18 December 2011

Mana Milik kita?



Assalamualaikum sahabat blog sekalian.... 


Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorang juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata, sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberikita sejuta rasa, marah, sedih, merana, gembira, sayang dan rindu. Namun, mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah. Biarpun hadirnya hanya seketika dan meninggalkan luka. Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana dengannya kita mampu untuk belajar erti Kasih Sayang.

Mencintai Seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali jika Allah menjadikan dia untuk kau miliki, atau Allah akan mnggantikannya dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN menjadi hak kita. Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu..- credit to Herni status on FB -


Aku setuju !! Semua orang ada hak untuk bercinta, berkasih-sayang.. Aku pernah berjumpa dengan orang yang salah.. namun aku masih berterima kasih kepadanya kerana mengajar aku erti sebuah hubungan.. Belajar dari kesilapan.. yess! itulah yang sebaik-baiknya.. Proses kematangan bukan diukur dari segi usia.. tapi sejauh mana kita belajar dari kesilapan dan pengalaman..


Kini aku sudah menginjak usia.. Tahap dan gaya pemikiran juga semakin seiring.. Namun aku juga manusia yang tidak pernah lari dari malakukan kesilapan.. Aku cuba belajar untuk bersyukur.. Semua yang berlaku atas ketetapan-NYA.. Yang perlu aku lakukan hanya berdoa... Ya Allah.. moga si dia sekarang menjadi Jodoh ku.. menjadi milik ku..halal bagiku.. Amin.. (^__^)


p/s : the best relationship is when you two can act like lovers and best friends



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...