06 April 2014

Dear Blog, Sorry and Thank You..

Assalamualaikum...


Dear blog,


Sorry sebab lama aku tinggalkan kau. Bukan sengaja, tapi aku tak punya idea. Kadang-kadang aku ada banyak sangat idea nak menaip, but then when I turn on my laptop, I don't exactly remember the topics that I want to share with you.


I am so sorry my blog, because lately you are the place for me to "lepas geram" or "meluah masalah". I feel like nobody listen to me accept you. Aku sangat-sangat bersyukur sebab buat keputusan untuk sign up as a blogger masa tahun 2010, and again I am so sorry because I've always ignore you. Hurmmmm...


Dear blog, recently aku rasa sangat stress. Kadang-kadang aku rasa macam tak larat dah nak hadap, tapi aku tak boleh nak salah kan sesiapa, because at the end of the day the person that should be blame is me.. Myself..! Aku cuba mencari reasons di sebalik semua yang terjadi sekarang, dan Alhamdulillah aku rasa kalau perkara ni tak terjadi pada aku, mungkin aku tak akan sedar bahawa selama ni aku banyak sangat mensia-siakan masa aku.  Thanks Ya Allah for all dugaan yang kau bagi pada diriku.


Currently I am not working. Sedang mencari pekerjaan baru. Rasa bersalah yang teramat sangat bila tak dapat tolong mak ayah. Rasa macam aku dah letak beban yang sangat besar kat bahu mereka. Aku dah buat mereka kecewa.  Hurm... Insyallah aku yakin rezeki aku ada. Tingkatkan usaha. Andai bukan sekarang, insyallah satu hari nanti.


Condition kesihatan aku sekarang tak berapa nak baik. Tapi tak la teruk mana, cuma aku just perlu sabar dan redha serta usaha nak baik.. Nak baik! Nak baik!.. Aku nak live life to the fullest. Aku nak sangat hargai masa-masa aku selama sempat hidup di dunia ni. Mohon Allah persempatkan. Aku nak bahagiakan orang-orang disekeliling aku. Aku tak mahu susahkan sesiapa kalau boleh. Sedih...


To those orang-orang tersayang yang aku selalu bebankan dengan masalah aku yang kecik and remeh temeh ni. Aku nak mintak maaf. Dan sekiranya aku tak mampu nak bersua mua dengan kalian, aku harap tulisan ni mampu jadi pengantara bagi aku untuk memohon maaf setulus hati aku. Sebab aku pon tak pasti bila nyawa akan bercerai dari jasad. Maafkan Aku!


Dear blog, terima kasih kerana menjadi medium bagi aku untuk meluah kan perasaan aku. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku ketika masa-masa bergini. Terima kasih kerana mendengar. Terima kasih untuk semuanya. I love you my blog. Thank you again.


Till we meet again. Insyallah.

Assalamualaikum..



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...