22 September 2012

Langkah pertama itu..



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Dulu..

Setiap kali kaki melangkah untuk pergi membeli belah.. Pastinya pakaian kegemaran yang dicari bersaiz S or Xs or Xxs. Kalau boleh lagi kecik lagi bagus.. super skinny, super tight, super singkat, sendat, ketat!..  Bila pandang butik tudung, jeling-jeling mata tu. Sikit hati pon tak ada nak singgah, pandang apatah lagi.. Dalam hati sumpah seranah..

Selang beberapa bulan..

Masuk kedai baju.. belek-belek baju berlengan panjang. Alasan ketika itu, cuaca panas kulit cepat gelap.. Bila pakai baju lengan panjang kulit tak cepat gelap. Dan mula mencari baju bersaiz M. yang besar sikit and longgar sikit, muat-muat.. Alasan sebab taknak berpeluh melekat kat baju. Malu katanya... Bangga sangat la kononnya ramai mata-mata rambang memerhati..
 
Beberapa bulan berlalu..
 
Selesa pakai baju longgar and berlengan panjang. Tak panas rupanya and melindungi kulit. Wah, putih sudah kulit aku. Tapi kenapa rambut ni makin lama makin kering. Masa tu, giat la mencari petua dan punca kenapa. Oh matahari rupanya. Cara yang paling elok adalah dengan melindungi rambot dari terkena cahaya matahari berlebihan..

Nak pakai tudung masa tu? Nantilah.......
 
Pandang butik tudung, nampak shawl warna warni macam pelangi.. Mata mula rasa tertarik, hati mula rasa suka. Wah banyak betol pilihan tudung, gaya style pon macam-macam.. Dan di setiap kali itulah tangan mula merayap, menyentuh dan merasa setiap fabrik tudung yang ada..Tetapi scaft dan topi yang menjadi pilihan.. Hok oloh, Amareka mu!


Kemudian..

Terbit rasa rendah diri dalam hati. Dalam jiwa. Kosong. Perasaan yang mana bila terpandang muka di biasan cermin, hati memberitahu akal.. Segalanya tak kena.. Kenapa rambut begitu, kenapa muka begini, kenapa baju tak menarik, kenapa kasut capuk.. kenapa? kenapa? kenapa? Down.....


Di ketika itu juga..

Helaian tudung lama dibelek. Singgah ke kepala, lalu digayakan. Eh, it is better this way. Oh tak la panas mana pon. Kaki digagahkan melangkah di hadapan khalayak. Teguran pertama, ayu kau begini.. teruskanlah.. langkah ku teruskan dengan yakin!


Kini..

Saiz pilihan L and onwards.. Super longgar, super labuh, super loose, super lebar dan yang sama waktu dengannya. Aku bisa melangkah dengan yakin dan bangga. Tiada mata-mata jahat yang memerhati. Tiada kata-kata fitnah dan nista sampai ke telinga.. Hanya iringan doa dan restu dari mereka yang berhati mulia. 

Assalamualaikum :)


Jiwa muda ku mula terisi. Segala nampak jelas. Segalanya dipermudahkan. Hanya dengan satu langkah kecil itu, satu tindakan kecil itu, menjadikan aku seperti hari ini...  



            ==================================================


Alhamdulillah. Cerita di atas adalah cerita aku. Kepada kawan-kawan yang ingin berubah. Teruskan lah perjuangan anda. Mulakan dengan langkah pertama itu. Lambat dan sedikit tidak mengapa. Tapi janganlah terlalu lambat dan janganlah terlalu sedikit. 

Mulakan dengan langkah pertama itu. Tutup la yang mana perlu. Sedikit sedikit, dan sentiasa berdoa untuk jadi yang lebih baik. Kalau hati rasa nak berubah, jangan ditunggu dan dinanti. Syaitan sentiasa bergayut ditelinga menghasut. Niat yang baik, disertakan dengan doa yang baik, di pengakhirannya pasti baik..

Kepada masyarakat, tolonglah.... Tolonglah sentiasa positif dan membina. Jangan kerana seseorang itu hendak berubah, kau hentam dengan kata-kata hina. Siapa kau berhak berkata demikian..? Hari ini dia begitu.. mana tau hari esok dia begini.. Husnuzzon pada orang sekeliling kita..  



Nota kaki:

Ada diantara kawan yang bertanya..macam mana aku boleh berubah? Insyallah akan aku ceritakan jika mendapat keizinan Allah. Sebenarnya ada cerita yang sangat menyentuh hati aku bila aku berkeinginan untuk menutup aurat dengan sempurna, belajar agama dan mendekati yang maha esa.. Insyallah.............


p/s : pakaian mencerminkan diri kita :)



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

13 September 2012

Geli


 
| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Hai semua.. harap sihat-sihat jela ye korang.. 

G.E.L.I

Sebenarnya aku geli sikit la tengok blog aku ni. Bajet comel je nak ade rama-rama kecik kat background blog. Pastu kaler-kaler pink-pink ade bunga-bunga bagai. Tambah pulak header kartun-kartun dengan tagline yang bajet sweet comey lotey. HAHAHAHA. Geli weh geli! 

