30 December 2010

Unpublished Cerpen Series - 3 - .."Cukuplah sekali"..


Cukuplah sekali….


Tipah (bukan nama sebenar)..seorang gadis yang sangat comel dan baik..beliau merupakan kenalan ku semasa sama-sama belajar di tingkatan enam.. beliau terkenal dengan perangai yang ala-ala rock kapaknya walaupon beliau kelihatan sangat-sangat ayu…Ayu weyh..tak tipu…


Selepas sahaja tamat tingkatan enam, masing-masing terpisah membawa haluan masing-masing.. Namun begitu tidak pernah pula kami melupakan antara satu sama lain..Selalu juga kami bermesej, berfesbuk dan berchating sama…. Pada suatu hari, aku terjumpa Tipah di pekan..


“Eh tipah! Kau buat ape kat sini..makin cantik kau yer?” sapaku…

“Eh..kau rupanya ciki! (apehal name aku ciki plak..ah! layan kan aje…)..

“Jawab la soklan aku tadi, kau buat ape sini?” Tanya ku kurang sabar…

“Hurm,,aku saje jer jalan-jalan sini…Eh! Kau nak tau tak? aku dah dapat lesen tau semalam..lesen kereta kau tau? Happy giler ah..boleh la aku bawak kau jalan2..” jawabnya panjang lebar walaupon aku tak tanya..hahaa…

“Wah,kau nak bawak aku jalan-jalan naik ape? Lori habah kau ker?” gurau ku padanya kerana bapanya merupakan taukey getah yang disegani..dan mempunyai sebuah lori 5 tan…! Orang Kaya tuh!

“Hahaha..habah aku belikan aku kereta weyh! Vavi! Eh silap..Viva Elite Exclusive! Kereta yang baru keluar tu~~~” terangnya…




“Walawey”Kao tengok,kao tengok..! Kan aku dah kata..memang anak lord dia nie.. tak sia-sia aku kawan (materialistic hatiku berkata-kata di dalam)..

“Esok aku bawak kau jalan-jalan yeh? Kau tunggu jer kat rumah..nanti aku datang jemput kau..deal okay?” pintanya tanpa banyak bertanya…

Errrr…okay okay~!Jawabku teragak-agak..

“Lagipon kau boleh la tunjuk ajar aku selok belok bawak kereta nie..kau kan dah lame memandu..bekas driver YB lagi”.. bebelan si Tipah di sebelah telingaku..

“Ceit! Macam mana minah nie boleh tau aku bekas driver YB!”.. monolog ku sendiri…sambil beredar kerana hari sudah menginjak petang..

_
_
_
_
_
_
_


Pada keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan..Tipah pun sampai tepat di hadapan rumahku..senyum sahaja dia membunyikan hon keretanya panjang-panjang dan kuat..Heh! kau nak tayang kereta baru pulak depan rumah aku!


Aku pun melangkah menuju ke keretanya..Sambil membaca bismillah..aku pun melangkah masuk kedalam keretanya..Wow!!…semasa duduk di atas kerusinya aku merasakan ianya sangat empuk..hembusan penghawa dinginnya meniup halus di pipiku..terasa sungguh nyaman sekali..bau keretanya sangat menyenangkan..Aku memerhati ke tempat duduk belakang,, pembalut kerusi belakang belom lagi dibuka..wah~~~ betul-betul sebuah kereta baru~~!


Tipah pon memulakan perjalanan..pada awalnya Tipah membawa dengan begitu cermat sekali di jalan kampong..sungguh tenang dan damai ku rasa.. 


Aku berkata..”Okay sekarang ikot jalan besar pulak yer”


Berubah muka Tipah apabila aku membuat permintaan sedemikian..aku perasan akan perubahan di muka Tipah..Lalu aku bertanyakan soalan kepadanya…


“Kenapa muka kau macam cuak jer nie Tipah?” 

“Errrr…aku…errr…aku takot lah”…jawabnya tergagap-gagap..

“Lah kau takot ape??” soal ku penuh tanda tanya…

“Errrrmmmm, aku takot lah nak bawak kereta nie kat jalan besar..banyak sangat kereta..aku tak beranilah Ciki”…. Terangnya…

“Hesh, kau kan dah ade lesen, lagipon aku tengok kau drive kereta nie steady jer..nak takot apenye lagi??” motivasiku kepada Tipah..

