...