10 December 2011

Cerita Telinga dan Mulut



Assalamualaikum all the beautiful peoples..


Kita diberi DUA telinga untuk mendengar.. dan hanya SATU mulut untuk berkata-kata.. Kenapa? Pasti disetiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.. Dua telinga yang dianugerahkan kepada kita adalah untuk kita melebihkan mendengar.. Satu mulut yang di berikan kepada kita bermakna supaya kita lebih baik berdiam dari bercakap perkara yang bukan-bukan..






Ramai di antara kita yang TIDAK mempunyai kemahiran mendengar dengan baik.. Tak terkecuali diri saya sendiri -.- .. Pasti kau orang kata "dah ade telinga tu dengar jelah, buat ape nak ade kemahiran bagai?" Siapa kata? 


Mendengar juga memerlukan kemahiran.. With a good listening skills, kau orang boleh sentiasa fokus.. Ilmu akan masuk ke dalam otak dengan mudah.. Kebiasaanya orang yang lebih banyak mendengar dari bercakap adalah orang yang berjaya.. From now on, I will always try to listen to someone point of view..(*__*)..





 Mulut! Semua manusia ada mulut.. bermacam-macam rupa dan bentuk.. dan daripada mulut lah kita mendapat kawan, kita dapat menyampaikan suruhan, larangan dan ilmu.. Daripada mulut juga kita mendapat lawan, berkelahi, bertekak dan saling bermusuhan...



Better we zipped our mouth and say what we are supposed to say only!


Lidah itu lembut, tidak bertulang.. tapi ketajaman lidah itu seperti bilah mata pedang.. bila lidah mula berkata-kata.. Ada kalanya perkataan itu bisa menusuk ke dalam hati dan menikam-nikam jantung.. Sekali kita berkata sesuatu yang menyakitkan hati.. seumur hidup ianya akan dikenang.. berhati-hatilah dengan lidah.. jangan kerana lidah, hidup kita musnah...


Ini daun lidah buaya, bukan lidah manusia..


Saya kurang bercakap kini.. Sekiranya ada perkara yang hendak di perkatakan, pasti saya akan bersuara.. Namun sekiranya ianya adalah sampah dan sia-sia.. Mendengar itu adalah lebih baik dari berkata-kata.. Tak mau lah aku di cop mulut puaka! Cukup-cukuplah pengalaman yang banyak mematangkan fikiran..(^____^)...


What is the secret we can get along with everybody, and nobody will hates you?
It is simple and easy darling.. 

Just listen! 


 Because nobody hates a listener! 



p/s :  I speak through this blog, I know people will judge me by what I've wrote here.. but I don't mind actually, you have your right too by commenting to this entry.. And I will always be your good listener by replying your comments..hehee



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

2 Respond Chill-lah....:

Nelly The Strange said...

semua orang tak sempurna ...
ada kelebihan , ada kekurangan
:)

Siti NuruL Ain said...

@Nelly The Strange: yup..betol3...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...