21 October 2012

Currently..



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |

Hi guys, what's up? Hope you all doing fine okayh ..:) Currently reading The fault in our stars by John Green. 
A very good book by John Green 

I've already finished this book about a week ago and currently I am re-reading this book. This book was an amazing read. I enjoyed it so much. It is so heart-wrenching, poetic, poignant and I don't know, I can't explain how I feel..Just read it..!

It is a story about cancer survivors and gahh, my heart felt heavy at the end of this book. There are some sentences that made me laugh, some sentences that made me want to write down all the quote and there are some part/phrased that can made me cry like a baby (exaggerate much)...

Anyway, just read this book, do it now! Haha.. I feel like I want to read more and more books by John Green. Hopefully before end of this year..:)

p/s : I like Hazel & Augustus...



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

20 October 2012

Terbiar itu manis..



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


 Sunyi sopi tak do orang, apo nak dikato~~

Sunyi, terbiar, sepi...
Hilang seri tiada lagi memori terpatri..
Sungguh. Sungguh aku benci..
Terbiar...



Hi semua.. blog ni memang asalnya ceria.. Mampat cerita itu ini sana sini.. Tapi sekarang dah terbiar.. Adoi, harap ada lagi la sinar bahagia dalam blog ni.. Anyway, banyak perkara yang berlaku semenjak senyap dari menaip ni.. But, the past is the past.. So, straight for the brighter future jela ok you oll..:)


Reason dia mudah je. Dulu student, so memang banyak masa nak update blog.. sekarang ni dah tak jadi student dah.. saya nak umumkan bahawa saya sudah bergraduasi.. so time to job hunting.. *Adoi tepokdahi*


Nampak macam tak ikhlas senyum..tapi percayalah.. Itulah senyuman terikhlas :)

With Cik Wana

Pagi-pagi sampai UUM dari NS.. With my parent and 1st Bro


With my banker.. My big boz aka my Ayah. Pengorbanan yg tak mungkin aku boleh balas. Tq ayah :)

Yeah dah graduates! Oh itu 2nd bro..:)

Alhamdulillah. Tamat sudah episod pertama. Mungkin ada episod seterusnya, mungkin tidak. Kita hanya merancang.. But I really hope that I can be a student back after this. Insyallah.. 


So congraduations to my fellow friends, BBA batch 2008/2009, Eon's girls (Lin, fini, farah, wana, naa, linda, sheila, salia) and penghuni DPP Eon yang lain.. Mr. Shah Azmal & Fara.. And Also Mr. Azran.. :) 


Ok gazillion thanks buat family, mak ayah, kawan-kawan dan semua lah sekali senang cerita.. Insyallah ada masa jumpa la kita semua.. Ukhwah fillah.. Till then.. Daa...



p/s : next step....nak cari kayu, nak cari kayu~~ ..




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

22 September 2012

Langkah pertama itu..



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Dulu..

Setiap kali kaki melangkah untuk pergi membeli belah.. Pastinya pakaian kegemaran yang dicari bersaiz S or Xs or Xxs. Kalau boleh lagi kecik lagi bagus.. super skinny, super tight, super singkat, sendat, ketat!..  Bila pandang butik tudung, jeling-jeling mata tu. Sikit hati pon tak ada nak singgah, pandang apatah lagi.. Dalam hati sumpah seranah..

Selang beberapa bulan..

Masuk kedai baju.. belek-belek baju berlengan panjang. Alasan ketika itu, cuaca panas kulit cepat gelap.. Bila pakai baju lengan panjang kulit tak cepat gelap. Dan mula mencari baju bersaiz M. yang besar sikit and longgar sikit, muat-muat.. Alasan sebab taknak berpeluh melekat kat baju. Malu katanya... Bangga sangat la kononnya ramai mata-mata rambang memerhati..
 
Beberapa bulan berlalu..
 
Selesa pakai baju longgar and berlengan panjang. Tak panas rupanya and melindungi kulit. Wah, putih sudah kulit aku. Tapi kenapa rambut ni makin lama makin kering. Masa tu, giat la mencari petua dan punca kenapa. Oh matahari rupanya. Cara yang paling elok adalah dengan melindungi rambot dari terkena cahaya matahari berlebihan..

Nak pakai tudung masa tu? Nantilah.......
 