Jelly much? HAHAHAHA

Ada juga yang puji-puji suka blog ini comel katanya. Terima kasih. Terjongket-jongket suka lah hendaknya hati beta ini. Bukan aku tidak suka tahap kecomelan blog aku sekarang ni..[comel ke?] just---just aku rasa, aku nak sesuatu yang baru. Sesuatu yang kena dengan aku. Ngam dengan jiwa aku. Huh! Nak nampak mature katanya.


For your info, aku buat blog ni pon masa aku tengah study dulu. Well masa tu memang agak rajin la nak change layout/background and template blog nie. Sekarang ni bukan aku malas, cuma aku dah tak reti la.. Sungguh! Serius aku dah lupa nak buat tu semua. Bermain dengan coding sana sini. Memang aku kena study balik semula la gamaknya.


Nak hire orang buat kan, aku rasa macam aku tak mampu. Ye walaupun rm10-rm50, aku belom mampu nak keluarkan duit sebanyak itu semata-mata memuaskan napsu mata aku menghadap blog kesayangan. Alah 10 hengget pon berkira? Ye, itu sepuloh hengget kau. sepuloh hengget aku? aku masih belum mampu..:(


So, just nak bagitau la kat awak-awak semua. Saya tengah belajar buat blog semula. So kalau blog ni ada senget-benget, hitam putih, sompak-sompek, buruk-huduh dan tak kena dengan jiwa awak-awak. MAAF. Jika ada yang sudi bantu sebarang dua, beta junjung mulia jasa baik mu itu.. HAHAHA.


Ok pause...


p/s : blog under construction :)


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Rezeki



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Hai everyone. What's up you guys..? Hope you are doing fine. Amin. 

Aku percaya pada kata-kata "Rezeki ada di mana-mana". Sungguh aku sedar bahawa soal rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semua sudah ditentukan dari awal oleh Yang Maha Esa. Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita mahu. 

Dan sekiranya kita tidak diberikan apa yang kita mahu. Sedarlah bahawa ALLAH sentiasa akan memberikan apa yang kita perlukan.. INGAT lah kita ini hanya HAMBA..

Doa.
Usaha.
Tawakal.

Berbalik pada soal rezeki tadi. Mungkin sudah ditakdirkan rezeki aku bukan itu. Walaupun aku sudah berusaha sehabis baik, tapi tetap tertulis itu bukan rezeki aku. Redha. Ya itu yang aku perlu.. Sedih, muram, suram hari-hariku terubat bila aku berfikir bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk diriku...


Tetapi terkadang kata-kata nista dari mulut-mulut manusia durjana itu sudah cukup membuat hati ini remok, sompek, kemot dan berlubang. Hancur luluh hanya maha pencipta yang mengetahui. Mulut tempayan boleh aku plaster dan seal-kan. Jika ku turut rasa hati ini dah lama aku tangan-tangankan. Apakan daya, mulut manusia...Dipertanggungungjawabkan oleh mereka sendiri di akhirat kelak..!


Kenapa manusia suka bersuara pada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka..?
Kenapa perlu manusia merasa dengki dan iri hati? 
Kenapa perlu manusia mempersoalkan segala sesuatu tanpa ada usul periksa?
Kenapa tidak mereka mendahulukan otak sebelum lidah mereka menutur kata?


Bukan aku mengadu meminta simpati pada sesiapa. Aku yakin rezeki aku belum sampai. Ya, aku sudah tamat belajar. Ya, aku bakal bergraduasi dengan result yang biasa-biasa. Ya, aku masih belum berkerja. Ya, aku masih ditanggung keluarga. Ya, aku sedang berusaha! Rezeki aku ditangan yang Maha Kuasa. Kau tidak layak bersuara. Kau dipersilakan untuk diam.


Maaf, aku menulis hanya untuk ingatan diri sendiri sahaja. Doakan lah yang terbaik untuk diriku dan pasti aku juga mendoakan yang terbaik untuk dirimu. 

Yakinku setiap apa yang terjadi pasti punya hikmah tersendiri. Senyum.

p/s : aku yakin dengan KUN FA YAKUN mu itu. (^_____^)..  
 



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Kembali..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


KEMBALI.

Kemana aku menghilang selama ini usah lah engkau persoalkan. 
Apa yang aku lakukan selama aku tiada di alam maya..
Tidak perlulah engkau tanyakan. 
Bukan sengaja aku tinggal-tinggalkan.
Bukan sengaja aku lewat-lewatkan.

Sungguh!

Aku rindu kenangan yang berlalu itu.
Aku rindu memori itu.
Aku rindu hentak lanyak ketukan keyboard itu.
Namun aku tetap membiarkan segalanya.
Tanpa terlakar dimana-mana.

Sudah sudahlah..
Kerana apa yang penting...
Aku sudah kembali ada.

TITIK.


p/s : izinkan aku kembali mengenal dunia blog ini.. :)




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...