22 September 2012

Langkah pertama itu..



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Dulu..

Setiap kali kaki melangkah untuk pergi membeli belah.. Pastinya pakaian kegemaran yang dicari bersaiz S or Xs or Xxs. Kalau boleh lagi kecik lagi bagus.. super skinny, super tight, super singkat, sendat, ketat!..  Bila pandang butik tudung, jeling-jeling mata tu. Sikit hati pon tak ada nak singgah, pandang apatah lagi.. Dalam hati sumpah seranah..

Selang beberapa bulan..

Masuk kedai baju.. belek-belek baju berlengan panjang. Alasan ketika itu, cuaca panas kulit cepat gelap.. Bila pakai baju lengan panjang kulit tak cepat gelap. Dan mula mencari baju bersaiz M. yang besar sikit and longgar sikit, muat-muat.. Alasan sebab taknak berpeluh melekat kat baju. Malu katanya... Bangga sangat la kononnya ramai mata-mata rambang memerhati..
 
Beberapa bulan berlalu..
 
Selesa pakai baju longgar and berlengan panjang. Tak panas rupanya and melindungi kulit. Wah, putih sudah kulit aku. Tapi kenapa rambut ni makin lama makin kering. Masa tu, giat la mencari petua dan punca kenapa. Oh matahari rupanya. Cara yang paling elok adalah dengan melindungi rambot dari terkena cahaya matahari berlebihan..

Nak pakai tudung masa tu? Nantilah.......
 
Pandang butik tudung, nampak shawl warna warni macam pelangi.. Mata mula rasa tertarik, hati mula rasa suka. Wah banyak betol pilihan tudung, gaya style pon macam-macam.. Dan di setiap kali itulah tangan mula merayap, menyentuh dan merasa setiap fabrik tudung yang ada..Tetapi scaft dan topi yang menjadi pilihan.. Hok oloh, Amareka mu!


Kemudian..

Terbit rasa rendah diri dalam hati. Dalam jiwa. Kosong. Perasaan yang mana bila terpandang muka di biasan cermin, hati memberitahu akal.. Segalanya tak kena.. Kenapa rambut begitu, kenapa muka begini, kenapa baju tak menarik, kenapa kasut capuk.. kenapa? kenapa? kenapa? Down.....


Di ketika itu juga..

Helaian tudung lama dibelek. Singgah ke kepala, lalu digayakan. Eh, it is better this way. Oh tak la panas mana pon. Kaki digagahkan melangkah di hadapan khalayak. Teguran pertama, ayu kau begini.. teruskanlah.. langkah ku teruskan dengan yakin!


Kini..

Saiz pilihan L and onwards.. Super longgar, super labuh, super loose, super lebar dan yang sama waktu dengannya. Aku bisa melangkah dengan yakin dan bangga. Tiada mata-mata jahat yang memerhati. Tiada kata-kata fitnah dan nista sampai ke telinga.. Hanya iringan doa dan restu dari mereka yang berhati mulia. 

Assalamualaikum :)


Jiwa muda ku mula terisi. Segala nampak jelas. Segalanya dipermudahkan. Hanya dengan satu langkah kecil itu, satu tindakan kecil itu, menjadikan aku seperti hari ini...  



            ==================================================


Alhamdulillah. Cerita di atas adalah cerita aku. Kepada kawan-kawan yang ingin berubah. Teruskan lah perjuangan anda. Mulakan dengan langkah pertama itu. Lambat dan sedikit tidak mengapa. Tapi janganlah terlalu lambat dan janganlah terlalu sedikit. 

Mulakan dengan langkah pertama itu. Tutup la yang mana perlu. Sedikit sedikit, dan sentiasa berdoa untuk jadi yang lebih baik. Kalau hati rasa nak berubah, jangan ditunggu dan dinanti. Syaitan sentiasa bergayut ditelinga menghasut. Niat yang baik, disertakan dengan doa yang baik, di pengakhirannya pasti baik..

Kepada masyarakat, tolonglah.... Tolonglah sentiasa positif dan membina. Jangan kerana seseorang itu hendak berubah, kau hentam dengan kata-kata hina. Siapa kau berhak berkata demikian..? Hari ini dia begitu.. mana tau hari esok dia begini.. Husnuzzon pada orang sekeliling kita..  



Nota kaki:

Ada diantara kawan yang bertanya..macam mana aku boleh berubah? Insyallah akan aku ceritakan jika mendapat keizinan Allah. Sebenarnya ada cerita yang sangat menyentuh hati aku bila aku berkeinginan untuk menutup aurat dengan sempurna, belajar agama dan mendekati yang maha esa.. Insyallah.............


p/s : pakaian mencerminkan diri kita :)



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

2 Respond Chill-lah....:

Ayuni Khalib said...

assalamualaikum
Change is hard but being consistent is tricky part. Btw, Alhamdulillah, Allah maish memberi peluang dan rahmatNya.

sinurulaieen said...

@Ayuni Khalib : Waalaikumsalam..
Yes istiqhomah is the tricky part.. Alhamdulillah Allah love and guide me... Hope HE will guide us All insyallah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...