20 March 2014

Dear You.. I miss the old you.

Assalamualaikum...


Dear you,

Apa khabar awak di sana. Saya harap awak sihat-sihat saja. Lama kan kita tak sembang-sembang macam best-friend? Macam dulu-dulu. Masa kita study sama-sama dulu. Ahhh saya rindu sangat zaman tu wak. Yea masa tu kita tak punya tanggungjawab yang besar lagi. Masa tu yang kita tahu hanya lah past exam, hantar assignment and enjoy. 


Tapi sekarang kita dah busy dengan hidup, family dan kerjaya masing-masing. Saya faham....


Dulu kalau kita borak-borak rasa seronok sangat. Saya rasa bahagia sangat sebab saya ada seorang kawan baik yang boleh untuk saya kongsi segala macam cerita. Kita bincang bermacam-macam topik, dari sukan ke akademik, ke pengetahuan am sampailah ke gosip-gosip artis. Seronok sangat masa tu..Rindu nyaa...


Bila kita dah tamat belajar, kita bawak haluan sendiri. Tapi saya tak pernah lupakan awak. Saya tetap sayang awak sangat-sangat. Saya suka dan tetap rasa bahagia walaupon kita hanya berhubung melalui sms. Saya malu nk post apa-apa kat wall facebook awak, sebab it is too obvious and i don't want people to comment on it. Bila ada henfon canggih sikit kita selalu berwhatapps, wechat, ig etc. 


Tapi bila kita masing-masing makin sibuk, makin kurang masa kita untuk sama-sama. I still remember after we graduated, we only met for 3-4 kali je.. dalam masa 2 tahun setengah. Tapi we were cool liddat yeah? Last time we met was on last raya september 2013 right? Gahhh, it almost 6 month in row now we doesn't meet each other. I miss you so much. 


Sekarang awak dah busy dengan kerja awak. Awak pon kata yang keutamaan awak sekarang adalah family awak. Saya bangga dengan awak. Awak kerja keras, pagi sampai malam. Kadang-kadang awak tak cuti langsung. Saya risau kat awak. Sebab awak betul-betul komited dengan kerja awak sampai awak makan lambat, balik lambat. Saya risau kesihatan awak. Bukan saya nak menyibuk hal awak. Cuma saya terlalu sayangkan awak. 


Saya cuba untuk faham situasi awak, keadaan awak. Awak pon pernah kata, saya tak akan boleh terima kerja awak macam mana sekarang. Tapi awak silap. Saya cuba untuk faham awak, saya cuba ikut cara awak. dan saya still bertahan di sini tunggu awak. Awak orang penting dalam hidup saya. Mana mungkin saya ketepikan awak. 


Sepanjang kita berkawan, kita sentiasa ngam, tak pernah saya curiga kat awak. Awak orang yang saya paling percaya selepas keluarga saya. Thank you awak. Awak pon tak pernah kongkong saya. Saya selalu rasa saya orang paling bahagia walaupon awak hanya message saya dengan satu perkataan sahaja. Sebab saya tahu awak masih ingat kan saya. 


Saya tak tahu bila masa yang sesuai untuk saya message/call awk. Saya bukan lah mengharap sangat, tapi bila saya call dengar suara kasar awak di hujung talian, saya rasa menyesal call awk. Sebab saya dah ganggu masa kerja awak. Jadi saya hanya tunggu sampai awak call/msg saya. Penantian satu penyeksaan. Sungguh saya rindu sangat. Perasaan saya bila dapat msg/call dari awak automatik saya senyum riang. Excited sangat wak. 


Kadang-kadang saya tak tido sampai pagi tunggu awak balik kerja, saya nak msg dengan awk. Dapat sekejap pon jadilah. Dulu saya akan story apa sahaja yg jadi kat saya satu hari tu kat awak.Macam biasa awak lah pendengar setia saya. Selalu buat kelakar kalau saya marah2. Selalu tenangkan saya kalau saya sedih. Sy mesti happy kalau saya teringat kenangan lama kita. 


Saya ada banyak benda saya nak story kat awk. Kawan yang saya ada hanya awak je. Untung awak.! Hee. Tapi sekarang saya tak dapat dah nak story macam2 dengan awk. Kalau awk nak tau saya siap buat list apa yang saya nak cerita kat awak satu hari tu. Apa perasaan saya, apa yg jadi kat saya, saya catat semua dalam buku. Tapi setiap kali saya nak story kat awk.....Awk sibuk... Last-last semuanya saya simpan sendiri2 je. 


Saya tak salahkan awak.. Sy faham....
  

Kalau awak terbaca entry kali ni, saya mintak maaf sebab terpaksa tulis panjang2. Banyak sangat yg saya nak luahkan kat awk. Lama sy pendam, sy diam, sy simpan dalam hati. Saya mintak maaf kalau saya ni complicated bg awk. Dalam byk2 perkara, sy just nk perhatian awak je,, sikit pon jadilah.. Sy tau awk syg sy. Sy tau awk nak ambil berat pasal sy. Sy tau awk nak bg perhatian untuk sy.. 


Hopefully saya ni bukan sekadar kawan bila awak perlu sahaja. Dear you, I do really miss the old you.  


p/s : dalam sehari ada 24jam...harap awak cuba cari 10 saat untuk tanya saya "how do you feel today?" itu je wak..


Salam sayang dari saya. 


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...