23 December 2010

Unpublished Cerpen Series - 2

::Penumpang tak di undang::


Hari sudah menginjak petang..baru sahaja aku hendak merehatkan badan dan minda..tiba-tiba aku mendapat pangilan talifon dari Mak ngah ku yang meminta aku menghantar beliau ke suatu tempat..pada hematku..tempat itu terasa agak jaoh dari rumah..


Mahu tidak mahu, aku terpaksa juga mengagahkan diri untuk memenuhi permintaan beliau..kebetulan Paklong ku juga mahu mengikot..Jadi, aku bersama ayah ku, makngah dan paklong ku pun berangkatlah ke tempat itu.. tujuan ke tempat itu tidak dinyatakan...semuanya menjadi tanda tanya bagiku..namun tugasku hanyalah memandu...


"Mahu apakah pakatan adik beradik ini ke tempat itu?".. rungutku di dalam hati..


Memandu ketika waktu senja dalam keadaan yang tergesa-gesa membuat kan aku merasa sedikit tertekan..ditambah pula dengan tujuan pemergian tidak diberitahu..aku mula merasa bosan..di kiri kanan jalan hanyalah pokok getah dan kelapa sawit..satu pemandangan yang menjemukan mata..


Sesampai sahaja ke destinasi yang dituju..baru aku diberitahu bahawa tujuan ke tempat itu adalah kerana mahu berjumpa dengan seorang dukun yang membahasakan dirinya "Atok"...Atok dikatakan pandai mengubati pasakit yang digangu makhluk halus...

Aku membatukan diri..bukan aku tidak mahu percaya dunia kedukunan ini..tapi pemikiran aku mungkin terlebih maju..antara perubatan moden dan tradisi.. aku memilih teknologi..mungkin aku bersikap prejudis..namun aku tetap juga mengakui pemikiran Orthodox ini...Ah! persetankan mainan minda ini....


Selesai! Hajat tertunai..hati puas..senyuman melebar di bibir...


"Manusia kini macam-macam kepandaian..asal mempunyai niat yang suci..hidup pasti akan lebih aman"..metaforaku di dalam hati....


Dalam pejalanan pulang..aku merasa sedikit resah gelisah..Agak meliar pandangan mataku..keadaan jalan gelap dan sunyi..hanya sesekali terlihat kereta melewati jalan yang sunyi ini..aku memandu dengan penuh berhati-hati...berita nahas jalan raya yang melibatkan bas dua tingkat membunuh 27 nyawa masih baru disiarkan..aku perlu lebih cermat dalam pemanduan....


Sesampainya aku di satu selekoh yang tajam..aku memperlahankan kenderaan, bagi memastikan cengkaman tayar dapat mengimbangi badan kereta..lampu kereta di tinggikan.......


Namun.....sinaran dari lampu kereta telah memaksa mataku untuk memandang ke satu arah....



Aku terkesima.......



Benarkah apa yang aku nampak. ini.?? Seorang perempuan pertengahan umur...berpakaian serba putih namun kelihatan sangat lusoh...berambut panjang melepasi punggung..mukanya tak kelihatan kerana ditutupi oleh rambut..kepalanya hanya tunduk memandang tanah...perempuan itu duduk menyangkung di atas pembahagi jalan betul-betul dihadapan keretaku!! Senang cerita pontianak nyangkung!!



Aku memaksa mataku untuk menidakkan apa yang telah ku lihat..namun ianya benar...aku menanggalkan cermin mataku...dengan harapan pandangan mata yang kabur sedkit sebanyak membantu aku meneruskan perjalanan..



Side mirror belakang aku terbalik kan..sikit pon aku tak menoleh ke belakang.. Cilake! terpengaruh jugak aku dengan filem2 seram itu...! Paklong ku disebelah langsung tidak bersuara..semua di dalam kereta itu diam..sunyi..~~



Pedal minyak ku tekan kuat..terasa sudah hampir mencecah lantai pedal itu ku pijak,,,namun keretaku tetap bergerak perlahan..Ahhhhh sudah!!! bacaan ayat suci tidak dibaca mengikut tadabbur tetapi berterabur........


Walaupon kereta bergerak perlahan,namun setelah 5 kilometer,,kereta terasa lancar semula...meluru aku pulang ke rumah setelah menghantar paklong dan makngahku pulang...


Sesampainya aku di rumah...aku bertanya kepada bapaku apakah beliau nampak apa yang ku nampak..bapaku hanya tersenyum..sambil berkata...



"biasalah tempat tuh..selalu dah ayah jumpa..siap tumpang-tumpang kereta lagi..penat agaknya jalan kaki..bagi jela dia tumpang..lagipon dia macam kenal je kereta kita..sebab dah selalu kot dia tumpang"..selamba kata-kata itu keluar dari mulut bapaku....



dalam hatiku...&^%%$$#@@**^$!! dammit!! kalau nak tumpang pon..pergilah tumpang mat rempit..bukan kereta aku!!! berikutan dari peristiwa itu,,aku demam seminggu...~~




p/s : kejadian ini ADA KENA MENGENA dengan yang hidop..kerana ini adalah KISAH BENAR.... kisah ini juga terjadi kepada Kadir dan Ramlah..nak tau cerita Kadir dan Ramlah KELIK SINI
Selamat malam.. 





Sekian, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

8 Respond Chill-lah....:

cik aieen said...

maaf jalan cerita yang agak mendatar..

plot yang anti-klimaks...

penggunaan bahasa agak kurang sastera..

terkucil disana-sini..

sila maafkan yer...

siri akan datang akan menggunakan bahasa hiperbola tinggi.. tunggu...

Ariffin Janal said...

hahahahahahaha promote belog aku ye !


best2, lepas ni cite ape plak cik editor majalah? lalala~

cik aieen said...

mestilah..kate kawan2...huuhuu..

lepas nie rehat la plak...

ko ingat senang nak buat cerita nie??

sakit otak woo...

Ariffin Janal said...

hahaha tp best apeee. pasni aku follow kau, bg tajuk je~

cik aieen said...

okay...coming soon story baru...

tajuk x dapat nak dipastikan..

plot dah ade..tunggu nak tulis jer..hehee~~

maceh support..semangat sikit...

cik aieen said...
This comment has been removed by the author.
Ariffin Janal said...

pasal ape? aku nk buat jugakkkk. hahaa

cik aieen said...

duh!

aku pon xtau la..

aku pon ngah xder idea nie...

nak tulis pasal cinta..ko lagi pakar kot..hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...