20 May 2011

Tak payah nak Town sangat la der !



Assalamualaikum...




Entry ini adalah entry mengutuk.. So siapa-siapa yang makan cili, kalau rasa pedas sangat.. padan muka kau..! Tapi jangan lupa minum air plak.. Marah-marah aku pun still ada kesian lagi kau tau! Bagi yang tiada kaitan.. sila baca dengan minda yang terbuka okay ..Huh.. saya dah bagi warning awal-awal ni tau! 




Hurm, sebenarnya tak ada apa la sangat pun.. just geram je dengan minah + mamat nie... Sebelum tu, saya nak bagitau, saya orang kampung dan saya bangga berasal dari kampung.... Tapi bila ada manusia yang tak pandai nak menghargai asal usul nie yang boleh buek den hangin satu badan nie....




Kepada yang berkenaan..!


Kau kata, orang kampung tak cool, tak ada class, low standard... habis tu aku nak tanya kau.. kau tu bukan orang kampung ker? Mak bapak kau bukan ada kat kampung? Alahai, setakat baru tiga tahun kau belajar kat town tu... dah cakap orang kampung tak da class??




Duduk kampung tak ada kemajuan? Weyh.. Excuse me please... Aku rasa otak kau yang konon nya terlalu maju tu, makin dah terkebelakang dah aku tengok... Dress up kat kampung macam nak pergi clubbing.. Eh hello??? Macam orang gilo dah den tengok kau !




Eh aku dengki dengan kau? Tak kuasa aku beb, aku nie orang kampung beb.. sampai bila pun aku suka duduk kampung.. sampai bila pun aku suka balik kampung.. balik rumah aku.. Kau? Balik sebab nak mintak duit kat mak bapak kau.. tu kemajuan yang kau duk bangga-bangga kan tu? 




Duduk kat bandar seronok ada life.. kat kampung tak ada life.. Itu kata kau.. Apa life yang kau nak carik? Selama kau membesar kat kampung.. aku tengok gemok je engkau, makan pakai semua cukup.. Hidup jugak engkau sampai sekarang... Konon boring sangat la kat kampung tu yer?




Nie aku nak bagitau.. sekurang-kurangnya, duduk kat kampung dapat hirup udara segar.. tak tercemar dengan bau asap..aku rasa otak kau dah terlebih bau asap.. tu yang macam mereng.. bercakap ikot sedap mulut tu kan? Lagi satu, bila duduk kat kampung bebas nak jalan-jalan mana nak pergi.. tanpa ada ganguan psiko penyimbah asid macam kat KL sanun! Ke kau memang suka muka kau yang cantik + kacak tu kena simbah dengan asid?




Sebenarnya aku kesian tengok kau nie... kesian sangat... Kau kutuk kaw-kaw orang kampung.. Belagak gila nak mampus.. Aku just boleh cakap.. Nengoklah, tak lamo laie, mesti ekau balik motong gotah jugak la jang oi... Tak payah nak town sangat la der.....!!




p/s ; menyampah dengan bebudak yang tak ingat asal-usul nieh!




Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

2 Respond Chill-lah....:

Cik Azizah said...

tak pernah tgk aieen marah der...

cool dear! pedulik kan org kata..ape2 pon duk kampung mmg best!!

Siti NuruL Ain said...

@Cik Azizah: bukan marah..geram jer..


hehe...mmg la..tapi budak2 macam nie berlagak, kena kasi lada mulut dia tu.. goram den!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...