01 January 2012

..:: Aku Maafkan Kamu ::..



Assalamualaikum semua .. 


Aku maafkan kamu ..
Tak perlu kita bertemu ..
Cukup kau tahu ..
Yang aku ..
Maafkan kamu ..
Tolong teruskan hidup ..
Jangan sebut namaku ..



Aku maafkan kamu by Mr. Malique ft Jamal Abdillah.


video




Pertama kali telinga aku menangkap bait-bait puisi lagu ni.. Aku tahu maksud dan makna yang tersurat dan tersirat di dalam nya sangat tinggi.. Aku tertarik dengan nada puisinya yang sinis dan penuh sarkastik.. Menggunakan bahasa sastera yang indah namun penuh dengan isi..



Setiap orang punya pandangan dan pendapat yang tersendiri.. Dan tentunya pandangan setiap individu itu berbeza-beza.. Itulah yang di namakan  seni.. Terpegun aku dengan keindahan bahasa melayu kita, sastera milik kita.. Setiap manusia punya hak menilai sesuatu mengikut kefahaman mereka pada ketika itu dan aku juga tidak terkecuali ..



Padat dengan isi dan nilai… Itu jelah jawapan yang aku boleh berikan.. Dan bagi aku, karya ini sangat jujur dan tulus.. Terus terang semasa kali pertama aku dengar puisi ini, aku mendengar secara sambil lewa, just untuk suka-suka.. mendengar dengan telinga, namun tidak dihadam apa yang di dengar.. dan sudah tentunya aku akui, aku sendiri tak faham apa benda yang ingin disampaikan.. 



Kali kedua dan berulang-ulang kali aku mendengar bait-bait puisi ini, baru aku dapat tangkap maksud yang tersirat... dan kata-kata nya singgah terkena ke batang hidung aku sendiri.. Aduh!


“Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam,

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta”


Maafkan sahaja mereka yang suka menjatuhkan hukum tanpa usul periksa, memfitnah dan mengadu domba.. Persepsi, nilai dalam masyarakat, kasih sayang, taboo, kepercayaan dan adab dalam masyarakat kita.. tak akan pernah lari kerana ianya seakan menjadi budaya dalam masyarakat kita.. Melayu terutamanya.. Dan sudah semestinya Aku tetap akan maafkan kamu dan mereka.. kerana itu adalah pelajaran kita di atas dunia ini.. Hidup ini kan sementara, dan biar lah semua yang terjadi dalam hidup ini.. kerana hanya yang maha kuasa dapat menentukan pengakhiran cerita kita... --->"Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.. Ternyata kamu lebih suci dari apa yang aku bayangkan" ... <---


My fav verse...

"Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa"

&

"Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya"

.. Tabik Spring sama Mr Malique .. 


p/s : sila dengar lagu ini, dan nilaikan mengikut hati dan otak kau orang sendiri..


p/s : hanya selepas kau dengar dan hayati bait kata lagu puisi dalam video diatas, baru kau akan mengerti apa yang aku cuba sampaikan dalam entry ini...


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

2 Respond Chill-lah....:

NuRuL sHaFiKaH said...

berhenti berehat jp...nk ikot sy lps neyh??jum2..nk gerak dh neyh..
btw like jugak lagu ni..

Siti NuruL Ain said...

@NuRuL sHaFiKaH: wah, seronok buat blog saya jadi RnR ye...hehe...nak ikot.........:)


btw, lagu nie mmg sedap.. salute to mr.malique...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...