12 September 2014

KERJA KOSONG - TRAINEE BRANCH MANAGER (SEGERA)

LOOKING FOR A JOB IN MELAKA?

TRAINEE BRANCH MANAGER NEEDED!! (OUTDOOR)

GLOBALIZED METEORIC GROUP SDN BHD
NO 2B, SECOND FLOOR,
JALAN MELAKA RAYA 15,
TMN MELAKA RAYA, 75000 MELAKA


Suka / Mahir Berkomunikasi? Inginkan Gaji dan Bonus yang Lumayan? Peluang kenaikkan dalam masa yang singkat? Suka travelling Locally and Oversea?

Responsibilities

·         Manage client’s projects and company expectations
·         Setting exemplary leadership when delegating and directing others
·          Coordinate campaigns for our clients with efficiency, integrity and professionalism
·         Direct brand building activities and customer acquisition


WE ARE LOOKING FOR:

·         Diploma / Degree (in any field)
·         Positive Mentality and Hardworking
·         Excellent Interpersonal Skills
·         Team-Player with the self-motivation to drive towards goals
·         IMMEDIATE STARTERS ONLY

OUR EXPECTATIONS:-
·         Comfortable and Confident in Face to Face Marketing
·         Able to Cope in Fast-Paced, Sales Oriented Environment
·         Work with the Team in Giving Support and Encouragement throughout
·         Show Leadership and Potential to Lead and Train others
·         Develop and Maintain Good Knowledge of Clients Products and Services

 OUR REWARDS:-
·         A Highly Charged, Motivated and Fun Environment
·         Attractive Pay Package and Bonuses
·         Excellent Travelling Opportunities and Incentive Trips
·         Comprehensive Training in Personal Development, Leadership and Confidence in Effective Communication
·         Opportunity to Move into Higher Management Levels

To pursue an opportunity with us, email your resume to sitinurulainabutalib@gmail.com or contact us at 012 -5547044  for an interview appointment

Job Info: Income: RM 2 500 / month
Job Type: Executive
Experience Level: < 1 year
Category: Sales | Marketing/PR/Designers | Events/Usherers

Job Location: Melaka (Melaka Tengah)


Reference : Miss Siti Nurul Ain. 

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

23 July 2014

Re-Blog - 30 day Challenges!


Assalamualaikum..


Hello dear blog.. 


I'm sorry. Again this blog on hiatus for so many month. Haishh.. I know, i know.. There a lot of changes happen in my life right now. And I seriously didn't know which one to tell you first. Then again I think better I start with this 30 day challenges. 


Day 01 - Photo of you along with ten facts
Day 02 - How you got your tumblr/blog name
Day 03 - Hometown location and facts
Day 04 - Ten Places you want to visit
Day 05 - Favorite memory from childhood
Day 06 - Five favorite songs
Day 07 - Best job you ever had
Day 08 - Worst job you ever had
Day 09 - Best day of your life
Day 10 - Worst day of your life
Day 11 - A sport you love to watch/play
Day 12 - Anything you want to post about
Day 13 - Favorite season and why
Day 14 - Something you’re addicted to
Day 15 - Re-blog the first thing you see on your dashboard
Day 16 - What did you want to be as a child
Day 17 - Favorite genre of movies
Day 18 - Favorite class/school subject
Day 19 - Random fact about you
Day 20 - Five people you are happy with right now (no names)
Day 21 - Person you can’t live without
Day 22 - Anything you want to post about
Day 23 - Five people you are annoyed with right now (no names)
Day 24 - If you could change your first name, what would you change it to
Day 25 - Favorite stores to buy clothes from
Day 26 - Favorite book
Day 27 - College you are attending or want to attend
Day 28 - Career goals
Day 29 - Ten life goals
Day 30 - Anything you want to post about



Actually I had done this challenges before on 2012. (hurmmm...Ya I know).. Tapikannnnnnn..... I just do it sampai day 02 only. You can refer link below for day 01 and day 02 okay..