Pandang butik tudung, nampak shawl warna warni macam pelangi.. Mata mula rasa tertarik, hati mula rasa suka. Wah banyak betol pilihan tudung, gaya style pon macam-macam.. Dan di setiap kali itulah tangan mula merayap, menyentuh dan merasa setiap fabrik tudung yang ada..Tetapi scaft dan topi yang menjadi pilihan.. Hok oloh, Amareka mu!


Kemudian..

Terbit rasa rendah diri dalam hati. Dalam jiwa. Kosong. Perasaan yang mana bila terpandang muka di biasan cermin, hati memberitahu akal.. Segalanya tak kena.. Kenapa rambut begitu, kenapa muka begini, kenapa baju tak menarik, kenapa kasut capuk.. kenapa? kenapa? kenapa? Down.....


Di ketika itu juga..

Helaian tudung lama dibelek. Singgah ke kepala, lalu digayakan. Eh, it is better this way. Oh tak la panas mana pon. Kaki digagahkan melangkah di hadapan khalayak. Teguran pertama, ayu kau begini.. teruskanlah.. langkah ku teruskan dengan yakin!


Kini..

Saiz pilihan L and onwards.. Super longgar, super labuh, super loose, super lebar dan yang sama waktu dengannya. Aku bisa melangkah dengan yakin dan bangga. Tiada mata-mata jahat yang memerhati. Tiada kata-kata fitnah dan nista sampai ke telinga.. Hanya iringan doa dan restu dari mereka yang berhati mulia. 

Assalamualaikum :)


Jiwa muda ku mula terisi. Segala nampak jelas. Segalanya dipermudahkan. Hanya dengan satu langkah kecil itu, satu tindakan kecil itu, menjadikan aku seperti hari ini...  



            ==================================================


Alhamdulillah. Cerita di atas adalah cerita aku. Kepada kawan-kawan yang ingin berubah. Teruskan lah perjuangan anda. Mulakan dengan langkah pertama itu. Lambat dan sedikit tidak mengapa. Tapi janganlah terlalu lambat dan janganlah terlalu sedikit. 

Mulakan dengan langkah pertama itu. Tutup la yang mana perlu. Sedikit sedikit, dan sentiasa berdoa untuk jadi yang lebih baik. Kalau hati rasa nak berubah, jangan ditunggu dan dinanti. Syaitan sentiasa bergayut ditelinga menghasut. Niat yang baik, disertakan dengan doa yang baik, di pengakhirannya pasti baik..

Kepada masyarakat, tolonglah.... Tolonglah sentiasa positif dan membina. Jangan kerana seseorang itu hendak berubah, kau hentam dengan kata-kata hina. Siapa kau berhak berkata demikian..? Hari ini dia begitu.. mana tau hari esok dia begini.. Husnuzzon pada orang sekeliling kita..  



Nota kaki:

Ada diantara kawan yang bertanya..macam mana aku boleh berubah? Insyallah akan aku ceritakan jika mendapat keizinan Allah. Sebenarnya ada cerita yang sangat menyentuh hati aku bila aku berkeinginan untuk menutup aurat dengan sempurna, belajar agama dan mendekati yang maha esa.. Insyallah.............


p/s : pakaian mencerminkan diri kita :)



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

13 September 2012

Geli


 
| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Hai semua.. harap sihat-sihat jela ye korang.. 

G.E.L.I

Sebenarnya aku geli sikit la tengok blog aku ni. Bajet comel je nak ade rama-rama kecik kat background blog. Pastu kaler-kaler pink-pink ade bunga-bunga bagai. Tambah pulak header kartun-kartun dengan tagline yang bajet sweet comey lotey. HAHAHAHA. Geli weh geli! 

Jelly much? HAHAHAHA

Ada juga yang puji-puji suka blog ini comel katanya. Terima kasih. Terjongket-jongket suka lah hendaknya hati beta ini. Bukan aku tidak suka tahap kecomelan blog aku sekarang ni..[comel ke?] just---just aku rasa, aku nak sesuatu yang baru. Sesuatu yang kena dengan aku. Ngam dengan jiwa aku. Huh! Nak nampak mature katanya.


For your info, aku buat blog ni pon masa aku tengah study dulu. Well masa tu memang agak rajin la nak change layout/background and template blog nie. Sekarang ni bukan aku malas, cuma aku dah tak reti la.. Sungguh! Serius aku dah lupa nak buat tu semua. Bermain dengan coding sana sini. Memang aku kena study balik semula la gamaknya.


