16 March 2014

Untungnya menjadi perempuan...


 Assalamualaikum readers!


Sebagai seorang perempuan, kita diberi banyak kelebihan oleh Allah.. Sekiranya kita mencari jalan untuk menuju kepadaNya, teramat lah mudah.. Namun istiqhomah itu perlu.. Tak ada benda yang datang bergolek.. kita kena berusaha ke arah itu.. Insyaallah..:)


 Berikut adalah 6 sebab untungnya menjadi perempuan


1] Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang manusia’. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2] Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3] Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.....



Ya Allah, sangat beruntungnya menjadi wanita. Terasa macam nak kawen esok pagi je, hehee, tapi apakan daya perancangan tu hanya ALLAH je tau. So sila silalah doakan yang terbaik untuk diri ini. Kepada yang single tu jangan risau, sebab peluang kita still terbuka luas untuk berbakti pada kedua orang tua kita. 


Petua yang simple untuk dikongsikan, di setiap kali bangun sahaja dari tidur, sedekahkan lah AL-FATIHAH kepada kedua orang tua kita. Insyallah rezki kita akan dipercukupkan. Jangan lupa pula berdoa untuk mereka selepas solat. 


Pokok pangkalnya kembali pada Allah S.W.T.. Dalam apa sahaja yang kita lakukan, kalau kita utamakan ALLAH terlebih dahulu insyallah semua akan berjalan dengan baik. 


Doaku padamu YA ALLAH,

Aku bermohon kau kuatkan lah iman ku..
Tingkatkanlah kesabaran ku..
Jadikan lah aku insan dan wanita yang solehah..
Pertemukanlah aku dengan jodoh yang terbaik..
Yang bakal menjadi imamku, syurga dunia buat ku..
Serta menjadi pemimpin untuk aku serta anak-anak ku 
Dalam mencari redhamu..
 Di dunia dan akhirat Ya Allah.. 
Amin Ya Rabbal Alamin.. 
Ya Allah permudahkanlah..



p/s : Pray for MH370.

p/s : Semoga Allah mendengar doa kita. Amin. Ya Allah makbulkanlah..

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...