  1. Day 01 - Photo of you along with ten facts   
  2. Day 02 - How you got your blog name..


So let's begin our challenges.. Start from day 3 ok guys? Let's count the day.. yeayy.. hehee :)


p/s : Will come out on the next entry ya.. 

p/s : smile-wink-wink...;)



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

06 April 2014

Dear Blog, Sorry and Thank You..

Assalamualaikum...


Dear blog,


Sorry sebab lama aku tinggalkan kau. Bukan sengaja, tapi aku tak punya idea. Kadang-kadang aku ada banyak sangat idea nak menaip, but then when I turn on my laptop, I don't exactly remember the topics that I want to share with you.


I am so sorry my blog, because lately you are the place for me to "lepas geram" or "meluah masalah". I feel like nobody listen to me accept you. Aku sangat-sangat bersyukur sebab buat keputusan untuk sign up as a blogger masa tahun 2010, and again I am so sorry because I've always ignore you. Hurmmmm...


Dear blog, recently aku rasa sangat stress. Kadang-kadang aku rasa macam tak larat dah nak hadap, tapi aku tak boleh nak salah kan sesiapa, because at the end of the day the person that should be blame is me.. Myself..! Aku cuba mencari reasons di sebalik semua yang terjadi sekarang, dan Alhamdulillah aku rasa kalau perkara ni tak terjadi pada aku, mungkin aku tak akan sedar bahawa selama ni aku banyak sangat mensia-siakan masa aku.  Thanks Ya Allah for all dugaan yang kau bagi pada diriku.


Currently I am not working. Sedang mencari pekerjaan baru. Rasa bersalah yang teramat sangat bila tak dapat tolong mak ayah. Rasa macam aku dah letak beban yang sangat besar kat bahu mereka. Aku dah buat mereka kecewa.  Hurm... Insyallah aku yakin rezeki aku ada. Tingkatkan usaha. Andai bukan sekarang, insyallah satu hari nanti.


Condition kesihatan aku sekarang tak berapa nak baik. Tapi tak la teruk mana, cuma aku just perlu sabar dan redha serta usaha nak baik.. Nak baik! Nak baik!.. Aku nak live life to the fullest. Aku nak sangat hargai masa-masa aku selama sempat hidup di dunia ni. Mohon Allah persempatkan. Aku nak bahagiakan orang-orang disekeliling aku. Aku tak mahu susahkan sesiapa kalau boleh. Sedih...


To those orang-orang tersayang yang aku selalu bebankan dengan masalah aku yang kecik and remeh temeh ni. Aku nak mintak maaf. Dan sekiranya aku tak mampu nak bersua mua dengan kalian, aku harap tulisan ni mampu jadi pengantara bagi aku untuk memohon maaf setulus hati aku. Sebab aku pon tak pasti bila nyawa akan bercerai dari jasad. Maafkan Aku!


Dear blog, terima kasih kerana menjadi medium bagi aku untuk meluah kan perasaan aku. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku ketika masa-masa bergini. Terima kasih kerana mendengar. Terima kasih untuk semuanya. I love you my blog. Thank you again.


Till we meet again. Insyallah.

Assalamualaikum..



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

23 March 2014

Don't You Remember ?


Assalamualaikum and hi....



Don't you remember, a song sang by Adele. I do really love this song. It just to powerful for me. In a situation that I am facing right now, I do really feel that this song connect to my love and life story. 

                                             I gave you the space so you could breathe,
                                                I kept my distance so you would be free,
                                             And hope that you find the missing piece,
                                                           To bring you back to me,

Ya, I am so sorry because I kept my distance between me and you. I just want you to know that I am not avoiding you, but I just want to give you some space, so you can think back, Who am I to you....?