Nak hire orang buat kan, aku rasa macam aku tak mampu. Ye walaupun rm10-rm50, aku belom mampu nak keluarkan duit sebanyak itu semata-mata memuaskan napsu mata aku menghadap blog kesayangan. Alah 10 hengget pon berkira? Ye, itu sepuloh hengget kau. sepuloh hengget aku? aku masih belum mampu..:(


So, just nak bagitau la kat awak-awak semua. Saya tengah belajar buat blog semula. So kalau blog ni ada senget-benget, hitam putih, sompak-sompek, buruk-huduh dan tak kena dengan jiwa awak-awak. MAAF. Jika ada yang sudi bantu sebarang dua, beta junjung mulia jasa baik mu itu.. HAHAHA.


Ok pause...


p/s : blog under construction :)


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Rezeki



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Hai everyone. What's up you guys..? Hope you are doing fine. Amin. 

Aku percaya pada kata-kata "Rezeki ada di mana-mana". Sungguh aku sedar bahawa soal rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semua sudah ditentukan dari awal oleh Yang Maha Esa. Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita mahu. 

Dan sekiranya kita tidak diberikan apa yang kita mahu. Sedarlah bahawa ALLAH sentiasa akan memberikan apa yang kita perlukan.. INGAT lah kita ini hanya HAMBA..

Doa.
Usaha.
Tawakal.

Berbalik pada soal rezeki tadi. Mungkin sudah ditakdirkan rezeki aku bukan itu. Walaupun aku sudah berusaha sehabis baik, tapi tetap tertulis itu bukan rezeki aku. Redha. Ya itu yang aku perlu.. Sedih, muram, suram hari-hariku terubat bila aku berfikir bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk diriku...


Tetapi terkadang kata-kata nista dari mulut-mulut manusia durjana itu sudah cukup membuat hati ini remok, sompek, kemot dan berlubang. Hancur luluh hanya maha pencipta yang mengetahui. Mulut tempayan boleh aku plaster dan seal-kan. Jika ku turut rasa hati ini dah lama aku tangan-tangankan. Apakan daya, mulut manusia...Dipertanggungungjawabkan oleh mereka sendiri di akhirat kelak..!


Kenapa manusia suka bersuara pada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka..?
Kenapa perlu manusia merasa dengki dan iri hati? 
Kenapa perlu manusia mempersoalkan segala sesuatu tanpa ada usul periksa?
Kenapa tidak mereka mendahulukan otak sebelum lidah mereka menutur kata?


Bukan aku mengadu meminta simpati pada sesiapa. Aku yakin rezeki aku belum sampai. Ya, aku sudah tamat belajar. Ya, aku bakal bergraduasi dengan result yang biasa-biasa. Ya, aku masih belum berkerja. Ya, aku masih ditanggung keluarga. Ya, aku sedang berusaha! Rezeki aku ditangan yang Maha Kuasa. Kau tidak layak bersuara. Kau dipersilakan untuk diam.


Maaf, aku menulis hanya untuk ingatan diri sendiri sahaja. Doakan lah yang terbaik untuk diriku dan pasti aku juga mendoakan yang terbaik untuk dirimu. 

Yakinku setiap apa yang terjadi pasti punya hikmah tersendiri. Senyum.

p/s : aku yakin dengan KUN FA YAKUN mu itu. (^_____^)..  
 



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Kembali..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


KEMBALI.

Kemana aku menghilang selama ini usah lah engkau persoalkan. 
Apa yang aku lakukan selama aku tiada di alam maya..
Tidak perlulah engkau tanyakan. 
Bukan sengaja aku tinggal-tinggalkan.
Bukan sengaja aku lewat-lewatkan.

Sungguh!

Aku rindu kenangan yang berlalu itu.
Aku rindu memori itu.
Aku rindu hentak lanyak ketukan keyboard itu.
Namun aku tetap membiarkan segalanya.
Tanpa terlakar dimana-mana.

Sudah sudahlah..
Kerana apa yang penting...
Aku sudah kembali ada.

TITIK.


p/s : izinkan aku kembali mengenal dunia blog ini.. :)




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

18 August 2012

Salam Lebaran Semuaa...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kepada semua rakan-rakan saya yang mengenali di kampung, di facebook, di universiti, di sekolah dan di dalam dunia blog ini.. Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa, tersalah bicara atau perbuatan ataupun perkara yang menyakitkan hati kalian.. Ampun dan maaf dipinta..

