07 December 2011

Pelaburan Akhirat


Assalamualaikum sahabat sekalian..


Post ini sekadar renungan dan peringatan buat diri kita sendiri dan seluruh umat masyarakat.. tak perlu lah kita nak kedekut dan bakhil dengan harta yang kita ada.. kerana harta itu bukan milik kita.. Rezeki datangnya dari Allah.. Oleh itu, bersedekahlah.. walaupun sedikit... ianya tetap dikira dan insyallah diberi ganjaran pahala oleh Allah.. Subahanallah... 
 
 
“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (al-Baqarah: 261)


“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (al-Munafiqun:10)
 
 
"Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana." (Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
 
 

P/s : sama-sama lah kita laburkan sebahagian dari harta kita untuk pelaburan akhirat.. jangan ingat nak labur saham je...(^___^)


p/s : tangan yang memberi tu kan lagi baik dari yang menerima..

 

Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

2 Respond Chill-lah....:

Nelly The Strange said...

Nelly suka entry ni . .
Betul . Tangan yang memberi lebih baik dari menerima .
sebab kita memeberi , dapat pahala !
:)

Siti NuruL Ain said...

@Nelly The Strange: betol tu nelly.. cube bace ayat al-baqarah:261 kat atas tuh..bagi seposen je, tapi lipatgandanya byk..kan?

lagi byk sedekah..lagi kaya diri kita..tak caye cube try test..hehe..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...