Saya tau mungkin awak tertanya-tanya, kenapa saya pergi... kenapa saya senyap tanpa ada membalas sebarang mesej ringkas dari awak.. kenapa saya langsung tak peduli phone call dari awak.. Hati saya sakit wak, sakit sangat.... tak pernah saya rasa sesakit ni selama ni.. Hati saya remuk, pecah berderai besepai-sepai.... Love made me sick.. Really-really sick. 


Saya terus terang bagitau awak, saya merajuk membawa diri. Awak mesti anggap saya main-main je.. "Alah esok ok la tu" mungkin itu yang awak fikir... tapi kali ni, saya betul-betul maksud kan apa yang saya cakap. Sebab awak dah terlalu lama buat hati saya kosong, awak dah terlalu lama tinggalkan saya kesorangan, awak dah terlalu lama abaikan perasaan saya....


Awak selalu anggap esok pasti saya akan ok, esok pasti semua elok macam biasa, esok pasti saya baik semula........ tapi bagi saya, saya dah terlalu banyak mengharap untuk esok hari.... Sedangkan semua boleh diselesaikan hari ini.... Kenapa tidak hari ini.. kenapa harus menunggu esok?? 


Maafkan saya awak, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi kenapa awak buat saya macam ni? Dulu saya mesej awak, awak selalu busy.. awak tak ada masa dengan saya.. Selalu saya call awak, saya memang nak bagi tau awak banyak benda, tapi selalu saya kata "xpelah" or "xde apelah" or "nantilah saya cerita".. And then awak mula paksa-paksa saya suruh cerita, which means memang tak la saya nak cerita apa-apa kat awak... 


Feel tu dah takde. Mati.


And then, saya mintak maaf sejak akhir-akhir ni nada saya bercakap dengan awak asyik nak marah jer. Sebab saya nak sampaikan sesuatu dekat awak, and awak tak layan saya. Dan bila saya marah bukan sebab saya marah kat awak. Saya just nak awak baca point yang saya nak sampaikan kat awak.... 


Bila saya marah awak terus dismiss saya.. Awak terus reject saya. "Dah lah, tetiba nak marah" "Bye" "Nite"... Hurm..... how could i react to this..? Buat saya bertambah kecewa dengan awak. Buat hati saya bertambah remuk....


Maafkan saya awak, this letter bukan nak blame awak or sakitkan hati awak.. Saya just nak sampaikan point saya.. Saya tau saya LAGI BANYAK buat salah kat awak. Saya tau saya lagi tak pernah ambil hati awak, saya tau saya jarang pujuk awak, saya tau saya ni langsung tak paham awak... Saya mintak maaf awak.. Saya minta maaf. Saya terlalu sayangkan awak...


Awak, dalam satu hubungan tu ada KOMITMEN.. kalau awak tak boleh nak bagi komitmen kat saya.. perlu ke ada hubungan tu? Saya masih mengharap pada awak.. Cuma saya tak mahu letak harapan yang terlalu tinggi, sebab saya tak mahu lagi ada rasa hati yang pecah berderai macam begini... 


PLEASE FIX MY HEART SAYANG..

p/s : don't you remember the reason you love me before? 
p/s : Every person deserved a second chance. I'll give you the chance. Fix it.


Till we meet again. Assalamualaikum..



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

22 March 2014

Let Her Go


Assalamualaikum..




When listening to this song, suddenly I realize that we didn't notice someone that is so important to our life. We only notice them when it is too late. We always feel that there still tomorrow or a day after that to say that we love them.


Bila dia yang selalu ada dengan kita, susah senang bersama, gelak tawa bersama, namun kita tak pernah nak hargai kehadiran dia... Secara tiba-tiba dia pergi dari hidup kita baru kita tahu bahawa dia adalah orang yang penting dalam hidup kita..


Only know you love her when you let her go....


Siapa dia yang selalu dekat dengan kita? Siapa dia yang selalu ada bersama kita saat kita susah dan senang? Siapa yang percaya kan kita bila tiada siapa disisi kita?


Mak, ayah,suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara, kawan karib, kekasih... adalah orang yang selalu ada dengan kita. Selalu dekat dengan kita.