[ picture source : google ]


Aku ada special request dari someone yang minta aku bagi ucapan raya ke beliau.. dia request kat facebook, tapi aku jenis yang malas nak post kat facebook sebab.........aku sendiri tak tau kenapa.. lama sudah aku tak post ape-ape kat wall facebook aku tuh..


So kepada beliau tersayang...

Saya mohon maaf if saya ade buat salah dan silap..

Saya tau saya memang banyak sakitkan hati awak..(byk sgt kan?)

Di hari baik bulan baik ini... 

Saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..

Dan saya mendoakan awak bahagia di samping keluarga tersayang pada hari raya ini..

Selamat hari raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..

I miss you...muahhh..hehe :)



 Anyway.. salam lebaran untuk seluruh umat islam di seluruh dunia.. Minal Aidil Walfaizin...



p/s : beliau = Azran.. :)




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

12 August 2012

Short Nap



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Maaf kalian.. lama aku tak update apa2 di sini.. 

kira macam aku puasa dari berblog sekejap.. 

macam2 bermain dalam minda..

namun tak terluah jugak...

akan update soon maybe on raya,,,

come on..10 hari terakhir ramadan.. ayoh!


p/s : selamat beribadat kalian.. See you on Raya.:)




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

25 July 2012

Journal Ramadan - Hari Ke-4



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Alhamdulillah.. Selesai sudah mengerjakan ibadah terawih untuk malam yang kelima. Syukur sangat sebab Allah panjang kan usia aku, sihatkan tubuh badan aku dan ramadan kali ini cuaca agak redup-redup je.. Alhamdulillah..:)


Aku terlupa nak update entry semalam.. Memang aku dah ye ye sangat dah nak taip, pastu aku online sana, online sini terus lupa. Idea pon hilang xD .. Sementara idea aku mencurah-curah nie, baik aku tulis selagi mampu..


Semalam macam biasa pergi masjid, ada imam jemputan. Masyallah merdu sangat suara imam tu bila baca surah-surah. Terasa macam eh dah 13 rakaat ke? (masjid tempat aku buat 10 rakaat saje plus witir 3 rakaat).. tak puas plak rasanya, seronok sangat.. And rasa syahdu sangat bila imam tu baca doa dalam bahasa melayu sambil berlagu.. Terasa kerdil sangat bila minta keampunan dari Allah.. Tak sedar bercucuran air mata.. :'(


Just aku nak tegur sikit lah.. A few days back, masa tu kan first and second day puasa. So masjid memang penuh. Sebab weekend and ramai anak-anak balik kampung kan.. And dalam tengah cuba mencari kekusyukan dalam solat tu.. Ada plak ntah mana datang bunyi talipon lagu ntah ape-ape dalam masjid..  


Hello?? Nak pergi masjid pon nak bawak phone ke?? 
  
 
Ok, aku paham if orang2 yang bawa talipon ke masjid ni untuk tujuan keselamatan, or senang nak col anak suruh jemput bila dah sudah terawih or dia baca Al-Quran/Zikir dalam phone.. Tu memang aku boleh consider la kan,, TAPI.................


Bila orang solat, talipon berbunyi betul2 menggangu konsentrasi.. silent kan la phone tuh dulu kok ye pon.. ni tidak.. berbunyi-bunyi la gamaknya sepanjang solat..kalau sekejap tak ape...lama plak tu.. Hilang dah focus aku and jemaah yang lain.. And lagi satu, if ringtone dia lagu aku tak tau xpe la jugak.. Nasib baik bulan ramadan.... Sabor jela... 


picture source : google

p/s : so macam mana dengan puasa korang setakat nie? Ok?



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

24 July 2012

Day 02 - How you got your tumblr/blog name



| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh |


Day 02 - How you got your tumblr/blog name




My blog name is Belog Si Nurul Aieen.. The Url of my blog is http://belog-sn-aieen.blogspot.com

Actually, I didn't know why I put "belog" at the front of it, I think maybe because I just want to. 

The "sn" is stand for Siti Nurul which is my first and middle name..:)

"Aieen" is my name.. hehe.. but the gedix one lah.. the real spelling of it is just Ain.

Hye, I'm Si Nurul Aieen..:) 

So that's is how I got my blog's name. They are simply taken form my name..

Oh by the way, I also got tumblr but unfortunately I forgot the password.. LOL..