“Errrr..kereta banyak la Ciki..lagipon aku takot kalau ade lori lalu kat arah depan..lori tu dah la besar..aku rasa macam dia nak langgar aku jer”… ucap Tipah berterus-terang…

“Hesh kau nie Tipah..kau ikot je jalan kau tu..lori kat depan tu ikot jalan die..buat ape nak risau..drive dengan penuh confident ok!”….kataku memberi semangat..

"Err..okay aku cuba okay"..ucap Tipah ragu-ragu..

"Aku ade nie,,try bawak dengan yakin ok..masa nie lah kau boleh praktikkan ape yang kau belaja masa test lesen dulu".. kataku....


Tipah membelok memasuki jalan besar..iaitu jalan utama yang agak sibuk..beliau berjaya membawa dengan penuh cermat dan sangat berhati-hati.. pemanduannya juga laju sedikt dari siput..tapi..aku tetap bersabar untuk memberi semangat kepadanya....

"Ciki! Ciki! Tu ade lori datang dari arah depan..macam mane nie??" Cemas sekali nada suara Tipah..

"Hurm..rilex Tipah..kawal stereng tu betol-betol..fokus..!" kataku...
_
_
_
_
_
_
_
_

Dan akhirnya Tipah berjaya mengawal kenderaannya dengan baik..Aku menarik nafas lega..Huh! payah jugak rupanya nak mengajar budak yang baru belajar nie..tapi demi kawan aku turutkan saja...




Selang beberapa minit perjalanan..sebuah lagi lori datang dari arah hadapan..Ah sudah! Tipah dah mula kelam kabut..letih aku cuba menenangkan beliau..Fed up jugak aku bila nampak lori jer nak cuak..Lori berhenti tepi jalan pon cuak!! Adoiyai...kau ni kena sawan lori ker si Tipah oiii?? hatiku tak habis-habis bermonolog..




Tetapi yang menghairankan aku..kali ketiga berhadapan lori yang datang dari arah hadapan,, Tipah diam dan tidak menunjukkan rasa cuak atau cemas.. Perasaan Tipah tadi bertukar kepada aku...aku mula hairan..


"Eh Tipah...tadi ade lori lalu..aku tengok kau steady jer..dah tak cuak! bagus la kau..." tanyaku dalam hairan....


Tipah hanya tersenyum puas...aku mula menggaru-garu kepalaku yang tak gatal tuh.."Eh budak nie! kalau kau adek aku,,aku lempang je kau..sengih2 macam kerang busuk plak"....(dalam hati jer aku berani cakap)...


"Apa yang kau buat sampai kau steady je nie Tipah??" ..soal ku penuh ingin tahu.. 


"Hehehe...kau nak tau Ciki?" ..sengih2 si Tipah menjawab soalku...


"Mestilah aku nak tau..ko nie buat aku cuak pulak lah!!" ..aku mula bernada cemas...


"Hehehe...kau nak tau apa aku buat bila nampak lori datang??" tanya Tipah pada aku..


"Kalau lah kereta nie kereta aku..dah lame aku sepak kau keluar tipah oiii~!! main-main pulak kau..bagi taulah!!! " ..jeritku sambil mengeluarkan suara yang halus dan nyaring...


"Rilek la Ciki..jangan la mara..hurrrmmmm..sebenar nya kan..bila aku nampak jer lori datang..AKU TERUS TUTUP MATA AKU..tak sangup aku nak tengok lori tu..dia macam nak langgar aku jer Ciki..." jawapan yang keluar dari mulut Tipah...


Hampir pengsan aku mendengar kata si tipah tadi..$%&*^)@(&^(^@(&#) ! Carutku di dalam hati...Sila berhenti di hadapan saudari..biar aku pandu pulang>........




 
::: Hurrrmmmmm..cukuplah sekali aku naik dengan kau Tipah..sumpah aku tak nak naik dengan kau lagi..ye!! memang kita sahabat sehidop semati..tapi  kalau mati,, kau lah mati dulu..aku tak nak..tak sanggup!!!..:::





p/s : hahaha...amacam? ok? hampeh? hahaha..tak der kena mengena dengan sape2 samada hidop atau mati....kalau korang ada bran???.....





Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

0 Respond Chill-lah....:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...