Sebelum mereka-meraka meninggalkan kita, atau kita sediri yang meninggalkan mereka.. HARGAILAH mereka.. Appreciate them. It's never too late...


I love you mak, I love you ayah, I love you brother, I love YOU. Every single one of YOU. Thank you.


Somebody ask me what is the perfect present to give to his mother, father and little niece as a birthday present. All I can say is YOUR LOVE + YOUR TIME + YOUR ATTENTION = APPRECIATION.
Do it before its to late..


p/s ; keras-keras batu, keras lagi hati aku. Mohon masih ada rasa itu.
p/s : Never in my life feel so disappointed, frustrated and heart-broken like this before. Hope is never too late.


Till we meet again. 



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

20 March 2014

Dear You.. I miss the old you.

Assalamualaikum...


Dear you,

Apa khabar awak di sana. Saya harap awak sihat-sihat saja. Lama kan kita tak sembang-sembang macam best-friend? Macam dulu-dulu. Masa kita study sama-sama dulu. Ahhh saya rindu sangat zaman tu wak. Yea masa tu kita tak punya tanggungjawab yang besar lagi. Masa tu yang kita tahu hanya lah past exam, hantar assignment and enjoy. 


Tapi sekarang kita dah busy dengan hidup, family dan kerjaya masing-masing. Saya faham....


Dulu kalau kita borak-borak rasa seronok sangat. Saya rasa bahagia sangat sebab saya ada seorang kawan baik yang boleh untuk saya kongsi segala macam cerita. Kita bincang bermacam-macam topik, dari sukan ke akademik, ke pengetahuan am sampailah ke gosip-gosip artis. Seronok sangat masa tu..Rindu nyaa...


Bila kita dah tamat belajar, kita bawak haluan sendiri. Tapi saya tak pernah lupakan awak. Saya tetap sayang awak sangat-sangat. Saya suka dan tetap rasa bahagia walaupon kita hanya berhubung melalui sms. Saya malu nk post apa-apa kat wall facebook awak, sebab it is too obvious and i don't want people to comment on it. Bila ada henfon canggih sikit kita selalu berwhatapps, wechat, ig etc. 


Tapi bila kita masing-masing makin sibuk, makin kurang masa kita untuk sama-sama. I still remember after we graduated, we only met for 3-4 kali je.. dalam masa 2 tahun setengah. Tapi we were cool liddat yeah? Last time we met was on last raya september 2013 right? Gahhh, it almost 6 month in row now we doesn't meet each other. I miss you so much. 


Sekarang awak dah busy dengan kerja awak. Awak pon kata yang keutamaan awak sekarang adalah family awak. Saya bangga dengan awak. Awak kerja keras, pagi sampai malam. Kadang-kadang awak tak cuti langsung. Saya risau kat awak. Sebab awak betul-betul komited dengan kerja awak sampai awak makan lambat, balik lambat. Saya risau kesihatan awak. Bukan saya nak menyibuk hal awak. Cuma saya terlalu sayangkan awak. 


Saya cuba untuk faham situasi awak, keadaan awak. Awak pon pernah kata, saya tak akan boleh terima kerja awak macam mana sekarang. Tapi awak silap. Saya cuba untuk faham awak, saya cuba ikut cara awak. dan saya still bertahan di sini tunggu awak. Awak orang penting dalam hidup saya. Mana mungkin saya ketepikan awak. 


Sepanjang kita berkawan, kita sentiasa ngam, tak pernah saya curiga kat awak. Awak orang yang saya paling percaya selepas keluarga saya. Thank you awak. Awak pon tak pernah kongkong saya. Saya selalu rasa saya orang paling bahagia walaupon awak hanya message saya dengan satu perkataan sahaja. Sebab saya tahu awak masih ingat kan saya. 