I think I'm getting old.


p/s : how about yours? till then..babai



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

22 July 2012

Day 01 - Photo of you along with ten facts



| Assalamualaikum lovelies..|

I am ready to start the 30 day challenges and today is the first day.At last I have something to post on my blog and I am happy with it. Hooreey :) Oh! okay right, stop mumbling and here we go :

Day 01 - Photo of you along with ten facts



1. I have challenged myself to read more books nowadays.There a lot of book that I bought but didn’t have time or not in the mood to read *gah*!

2. My favorite color is Purple, but I think right now I am more to Green because it is just the most beautiful thing in the world and it makes me happy.Plus my baju kurung raya this year is Green.Yeehooww.. 
 
3. Love island so much! Fall in love with the sea, the sand, the beach, the sunset view, Subhanallah.I really love to live in an Island.Malaysia got so many beautiful island and I really wanted to go to Sabah and Pulau Redang.

4. I am just finish my study and right now I am jobless.Will graduate on this coming October 2012.Insyallah and Oh! I am Universiti Utara Malaysia (UUM) student.You know what,I am very nervous because my practicum’s result will come out on 26 July 2012 at 3 pm.Oh, I am so afraid.. 

5. Very simple person and love simple thing but sometime I can be very complicated.

6. I want to travel all over the world with my best mates.

7. Addicted to online window shopping. Just want to see current fashion but I am not a fashionista. :)

8. Oh I am the only daughter in my family and I am very cute (exaggerate much huh!)
 
9. When it turn to say something random about myself, I suddenly blank because I don't know how to explain myself to all. Whether I am gonna say about the good side of me or the bad side of me. hurmm...

10. Last but not least, I am proud to be Muslim and I hope that I can be better Muslimah. Ameen.


Finally, I managed to do it. It's so random but awesome..So yeah, that is ten random fact of me. How about you guys?

p/s : Have a nice day ahead :)


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Journal Ramadan - 2nd Day..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Alhamdulillah.. Selesai sudah sahur untuk hari yang kedua sahur nie.. Macam semalam aku sahur sikit je sebab belum ade feel nak makan pagi-pagi and then I end up to be very tired at the evening. Dalam pukul 5 petang tu dah rasa macam penat sangat pulak.


So for the second day nie, aku macam semangat sikit lah nak makan sahur banyak sikit. Sebab aku tak mau lah macam letih gila time nak petang-petang nanti. Disebabkan petang-petang aku kena kandangkan lembu and sometime lembu-lembu tu jalan jauh.. Ponek den nak halau balik masuk kandang. 


Malam tadi punya terawih superb kot aku rasa. Penuh sangat masjid, rasa macam kecik plak masjid kat kampung aku nie.. Subhanallah.. Tapi ramai yang datang tu muka-muka yang aku tak kenal. Almaklum lah kan, ramai yang balik kampung sebab nak berpuasa dengan mak ayah datuk nenek and sanak saudara la katakan..hehee


Sila amalkan. Amat Mudah!

How to complete the Al-Quran in 30 days for Ramadan? Just follow the picture above and Insyallah you can do it.  I've been practicing it, so will you okay? Pahala berganda tau? Indah sangat bulan Ramadhan dan kali ni aku berharap dan berdoa agar ditetapkan iman untuk kerjakan Rukun Islam yang ketiga ini dengan sempurna.. Ayuh! :)


p/s : I love Islam..:)



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Lets do - 30 Day Challenges !



Assalamualaikum lovelies...


I don't know where I got this 30 day challenges tagged because it is so long ago, but only now I have a feeling that I want to do it. Yeah. Why now dear Aieen? Why? Ok, I'm running out of ideas to blog. haha. Actually, I've lot to say, but when it turn to writing style - I'm lost.. 

A little bit guidance will be nice I think.. *smile-with-wink-wink*...

So below are the topics that we need to blog about.. 

