23 November 2011

Mengekalkan Adab Yang Mulia



Assalamualaikum sidang pembaca sekalian !


Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk mempamerkan serta mengekalkan akhlak yang mulia.. tak kiralah siapa pun diri kita nie.. orang kaya or miskin, semua sama sahaja.. Yang membezakan hanyalah IMAN dan TAQWA... Untuk megekalkan adab yang mulia nie ada macam-macam cara.. Antaranya adalah melalui perlakuan harian kita...



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan (Yarhamukallah). Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya...
(Riwayat al-Bukhari)


Huraian Hadis:

1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah laku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.



2.  Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.



3.  Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain...



4. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “Yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa Wayahdiikumullah”.



Ya ini merupakan suatu perkara yang kecil yang sering kita lupa terutamanya apabila kita menguap kan? menguap tak tutup mulut, after that berbunyi lak tu sambil cakap "arrrghh ngantuknyeee!".. Selalu kan terjadi.. *saya pun sama dua kali lima jugak*..  Ingatlah, Islam itu agama yang suci lagi lengkap.. So, start from now, kena lah ubah perangai yang tak elok tu ye.. 



p/s ; Sama-samalah kita berusaha mengekalkan adab yang mulia..;)

p/s ; peringatan untuk SAYA dan ANDA juga..(^___^)



Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

4 Respond Chill-lah....:

robowtasmara said...

paling menyampah kalau ade yang bersin tak tutup mulut hidung, lpas tu dekat2 muka orang pulak tu, haihh =="

Siti NuruL Ain said...

@robowtasmara : ha kann.. sebab tula kita kena ubah diri kita dulu..

menyampah juga dengan orang cam gitu..ish ish ish...;)

cik ika said...

sme2 la kite ye,,

Siti NuruL Ain said...

@cik ika: ye ini peringatan kita bersama..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...