Saya tak tahu bila masa yang sesuai untuk saya message/call awk. Saya bukan lah mengharap sangat, tapi bila saya call dengar suara kasar awak di hujung talian, saya rasa menyesal call awk. Sebab saya dah ganggu masa kerja awak. Jadi saya hanya tunggu sampai awak call/msg saya. Penantian satu penyeksaan. Sungguh saya rindu sangat. Perasaan saya bila dapat msg/call dari awak automatik saya senyum riang. Excited sangat wak. 


Kadang-kadang saya tak tido sampai pagi tunggu awak balik kerja, saya nak msg dengan awk. Dapat sekejap pon jadilah. Dulu saya akan story apa sahaja yg jadi kat saya satu hari tu kat awak.Macam biasa awak lah pendengar setia saya. Selalu buat kelakar kalau saya marah2. Selalu tenangkan saya kalau saya sedih. Sy mesti happy kalau saya teringat kenangan lama kita. 


Saya ada banyak benda saya nak story kat awk. Kawan yang saya ada hanya awak je. Untung awak.! Hee. Tapi sekarang saya tak dapat dah nak story macam2 dengan awk. Kalau awk nak tau saya siap buat list apa yang saya nak cerita kat awak satu hari tu. Apa perasaan saya, apa yg jadi kat saya, saya catat semua dalam buku. Tapi setiap kali saya nak story kat awk.....Awk sibuk... Last-last semuanya saya simpan sendiri2 je. 


Saya tak salahkan awak.. Sy faham....
  

Kalau awak terbaca entry kali ni, saya mintak maaf sebab terpaksa tulis panjang2. Banyak sangat yg saya nak luahkan kat awk. Lama sy pendam, sy diam, sy simpan dalam hati. Saya mintak maaf kalau saya ni complicated bg awk. Dalam byk2 perkara, sy just nk perhatian awak je,, sikit pon jadilah.. Sy tau awk syg sy. Sy tau awk nak ambil berat pasal sy. Sy tau awk nak bg perhatian untuk sy.. 


Hopefully saya ni bukan sekadar kawan bila awak perlu sahaja. Dear you, I do really miss the old you.  


p/s : dalam sehari ada 24jam...harap awak cuba cari 10 saat untuk tanya saya "how do you feel today?" itu je wak..


Salam sayang dari saya. 


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

17 March 2014

Lonely..



Assalamualaikum readers..


Kadang-kadang dalam dunia ni kita akan rasa lonely.. Rasa diri menyendiri. 

Buat masa ni aku rasa lonely sangat. Entah kenapa.. Tak tau lah...

Tapi kalau di fikirkan balik...

Kesudahan kita nanti pon lonely juga.. 

Kesudahan nanti kita sorang-sorang juga kat alam barzakh sana..

Mungkin ini iktibar yang Allah nak bagi atas perasaan ini? 

Terima kasih Ya Allah..

Mengingatkan aku tentang ajal mautmu..

Aku tahu pintu taubatmu terbuka seluas-luasnya..

Aku Mohon Dipersempat..  

Amin..


p/s   : let's together pray supaya kita mati dalam Husnul Khatimah. 
pp/s : Pray for MH370


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

16 March 2014

Untungnya menjadi perempuan...


 Assalamualaikum readers!


Sebagai seorang perempuan, kita diberi banyak kelebihan oleh Allah.. Sekiranya kita mencari jalan untuk menuju kepadaNya, teramat lah mudah.. Namun istiqhomah itu perlu.. Tak ada benda yang datang bergolek.. kita kena berusaha ke arah itu.. Insyaallah..:)


 Berikut adalah 6 sebab untungnya menjadi perempuan


1] Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang manusia’. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2] Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3] Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.....



Ya Allah, sangat beruntungnya menjadi wanita. Terasa macam nak kawen esok pagi je, hehee, tapi apakan daya perancangan tu hanya ALLAH je tau. So sila silalah doakan yang terbaik untuk diri ini. Kepada yang single tu jangan risau, sebab peluang kita still terbuka luas untuk berbakti pada kedua orang tua kita. 