Day 01 - Photo of you along with ten facts
Day 02 - How you got your tumblr/blog name
Day 03 - Hometown location and facts
Day 04 - Ten Places you want to visit
Day 05 - Favorite memory from childhood
Day 06 - Five favorite songs
Day 07 - Best job you ever had
Day 08 - Worst job you ever had
Day 09 - Best day of your life
Day 10 - Worst day of your life
Day 11 - A sport you love to watch/play
Day 12 - Anything you want to post about
Day 13 - Favorite season and why
Day 14 - Something you’re addicted to
Day 15 - Re-blog the first thing you see on your dashboard
Day 16 - What did you want to be as a child
Day 17 - Favorite genre of movies
Day 18 - Favorite class/school subject
Day 19 - Random fact about you
Day 20 - Five people you are happy with right now (no names)
Day 21 - Person you can’t live without
Day 22 - Anything you want to post about
Day 23 - Five people you are annoyed with right now (no names)
Day 24 - If you could change your first name, what would you change it to
Day 25 - Favorite stores to buy clothes from
Day 26 - Favorite book
Day 27 - College you are attending or want to attend
Day 28 - Career goals
Day 29 - Ten life goals
Day 30 - Anything you want to post about


Will start the challenge tomorrow after sahur.. Right now mahu tidur dulu..


p/s : have fun ya'll... :)


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

21 July 2012

Ramadan Kareem



 Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh..


| Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna |
 | Agar dapat ku lalui dengan sempurna |


Alhamdulillah.. Masih dipanjangkan usia untuk berada dalam bulan Ramadan Al-Kareem. Bulan penuh barakah dan bulan untuk mengumpul pahala berganda. Alhamdulillah syukur, dapat juga aku bertaraweh untuk hari pertama malam tadi dan bangun sahur untuk hari pertama. Gembira tengok masjid penuh dengan muslimin dan muslimat...

 
Selamat Berpuasa Buat Muslimin dan Muslimat


Rasa sangat bersyukur ku dipertemukan dengan bulan ramadan ini.. Moga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang bulan rahmat ni, moga dapat mengerjakan ibadah dengan lebih khusyuk dan penuh dengan keimanan.. Ameen.. :)



Kau orang sahur tak pagi tadi? Dulu aku sikit punya liat nak bangun sahur.. Lebih-lebih lagi masa Uni life dulu.. Alasan ngantuk tahap gaban and dah supper before tidur.. Dan bila aku dah mula berubah ke arah kebaikan nie, terasa menyesal dulu-dulu tak bangun sahur sebab banyak kelebihan bagi sapa-sapa yang bangun sahur ni..



Bangun sahur ni sunat.. Tapi siapa2 yang bangun, dapat pahala lebih sikit, dapat keberkatan.. Itu sebenarnya yang kita mahu.. Keberkatan.. Senang-senang je dapat pahala kan, just bangun and makan.. Subhanallah... Lagi pula, masa sahur adalah masa yang mustajab untuk kita berdoa dan malaikat turut turun sama mendoakan dan mengamin kan doa kita.. Masyallah.. Indahnya bulan Ramadan ini kan??



| Banyakkan amalan, zikir, membaca Al-Quran, tarawih, tahajud dan jaga tuturkata dan perbuatan okay sahabat-sahabat sekalian.. Salam Ramadan..:) |



p/s : ada banyak aktiviti nak buat nie .. Akan update dari semasa ke semasa.. :)


As-salam..



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

14 July 2012

Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.



Assalamualaikum...


Lama sudah aku pendam rasa hati nie.. Like seriously, I just can't take it anymore.. I think it's time for me to express everything that I felt .. Terbeban kot bila terlalu lama simpan and bila tak terluahkan menjadi dendam.. Masyallah...


Ok, let's recap... I've just finished my practicum but I never told you guys, here in my blog about my experience doing my practicum there right? Why? Because I didn't want to remember about it at all.. It was like.... arrgghhhh... I'm really stress when I was there.. 


No, I'm not writing this down to get sympathy. Ada lah few juniors asking me about my practicum's experience. What I do, how I write my log book, my report and all. I think I better write it down here, so people would stop asking me the same question again and again, opening the wound every time I try to close it.



At first, everything went well.. I've got very good colleagues where we spent most of our time together. I can say that only the first month I am happy. The problem is not about the working condition or the colleagues there or even the work that I've done for the company... But the thing that ruin my life and my mood is.....THE BOSS...





I know they are the boss.. Both of them are good, very ambitious but in the same time they didn't know how to appreciate their employees well. I know they are the boss, tapi as a boss that doesn't means they can do anything they like.. Betol la... if you all nak keje dengan diorang, the first thing that you need is "KENA TAHAN MAKI".. Bila bos ade je kat office, suasana berubah jadi diam, stress, not fun, and semua berdoa supaya bos keluar pergi mana-mana that day.


When they are not coming to the office.. We feel so relieve..



