06 January 2012

.Aku dan Cita - cita.



Assalamualaikum ...


Aku yakin dan percaya, semua orang punya cita-cita.. Kalau kau tanya aku, apa cita-cita aku sekarang, aku hanya boleh angkat bahu, geleng kepala.. Bukan tak ada, tapi aku lebih suka diam-diamkan aje.. heheh! bajet je kan.. Tapi aku masih ingat, semasa kecilku dulu.. Aku adalah budak comel yang penuh dengan cita-cita...


Aku ingat lagi masa aku darjah tiga.. Dekat belakang class aku tu ada sudut membaca.. Masa tu cikgu-cikgu memang akan pastikan ada bahan bacaan diletak kat rak belakang class.. paling banyak majalah-majalah ilmiah yang sesuai dengan level kami lah masa tu.. Darjah 3 kot, what do you expect? Takkan cikgu nak letak majalah remaja pulak kan...


Dan disebabkan aku masa kecik-kecik dulu aku kurang kawan, so aku memang rajin la, baca majalah yang ada kat situ.. Dan aku terbaca satu majalah berkaitan dengan sains.. Aku baca dengan penuh minat dan pada hari itulah aku mengetahui apa itu "astronomi" - ilmu kaji bintang... Tup-tup dalam kepala aku dan set dah...."Dah besar nanti aku nak jadi scientist" .. Haa kau... 


Subhanallah.. cantik kan ciptaan-Nya

Aku punya consistency dengan cita-cita aku nie sampai la aku tingkatan 3 tau.. Masa tu, aku dengan confident level yang tinggi, dengan lantang bersuara akan jawab "Saya Nak Jadi Saintis" if ada cikgu tanya aku, apa cita-cita aku.. Bila aku masuk je form 4.. Duduk dalam class sains tulen.. Belajar kimia, fizik segala... Impian dan cita-cita aku menjadi semakin pudar... Oh tidakkk!!


Aku memang bengong sikit bab kira-kira, dan aku lemah fizik.. Macam mana nak jadi saintis kalau fizik and maths bengap? So, aku terpaksa lupakan cita-cita aku untuk menjadi seorang astronomist..*sigh*... Dan bermula dari saat itulah aku tidak lagi punya cita-cita ..  


Bila result SPM aku tak berapa nak cemerlang.. Aku jadi insan yang langsung tak percaya pada cita-cita.. Masa tu, aku redha je.. Just let the time yang tentukan apa yang bakal jadi.. Aku just ikotkan saja..Aku masuk form 6.. Dari sana, aku tau.. aku suka akan sejarah dan sastera.. dua fav subject aku walaupun orang kata sejarah boring, susah, banyak fakta bla bla bla...


Tapi aku kuatkan tekad dan azam.. aku memang pulun habis sejarah dan sastera.. Sebab masa tu impian aku, aku akan apply something about history masa nak masuk Uni.. cita-cita aku yang suci dan murni masa tu nak jadi seorang archeologist.. Digging somewhere to find your ancestors' skull.. Haha...


Yeah, archeologist !
 

Tapi perancangan aku tak sama dengan perancangan tuhan.. Aku tak dapat pun nak kejar cita-cita yang satu ni.. Sebab bila aku masuk Uni.. Aku dalam bidang Business & Entrepreneurship.. Lari tajuk terus.. Sekarang aku dah sem last, lebih kurang 3 tahun setengah aku belajar.. Bohonglah kalau aku kata tak ada intention langsung nak jadi Entrepreneur kan? 


Insyallah, aku teringin menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.. Doakan ye.. Buat masa ini, entahlah, yang aku boleh kata.. bialah masa yang menentukan masa depan aku.. Usaha kena ada.. dan perlu dilipatganda.. Aku doakan kalian juga berjaya dengan cita-cita.. Pokok pangkalnya, Jangan Cepat Putus Asa! 


p/s: kalau kau tanya aku, apa cita-cita aku yang paling consistent.. Aku jawab..
"Aku ingin menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat" ..
Insyallah..

Jumpa lagi .. Daa...(^____^)



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

6 Respond Chill-lah....:

a loqman said...

singgah tgh hari

Miss Nadya said...

semoga berjaya...amin..:)

p/s :: thanks for the wish dear.;)
Insyaallah ada rezeki tu nti..:)

dear yayah said...

same2.. time kecik2 semangat je sume mende.. bila dh besar, just go with the flow ^^

Siti NuruL Ain said...

@a loqman: terima kasih sudi singgah...insyallah akan datang kepada anda...:)

Siti NuruL Ain said...

@Miss Nadya: Insyallah..amin..:) tulah kan, insyallah if ada reeki, dapat lah...:)

Siti NuruL Ain said...

@dear yayah: hehe...kan3? tapi tulah, kena plan jugak, walaupon yang jadi tak ikot plan... hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...