Petua yang simple untuk dikongsikan, di setiap kali bangun sahaja dari tidur, sedekahkan lah AL-FATIHAH kepada kedua orang tua kita. Insyallah rezki kita akan dipercukupkan. Jangan lupa pula berdoa untuk mereka selepas solat. 


Pokok pangkalnya kembali pada Allah S.W.T.. Dalam apa sahaja yang kita lakukan, kalau kita utamakan ALLAH terlebih dahulu insyallah semua akan berjalan dengan baik. 


Doaku padamu YA ALLAH,

Aku bermohon kau kuatkan lah iman ku..
Tingkatkanlah kesabaran ku..
Jadikan lah aku insan dan wanita yang solehah..
Pertemukanlah aku dengan jodoh yang terbaik..
Yang bakal menjadi imamku, syurga dunia buat ku..
Serta menjadi pemimpin untuk aku serta anak-anak ku 
Dalam mencari redhamu..
 Di dunia dan akhirat Ya Allah.. 
Amin Ya Rabbal Alamin.. 
Ya Allah permudahkanlah..



p/s : Pray for MH370.

p/s : Semoga Allah mendengar doa kita. Amin. Ya Allah makbulkanlah..

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Kembali



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...


Hi everyone! Ya Allah lama sudah rasanya aku tak menulis kat sini. Aku pon hampir terlupa yang aku punya sebuah blog yg comel lotey camni.. HAHAHA.. Sungguh aku memang rindu nak menulis kembali. So apa khabar sahabat blogger sekalian?


Sebernarnya aku still rasa confuse dengan blogger punya layout sekarang ni. Al-maklumlah dah lama aku tak menulis kat sini.. Niat hati aku nak deactivate je akaun blog ni, tapi bila aku baca balik post yang lama-lama tu, terasa rindu sangat-sangat la plak.. Nak tergelak pon ade bila terbaca ayat merapu aku tulis masa muda-muda dulu (maklumlah blog ni tercipta masa zaman study aku)..


Aku memang tak boleh nak deny yang aku sayang gilaa kat blog aku ni. Tak kesah la ada yang baca atau tak, apa yang penting aku ada satu tempat untuk aku throwback kisah-kisah aku, kalau tak untuk suami aku nanti (harapan agar dia lebih memahami aku..hehee) mungkin untuk anak dengan harapan anak-anak kenal ibu meraka yang penyayang lagi cute nih..wiwiwiwiwiwi. hahaha . Insyallah.. Kalau di iziinkan ALLAH. 


p/s : Main point entry ni just nak habaq mai kat hangpa semua.. I'M BACK! itu sajeeerr... Hehee.. jangan marah ye.

p/s : Pray for MH370


Till then,

Assalamualaikum.






Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Alhamdulillah, hujan akhirnya..


| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Alhamdulillah. 


Terima Kasih Allah, Syukur Alhamdulillah. Segala puji hanya untukmu kerana menurunkan hujan hari ini.(Ahad, 16 March 2014 jam 05.28am).. Subhanallah, after almost 3 bulan kawasan rumah aku ni kering, cuaca panas terik, empangan dan sungai-sungai hampir kering kontang, rumput banyak yang menjadi kemerah-merahan, kebakaran hutan dan kebun serta jerebu melanda.. 


Ya Allah terima kasih untuk hadiah serta nikmat hujan yang kau turunkan ni.. Hujan rahmat kurnian kasih sayangmu Ya Allah. Thanks You, Xie Xie, Nandri. 


Terima Kasih Ya Allah. 


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! 

[ sumber : google ]


Harini rata-rata kawasan di Malaysia disimbahi hujan.. Subhanallah. Kebesaran mu Ya Allah. Engkaulah yang maha mengetahui segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi. 


Bunyi hujan yang jatuh di atap benar-benar menenangkan hati. 


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!


p/s : syukur alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam. 

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...