Pernah ada satu masa I felt so depressed plus that day I've got my menses. It really suck I told you. And the boss made me feel very angry, moody and I hate him so much at that time.. I go out alone.. I told him I want to do marketing. Yes, I go out and see clients but then I drove my car and I lepak at the beach. I call my boyfie - Azran, and I cried.




I cried so hard that time and I keep shouting at the beach. I just don't care kerana hanya melihat ketenangan laut hati aku menjadi tenang. Rasa bersalah sebab aku marah orang lain, tapi my azran yang terima tempias, but then aku rasa sangat lega. I know I'm being a bit stupid here, but you have no idea how it feels when people push you so hard and expect that you will become like him.. And just because you are graduated from the same Uni as mine doesn't mean that you can bullied me.



One of my colleagues pernah cakap "Sepanjang hidup org, org tak pernah kene marah mcm kene marah kat office tau". And byk kali juga lah aku nampak dia menangis dekat office.. Tapi dia tabah and kuat.. dan mampu bertahan walaupun gaji sikit.. Salute!


Aku bukannya jenis yang tak boleh kena marah or kene tegur.. Boleh.. if aku ada buat silap, aku accept semua teguran and kritikan.. Tapi cara beliau menegur tu tak kena gaya kot. Teguran yang menjatuhkan sekaligus buat aku rasa sangat malu. I have heart and feeling. I have dignity. I never ever want to meet a person like you anymore.. When I am working with you I felt so sad, blue, unhappy, miserable, and depressed!




An just remember bro. Tak selamanya kita ada di atas.. Hanya ALLAH sahaja yang berada di atas dan wajib kita sembah. Maybe today I am your kuli. Next time I will be your boss mana tahu. Hidup nie macam roda... And I believe rezeki ada di mana-mana.. And I am so glad that I am not working with you anymore.. I am so so sorry...

We are just pieces of dandelion seed and wind will bring us to somewhere else

"People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you."


p/s : Alhamdulillah lega... dah, takmo tanya lagi ok..:)




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

12 July 2012

Separuh Jalan



Assalamualaikum...

Separuh Jalan...Ya itu aku..
Semua benda nak separuh-separuh ... Konon kau sikit, aku sikit.. baru adil katanya.. Huh! Sampai bila ?? 

Sekarang ni aku sering buat perkara separuh jalan..

Baca buku....separuh jalan.
Kemas rumah....separuh jalan.
Menjahit......separuh jalan.
Tengok movie.....separuh jalan.
Blogging...pun separuh jalan... 
(kalau enrty ni publish, means aku buat kasi habes kerja aku yang satu nie)..


Semua benda nak separuh jalan...apa pun tak jadi.. hish.. I need to focus.. I have to make sure in everything that I do, I must do it properly.. At least until it is done.. Semua perkara nak separuh-separuh... mana boleh jadi.. haih!


maybe one day... hosh!

Till then... See ya.. :)




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

11 July 2012

Luck is for you



Assalamualaikum...


Aku baru sahaja habis belajar.. Sudah habis praktikum dan sekarang hanya melepak di rumah menunggu result entah bila akan keluar.. 


Kerja? Belum hendak lagi rasa hati ini.. 
Malas? Bukan, cume aku mahu merehatkan diri.. 
Apa kau buat? Membantu dan meringankan tugas-tugas ibubapa aku di rumah sehingga aku convo october nanti.. Insyallah....


Lot of my friends got an offer to further in  Master study.. Congratulation friends.. I think I want to further ma study too.. Insyallah next year.. Pray for me yah.. Here, I just wanna say good luck to my best-friend for his practicum.. Do your best and learn as much as you can.. Stay calm and be patient.. Haha, I'm talking like good-good je kan? Well, my practicum experience is, I don't know...but I don't like it at all.. huhu...


For my friends, yang sedang practicum right now.. Good luck.. Ikhlaskan hati and cari lah sebanyak-banyak pengalaman dan ilmu sepanjang berada di tempat kerja kalian itu okay... 


Ramadhan is just around the corner.. I miss to be in the ramadhan month.. Panjangkan umurku untuk bersama-sama merasai nikmat bulan Ramadhan kali ini Ya ALLAH.. Ameen...


Till then.. Assalamualaikum.. Daa..


Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

07 July 2012

My best-friend is a guy and I love him ♥ !



Assalamualaikum...


Kawan, sahabat, teman whatever la kau orang gelarkan adalah seorang yang sentiasa ada dekat dengan kita, selalu mendengar masalah kita, sentiasa bersama kita saat susah atau senang.. No matter la kau orang nie macam mana sekalipun.. seorang kawan yang baik selalu ada bersama kau orang.. Betol tak ??



