26 November 2011

..::Sabar Cermin Keimanan::..



Assalamualaikum sahabat sekalian!



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Allah berfirman dalam hadis kudsi yang bermaksud, “Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.”
(Riwayat Bukhari)


Huraian Hadis: 

Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan  segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup. 


Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian ahli keluarga kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)


Sentiasa sabar menghadapi bala dan kesusahan kerana ganjarannya ialah dihapuskan dosa-dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.. Subhanallah..;).. Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, keimanannya akan diuji dan sekiranya berjaya menghadapi dugaan tersebut  ia akan mendapat balasan yang besar di dunia dan akhirat iaitu balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia..


Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak reda menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah..


Hanya ini sahaja nasihat yang dapat aku nukil kan buat sahabat baik aku yang mengalami dugaan dalam hidupnya..  Takziah Amie and Bangcik.. Aku tau kau tengah bersedih.. Baru je aku dimaklumkan berita gembira yang kau kini sudah berbadan dua..  Kandungan kau baru je berusia 2bln... Tak sabar rasanya aku nak jadi aunty.. Tapi kehendak ALLAH, tak siapa mampu nak halang....






Mungkin bukan rezeki kau untuk mendapat anak pada waktu sekarang.. Allah lebih sayang pada anak itu.. Ya, baby itu tak sempat nak melihat dunia.. Tapi dia sempat berada dalam kandungan kau... Bersabarlah.. kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. Rezeki kau kawen awal, dan kau masih muda.. Insyallah.. Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.. banyak kan bersabar ye sayang... Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau dan keluarga...



p/s; buat diri sendiri dan sesiapa yang baca juga.. semoga SABAR itu menjadi amalan kerana ianya adalah sebahagian dari IMAN..




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

2 Respond Chill-lah....:

Nelly The Strange said...

nelly setuju !! sabar separuhh drpd iman

Siti NuruL Ain said...

@Nelly The Strange: yes nelly.. senang bila melafazkan.. susah bila melakukan..

*same thing goes to me*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...