13 September 2012

Rezeki



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Hai everyone. What's up you guys..? Hope you are doing fine. Amin. 

Aku percaya pada kata-kata "Rezeki ada di mana-mana". Sungguh aku sedar bahawa soal rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semua sudah ditentukan dari awal oleh Yang Maha Esa. Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita mahu. 

Dan sekiranya kita tidak diberikan apa yang kita mahu. Sedarlah bahawa ALLAH sentiasa akan memberikan apa yang kita perlukan.. INGAT lah kita ini hanya HAMBA..

Doa.
Usaha.
Tawakal.

Berbalik pada soal rezeki tadi. Mungkin sudah ditakdirkan rezeki aku bukan itu. Walaupun aku sudah berusaha sehabis baik, tapi tetap tertulis itu bukan rezeki aku. Redha. Ya itu yang aku perlu.. Sedih, muram, suram hari-hariku terubat bila aku berfikir bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk diriku...


Tetapi terkadang kata-kata nista dari mulut-mulut manusia durjana itu sudah cukup membuat hati ini remok, sompek, kemot dan berlubang. Hancur luluh hanya maha pencipta yang mengetahui. Mulut tempayan boleh aku plaster dan seal-kan. Jika ku turut rasa hati ini dah lama aku tangan-tangankan. Apakan daya, mulut manusia...Dipertanggungungjawabkan oleh mereka sendiri di akhirat kelak..!


Kenapa manusia suka bersuara pada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka..?
Kenapa perlu manusia merasa dengki dan iri hati? 
Kenapa perlu manusia mempersoalkan segala sesuatu tanpa ada usul periksa?
Kenapa tidak mereka mendahulukan otak sebelum lidah mereka menutur kata?


Bukan aku mengadu meminta simpati pada sesiapa. Aku yakin rezeki aku belum sampai. Ya, aku sudah tamat belajar. Ya, aku bakal bergraduasi dengan result yang biasa-biasa. Ya, aku masih belum berkerja. Ya, aku masih ditanggung keluarga. Ya, aku sedang berusaha! Rezeki aku ditangan yang Maha Kuasa. Kau tidak layak bersuara. Kau dipersilakan untuk diam.


Maaf, aku menulis hanya untuk ingatan diri sendiri sahaja. Doakan lah yang terbaik untuk diriku dan pasti aku juga mendoakan yang terbaik untuk dirimu. 

Yakinku setiap apa yang terjadi pasti punya hikmah tersendiri. Senyum.

p/s : aku yakin dengan KUN FA YAKUN mu itu. (^_____^)..  
 



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

4 Respond Chill-lah....:

are_lin@yu said...

folo sini dear..jemput singgah ke blog ayu ;-)

http://coratcoretkuini.blogspot.com/

sinurulaieen said...

@are_lin@yu: terimakasih sudi follow blog sy.. insyallah akan ke sana..:)


p/s:rezeki ada org follow.. alhamdulillah..:)

Alamsyah Putra said...

:)

Alamsyah Putra said...

aku yakin dengan KUN FA
YAKUN mu itu. (^_____^)..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...