But for me, I am not very fortunate when it come to the term of friendship nie.. Why? I still can't tell you why.. Pengalaman di khianati oleh kawan baik sendiri buat aku lebih berhati-hati dalam soal memilih kawan..



Bohong la kalau aku kata aku tak punya kawan.. kawan-kawan aku ramai, tapi yang betol-betol rapat dengan aku terutamanya perempuan, I didn't have any!  :'( .. (maksud rapat disini - kau boleh nanges, pelok, cium, holding hand like a girlfriend)



Kawan gelak-gelak ramai kot.. Yela, aku bila jumpa dengan diorang, pot pet pot pet je memanjang.. And it just stop there... But yang truly care about me, or somebody that I can trust with my secret, be with me when I'm down.. Somebody that I can count with is a guy... Yes.. my best-friend is a guy...  


 
picture : google


Hai, meet my best-friend.. His name is Azran and he is my superb best-friend cum my everything.. He is very cute, very hot and very cool.. but the most importantly he is sooooooo funny and he make me falling in love with him over and over and over again... 


♥ Mr Azran ♥


Azran, I know I'm a little bit complicated, garang and suka marah-marah, pelik sebab time tengah happy tiba-tiba boleh moody, dan macam-macam lagi but no words could express my gratitude to you.. I know I said it too many times, but I just wanna say it here, how much I owe you for everything you've done for me. 



Thank you for all the times you've spent listening to my problems. Thank you for all the help you gave me, all the support, advice and guidance. Thank you for all the jokes you made that cheered me up, all the laughs and stupid things you said that made my days brighter and happier. 


picture : tumblr


 p/s : thank you so much azran sayang.. :)



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

04 July 2012

Oh ! It's a good books..




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hello everyone :) .. 


This entry is a long time coming, and I did want to do it a long time ago but I haven't got around into it yet.. So I thought this is the best time for me to write something more valuable (ahaks!) to my blog readers.. This is actually going to be a book related entry.. It is a book that I'm currently reading + the last book I read + the next book that I wanna read.. so yah, I'm so darn excited !! Let's begin....


1. The book that I'm currently reading....


Hold me closer Necromancer by Lish McBride..

Hold me closer necromancer is a very interesting book for me.. I'm really into it right now.. The cover is pretty cool aite? And I'm also enjoyed the titles.. I'm not sure if they're all songs or lyrics or quote whatsoever, but they're really fun. The book is spooky, a little bit violent, but in a funny way.. haha.. I'm totally recommend this book for you guys.. Awesome.. Can't wait to finish reading it!!
 
2. The last book I read....


Insurgent by Veronica Roth

I really like Divergent, which is the first book of Divergent Series.. It was very adventures, creative,fast paced, and absolutely fun. So for insurgent, I can't even explain my love about this book.. Insurgent literally picks up where Divergent leaves off and that’s why it is important that you read Divergent first because there is no recap in the book. Highly recommend this book to all of you who love dystopian novel...:) Overall... It's totally worth it!


3. The next books I wanna read...


  The Leviathan Trilogy by Scott Westerfeld
1. Leviathan
2. Behemoth
3. Goliath

I heard so many good things about this trilogy.. This is a historical fiction novel which is the genre that I loved most.. I didn't have enough time to read these book yet.. Hopefully I can read these book on ramadhan.. Insyallah... I borrow this book from my cousin, and she really enjoyed it so much.. So, I'm sure this book will not gonna disappoint me.. (o.O) ..


The Maze Runner by James Dashner
Everybody talk about this book.. Heard a lot of good thing about this series.. I haven't got time to read it yet..Probably I'll pick up this book later Insyallah.. Currently I've only got the first book, so maybe I will get the second book [the scorch trials] and the third book [the death cure] first before I read it.. hehee...


Eon by Alison Goodman

Very love the cover.. So pretty and cool and I adore strong female character in this book.. I've read the synopsis and I think I will gonna like it. 500 + pages????!!! Oh my oh my...!!That's a lot, I will need more time to read but it is fantasy and I love those because there’s not many out there. I think I might give it a try. =)



Ok darlings.. If you have suggestions or currently you are reading it with me.. do drop a comment in the box below.. Till then.. see ya in the next entry.. Chiou..:)


p/s : I need more times....:'(



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...