30 November 2011

Sungguh Bertuah Sekali Diriku...



Sesekali aku tertanya-tanya ketika segalanya tidak kena,
Apakah Tuhan telah melupakan aku dan meninggalkan aku sendiri?


Lalu aku mengingati,
Semasa segala dugaaan dan derita,
DIA selalu bersamaku,
Oh! Sungguh bertuah sekali diriku...



Aku memohon Tuhan KEKUATAN, 
Agar mampu untuk aku mencapai KEJAYAAN,
Aku dijadikan NYA LEMAH, 
Agar aku mentaati dengan RENDAH DIRI...



Aku memohon KESIHATAN, 
Agar aku mampu lakukan PERKARA BESAR,
Aku dikurniakan NYA KERENGSAAN, 
Agar aku mampu melakukan PERKARA BAIK...



Aku memohon KEKAYAAN, 
Agar aku BAHAGIA,
Aku dikurniakan NYA KEMISKINAN,
Agar aku BIJAKSANA...



Aku memohon KUASA,
Agar aku dihamburi PUJIAN INSAN,
Aku dikurniakan NYA KELEMAHAN,
Agar ku rasai perlunya TUHAN...



Aku memohon SEGALANYA, 
Agar mampu untuk ku NIKMATI kehidupan,
Tidak ku peroleh apa pun yang aku pinta,
Tetapi segala yang aku HARAPKAN...



Dan walau begitu kejahilanku... 
DOA yang tidak aku lafazkan...
SEMUANYA DIMAKBULKAN...


DIA Selalu Bersamaku...


Sungguh bertuah sekali diriku....




p/s; bertuah dan bersyukur..


credit: BERANI GAGAL



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

6 Respond Chill-lah....:

sue perbs.. said...

ye.. bersyukur dngn anugerah ALLAH.. setiap yg berlaku pasti ada hikmah dsbaliknya

Siti NuruL Ain said...

@sue perbs..: ye betol3.. Allah tau apa yang terbaik untuk setiap umatnya..;)

annyss said...

thanks sebab post kan entry ni. :)
peringatan untuk diri sendiri.

Siti NuruL Ain said...

@annyss: alhamdulillah.. sharing is caring right..?

thanks for dropping by..;)

Nisa Greennnpanda said...

yup..kite mmg ptt b'syukur.. huk2..

btw, thanks sinngah my blog..dh follow sni.. ^_^

Siti NuruL Ain said...

@Nisa Greennnpanda: terima kasih follow blog picisan nie.. hehe..

moga sentiasa beringat yang kita sungguh bertuah..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...